Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317

(Filem) To The Fore lakonan Eddie Peng dan Choi Siwon

$
0
0
Filem ‘To The Fore’ Membawa Anda Mendalami Dunia Sukan Berbasikal yang Sengit di Sekeliling Dunia!


Filem Hong Kong ‘To The Fore’ arahan Pengarah terkenal Dante Lam menampilkan pelakon utama Eddie Peng dan Choi Siwon (anggota kumpulan Super Junior) bakal menjengah pawagam di seluruh Malaysia mulai 6 Ogos 2015. ‘To The Fore’ merupakan filem bertemakan kesukanan arahan kedua Dante Lam selepas kejayaan filem box office MMA ‘Unbeatable’ dengan aksi cabaran melalui 117,900km merentasi Taiwan, Itali, Korea dan padang pasir Tengger. 
‘To The Fore’  adalah sebuah filem bertemakan sukan berbasikal yang penuh dengan rintangan,  keberanian, cabaran gentir, drama dan air mata yang diharungi oleh pesaing-pesaing berbasikal profesional. Filem ini memaparkan aksi-aksi lasak sukan berbasikal yang mendebarkan dan himpunan terbesar di dunia. Ianya  pasti diminati para penonton – sama ada anda peminat sukan berbasikal atau pun para peminat filem.
Tidak terkira jika anda pernah ataupun tidak pernah menyaksikan perlumbaan sukan basikal, ‘To The Fore’ adalah sebuah filem disaji dengan tugasan keberanian, kelajuan dan cabaran gentir, yang pasti akan memperkenalkan anda kepada dunia sukan perlumbaan basikal! Walaupun filem ini mengenai sukan perlumbaan basikal, pengarah Dante Lam  menggunakan sentuhan tandatangan beliau dalam memberi tumpuan kepada drama watak-watak filem untuk memajukan plot. Bersama peserta-peserta muda ini dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat tersendiri, dan mengetahui apa yang harus dilakukan mereka demi mencapai impian.

Sinopsis:
Pelumba handalan dari korea Zheng Zhiyuan (Choi Siwon) adalah orang yang paling penting di dalam pasukan Xuangguang dengan posisinya selaku “sprinter”. Dua orang pelumba baru, Chou Ming (Eddie Peng) dan Qiu Tian (Shawn Dou) amat kagum dan tertarik dengan kekuatan dan skil Yuan. Mereka merasa bangga boleh menjadi ‘pacesetter’ kepada Zheng demi mencipta peluang kemenangan untuknya. Kerjasama sempurna tiga pelumba ini telah mendatangkan banyak kemenangan kepada pasukan mereka. Namun begitu percanggahan mula muncul apabila Zheng sentiasa berdiri di pentas penyampaian anugerah sebagai pemenang tunggal.Chou Ming dan Qiu Tian terpaksa menerima hakikat bahawa gelaran juara hanya untuk seorang sahaja dan mereka tetap “pace setter” yang tidak mendapat tumpuan. Sejak itu, tiga rakan seperjuangan ini dipengaruhi oleh ambisi sendiri, persefahaman dan semangat berpasukan mula hilang lalu menyebabkan keputusan pertandingan yang buruk. Akhirnya mereka bertiga berpisah dengan tarik diri dari pasukan dan meneruskan kerjaya masing-masing. Walaubagaimana pun, tiga pelumba ini ditakdirkan untuk bertembung lagi apabila masanya sudah tiba dan kali ini mereka perlu menentukan siapa yang layak digelar terbaik…

Jom tengok gambar2 menarik dlm filem ini..







Nantikan 6 Ogos ini di pawagam anda. Udada Ubabye!!



ED: filem berbasikal, takde babak2 yg kecoh sekarang ini diperkatakan..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.