Hai, ED rasa Kumpulan De Fam merupakan satu2nya kumpulan artis wanita yg ada di Malaysia pada tahun ini. Bila satu kumpulan je yg ada, maka semua mata akan tertuju pada mereka. Kumpulan ini juga semakin popular dengan lagu mereka #supergirls. Jom kenali mereka!
Kumpulan ini dianggotai oleh, dari kiri Azira, Manggis dan Sophia. Nama sebenar mereka Azira Shafinaz Ramlan, 24, Sophiatul Liana Mohamed Sobri, 25, dan Nurshazwani Shamsuddin (Manggis), 26. Sumber gambar: ig blackpepperproduction
Tahukah anda, single berjudul #Supergirls semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan. Lebih membanggakan apabila lagu yang dimuat naik dalam laman perkongsian video YouTube sejak tiga bulan lalu itu sudah mencecah lebih 1 juta tontonan. Menerusi pengalaman bertahun-tahun dalam dunia tarian, De Fam yakin mampu memukau mata banyak pihak dengan persembahan di pentas.
Kumpulan De Fam merupakan artis di bawah naungan Tune Studios, milik anak Datuk K, Adib Khalid. Untunglah! Sumber gambar: intrend
Dalam kumpulan De Fam, identiti Azira lebih kepada tarian, Sophia pula rapper manakala Manggis dikenali dengan vokalnya. Lagu #supergirls mereka kerap keluar di corong radio. Selamat maju jaya kepada De Fam. Udada Ubabye!!
ED: macam kumpulan TLC mereka ni...