Hari ini ED gigihkan diri pergi sekolah untuk kemas meja bilik guru. Nak tahu kenapa? Baca entri ini sehingga selesai.
Meja ED sebelum. Berselerak tanda sibuk konon2nya.
Meja ED selepas. Taraa! Boleh tanda buku dgn selesa dah. Hehe...
Tanpa disedari, 5 tahun ED tak kemas meja. Tengok, dokumen 2013 ni masih ED simpan. Begitu pantas masa berlalu.
Buku pengurusan 2012 ni masih ada di meja ED. Sebelum buang, ambil gambar ni dulu buat kenangan. ED ingat lagi, 2012 ED jadi guru kelas, kelas terakhir.
Hasil rampasan pemadam murid. Ni gara2 lawan pemadam dalam kelas. Dah 3 tahun dah pemadam ni. Lepas rampas, ED pernah cakap, jumpa ED untuk ambil semula pemadam ni. Tetapi murid tak tuntut2. Nanti ED sedekah je pemadam ni kat murid2 lain.
2 plastik hitam juga kertas2 yg ED buang tadi. Banyak surat dan lembaran kerja lama2 yg ED buang.
Lega, meja ED dah ada ruang selesa utk menulis & menanda buku. Udada Ubabye!!
ED: tak nak jadi macam ni lagi..