Tadi, ED pergi Handphone & IT Fair di Danga City Mall. Temankan adik2 nak beli Asus Zenpad murah pada pukul 4 petang.
Rupanya, kena isi borang macam lucky draw. 10 Nama yg dicabut & bertuah sahaja boleh beli Asus Zenpad dengan harga RM300. Harga asal RM500 lebih.
Taraa.... ED berjaya beli Asus Zenpad ni dengan harga murah. Ini bukan ED punya, ED tolong wakilkan beli untuk adik. Tak sangka, bertuah hari ini.
Sebenarnya, ED tak nak pergi tadi, tetapi dipaksa oleh adik2 ED untuk temankan dan wakilkan. Selamat ada luck hari ini! Alhamdulillah. Udada Ubabye!!
ED: berkenan dengan Asus Selfie..