Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317

(Skrin Di 9) Sinopsis Biah Sport

$
0
0
Hai, Skrin Di 9 akan menayangkan sebuah telemovie komedi sempena Tahun Baru Cina, Biah Sport. Berikut sinopsisnya.

Pelakon utama, Dayana Roza dan Sean Lee

Sean Lee mula dikenali ramai selepas drama Keluarga Pontimau.

Sinopsis:

Mengisahkan Biah yang diberi gelaran Biah Sport kerana gemar mengenakan kasut sukan mahupun berbaju kurung. Biah seorang yang sentiasa positif dan hidup tanpa menghiraukan komen yang dilemparkan terhadap dirinya. Biah menyimpan keinginan untuk menjadi chef pastri. Keinginan Biah untuk mengikuti pengajian di pusat latihan seni masakan mendapat cabaran kerana dia dibenci oleh Encik Radzi, pengelola pusat tersebut. Namun Biah kini mempunyai azam baru dan mula berubah apabila mengenali seorang lelaki Cina yang bernama Alex yang yang tinggal bersama pak ciknya di kampung setelah kematian ibu bapanya. Keunikan dan ketulusan Biah membuatkan Alex tertarik dan berkawan dengannya. Keakraban Biah dan Darren menimbulkan rasa kurang senang pada Faiz, rakan Biah sejak kecil yang dalam diam telah menaruh hati padanya.

Pelakon: Dayana Roza, Sean Lee, Harris Alif, Dato Jamali Shadad,
Pengarah: Zamri
Produksit: Timore Niaga Sdn Bhd
Sumber: Galaksi Media

Ha, selain komedi, telemovie ini turut memaparkan perpaduan rakyat Malaysia. Jangan lupa saksikan pada Isnin ini. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317