Ingat lagi tak? Pada tahun 80an, ada sebuah drama Inggeris yang sangat popular, MacGyver. Drama itu mengisahkan tentang ejen pintar bernama MacGyver (dilakonkan oleh Richard Dean Anderson) yang selalu berjaya menyelesaikan berbagai2 kejahatan dan masalah dengan cara-cara unik dan berani.
Setelah hampir tiga dekad lamanya, rumah produksi Lionsgate mempunyai sebuah inisiatif untuk menggarap ulang MacGyver dan menjadikannya filem layar lebar. CEO Lionsgate, Jon Feltheimer memberitahu bahawa mereka akan bekerjasama dengan CBS dalam menggarap projek ini. CBS akan menayangkan drama sirinya, manakala Lionsgate akan menggarapnya menjadi filem layar lebar.
Untuk drama siri, CBS akan lebih mengulas tentang kehidupan kuliah MacGyver sebelum bergabung dengan organisasi. Sementara itu, hingga kini pihak Lionsgate masih belum memberitahu plot cerita dari filem layar lebarnya nanti.
Seperti diketahui, MacGyver telah ditayangkan sebanyak 7 musim sejak 1985 hingga 1992. Jika dijumlahkan, ada 139 episod yang sudah ditayangkan.
Tahukah anda, pada tahun 2009, sebenarnya sudah ada perancangan untuk menghidupkan kembali siaran MacGyver. Namun kerana beberapa alasan, projek itu tidak berjalan dan akhirnya gagal.
Mesti anda yang lahir pada tahun 80an seronok mendengar berita ini kan? Kita tunggu dan lihat nanti. Udada Ubabye!!