ED sangat terkejut apabila gambar status tweet ED yg ni menjadi viral di facebook. Ramai yg share gambar tweet ni di facebook. Ada yg suka, ada juga yg tersalah anggap tentang status ni..
Inilah status tweet yg ED kongsikan di facebook EDtv pada 4 hari lepas..
Ada beberapa org yg salah tafsir status di atas. Ada yg anggap status di atas menunjukkan sikap kedekut dan tak mahu bersedekah kepada kawan2. Di sini, ED ingin memberi penjelasan supaya tidak salah faham.
Pertama, ED tulis status di atas utk mengingatkan diri sendiri. Maksud status itu, jangan ED meminta2 orang yang bergaji besar belanja makan, hadiah atau sebagainya kerana gaji mereka setimpal dgn keringat mereka. Penat kerja, besar gajinya. Lagipun, setiap orang ada tanggungan tersendiri seperti ED. Jadi, jika mereka gaji, ED pesan kepada diri sendiri supaya jaga diri. Kalau mereka nak belanja, itu tak apa. Rezeki jangan ditolak.
Kedua, ED selalu nampak situasi kawan2 minta belanja kepada seseorang, lepas tu orang tersebut rasa serba salah. Bagi pihak ED, ED kesian tengok situasi sebegitu. ED rasa ramai juga yg lihat situasi ini. Maklumlah, kita orang sederhana.
Status di atas memang tidak bermaksud dan tiada kena mengena dalam bab sedekah. Konsep sedekah, memberi tanpa minta untuk diberi. Manakala, maksud status di atas, jangan kita meminta-minta walaupun kawan kita gaji sejuta. Jika diberi, kita ambil dgn besar hati.
Akhir sekali, ED minta maaf jika status tersebut menyinggung pihak2 tertentu. Apa2 pun, ED masih anggap status twitter tersebut utk bacaan kawan2 yg ED kenal sbb mereka memang dah kenal ED. Bila dikongsi oleh orang yg tak kenal ED, mungkin menyebabkan pelbagai spekulasi. Udada Ubabye!!
ED: tweet ED biasanya mewakili situasi yg ED nampak dlm kehidupan sendiri..