Hai, tamat sudah drama Love You Mr. Arrogant di TV3 hari ini. Penutup yang mendebarkan dan indah jalan ceritanya. ED rasa, semua suka happy ending drama ini walaupun ada yang dah tahu melalui novel.
ED suka lihat pemandangan desa dalam episod akhir tadi..
Sumber gambar: instagram tv3
Teringat lagi masa mula2 ED keluarkan entri tentang hero dan heroin drama ini, ramai yang mempertikaikan Azlee Khairi dan Zara Zya. Mereka menilai tanpa melihat bakat lakonan mereka terlebih dahulu. Kini, pasti lakonan gandingan Azlee Khairi dan Zara Zya akan dirindui. Selepas ini, jangan pertikaikan lagi para pelakon drama adaptasi novel sebelum menonton drama tersebut tayang di TV. Okelah, ED busy sikit hari ini. Udada Ubabye!!
ED: tahniah untuk semua team LYMA dan Kak Aliesha Kirana.