Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317

(Sembang) Sudah rezeki Fattah Amin

$
0
0
Maaf, hari ini ED sedia dikecam kerana menulis pendapat ED tentang Fattah Amin. Jujur, ED kesian tengok Fattah Amin yg selalu menjadi kecaman ramai netizen. Dia menyanyi kena kecam, keluar buku kena kecam, jadi hero drama kena kecam, menang anugerah kena kecam, jadi duta iklan kena kecam, jadi cover novel pun kena kecam. Serba-serbi dikecam sampai ED tertanya juga, sebenarnya apa harapan ramai netizen utk Fattah Amin? Nak tengok rakyat Malaysia hidup merana ke? 

Fattah Amin

Jujur, ED bukan peminat fanatik Fattah Amin. Ada juga yg ED tak sokong tentang Fattah Amin tetapi ED tak pernah komen negatif tentang Fattah Amin di media sosial atau di blog. ED tahu artis seperti kita juga, bekerja untuk menyara diri dan keluarga.

Dipendekkan cerita, sekarang memang Fattah Amin tengah popular, biarlah dia bekerja keras untuk kehidupan dia. Dia ada keluarga dan tanggungannya sendiri. Tentang anugerah yang dia terima, itu peminatnya yg undi. Terimalah hakikat, anugerah berdasarkan undian memang dipilih berdasarkan undian ramai. Fattah Amin menang pun bukan menang tak buat apa2. Dia berlakon dan gigih mengembangkan kebolehan yg dia ada.

Kesimpulannya, kalau sekarang ni asyik2 nama Fattah Amin, simple, sudah rezeki dia. Allah yg beri rezeki kepadanya dalam bentuk seperti itu. Kita pula ada bahagian rezeki kita sendiri. Jadi bersyukurlah dgn rezeki sendiri dan hormati rezeki orang lain. Lagi 1, kita cuba letakkan diri kita di tempat dia. Kalau kita asyik dikecam, asyik dihina, mesti sedih kan? Sebab kita ada perasaan. Sama juga seperti dia. Dia pun ada perasaan. 

Last, tak suka tak perlu ambil tahu dgn orang yg kita tak suka. Sebab mereka tak buat salah pada kita. Kita ambil berat pada org yg kita suka je.. Maaf, ED pun bukan baik sangat. Ini cuma pendapat peribadi je.. Udada Ubabye!!



ED: maaf kalau terasa..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317