Hai, ED dapat maklumat terkini hari ini tentang sebuah lagi novel akan didramakan dalam slot Akasia akhir tahun. Novel tersebut ialah Teman Lelaki Upahan karya Azura Rasiddin.
Menurut pengarah drama ini, Azma Aizaal Yusoof (pengarah drama KTAR) drama ini akan mula shooting pada akhir Ogos nanti dan dijadualkan tayang pada Disember. Hero dan heroin belum ada lagi dan Azma Aizaal Yusoof meminta cadangan ED. Disebabkan ED bukan kaki novel, apa kata anda yang beri cadangan pelakon untuk hero & heroin drama ini.
Cadangan anda akan ED sampaikan terus kepada pengarah drama ini. Mana tahu cadangan anda diterima oleh Azma? Udada Ubabye!!
ED: nantikan drama Teman Lelaki Upahan di Akasia TV3