Hai, dah seminggu cuti Hari Raya, hari ini sekolah bermula seperti biasa. Macam biasa, di kelas Moral hari ini, ada sahaja ragam murid bersama ED. Ini cerita di kelas Moral pada hari ini..
Murid: Cikgu, cantik baju cikgu hari ini.
ED: (hanya tersenyum..)
Murid: Cikgu, betul! Baju cikgu cantik hari ini.
ED: Oke, siapkan latihan awak semua!
Murid: Cikgu, semua kata baju cikgu cantik!
ED: Siapkan kerja awak sekarang!
Murid: Cikgu, baju cikgu cantik! Cikgu beli dekat mana? Jawablah cikgu!
ED: Rahsia! Cepat siapkan latihan Moral awak!
Murid: Cikgu jawablah! Cikgu beli baju dekat Puteri Mart (seakan pasar) eh?
ED: hahaha... Dah la, siapkan kerja awak cepat!
Macam gitu sekali murid ni tanya. Pelik, sebelum ni ED pakai baju ni, takde pulak dia tanya! Mungkin ini kesan seminggu tak jumpa ED.
Hari ini, murid tu juga perasan mata ED merah sebab ED tak sihat. Dia tanya ED, kenapa mata cikgu merah? ED pun jawab, ED tak sihat. Terus dia pergi ke depan & cadangkan ED pergi ke klinik yg dia pernah pergi. Lucu la murid tu, dia anggap ED ni macam kawan2 dia je.. Udada Ubabye!!
Murid ini pernah ED update ceritanya di blog sebelum ini. Ceritanya, klik sini.
ED: baju ED mengganggu perhatian murid itu ke?