Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317

(Samarinda TV3) Sinopsis drama Kristal Maya

$
0
0
Hai, ada yg minta EDtv siarkan sinopsis drama Samarinda TV3 terbaharu, Kristal Maya. Nah, ini dia sinopsisnya..

Pelakon utama, Shahrizal Jaszle dan Amyra Rosli

Sinopsis:

Maya (Amyra Rosli) lulus temuduga di syarikat penerbitan Kristal yang ditemuduga sendiri oleh Pengarah Syarikatnya sendiri Dato Efendi (Rahim Jailani) yang dibantu oleh Mona( Elly) adik ipar Dato selaku Ketua Bahagian Penerbitan.Maya diterima bekerja sebagai Penolong Pengarah Kreatif. Pada hari pertama bekerja sahaja, kekecohan berlaku apabila Ezam(Shah Jaszle) Ketua Pengarah Kreatif sangat dingin dan tegas.
⠀⠀⠀
Maya tinggal bersama ibunya Aziah( Dilla Ahmad) dan adik lelakinya Muadz(Ryzal Jaafar) yang masih menuntut di kolej sama dengan anak Dato Efendi Sharizan (Hefny). Syukri (Amar Baharin) anak sulung Dato Efendi jatuh cinta pandang pertama dengan Maya. Syukri seorang kasanova menggunakan kedudukannya sebagai Penerbit Eksekutif untuk menggoda perempuan yang diminati.
⠀⠀⠀
Dato' sering memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Shukri yang sering mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi mangsa. Maya tidak mempedulikan nasihat itu, kerana beliau seorang yang sukar jatuh cinta dan fokusnya hanya pada kerjaya.
⠀⠀⠀
Maya merasakan sesuatu yang luar biasa dengan perwatakan Ezam yang dingin seolah menyimpan  rahsia  tentang dirinya. Apabila mereka semakin rapat, Maya semakin ingin tahu rahsia diri Ezam. Ezam pula makin keliru apabila satu perasaan pelik terbit pada hatinya pada Maya.
⠀⠀⠀
Amyra Rosli sebagai Maya

Shahrizal Jaszle sebagai Ezam. Kedua-duanya berasal dari KL.
Sumber info dan gambar: ig kristal maya

Saksikan drama Kristal Maya ini setiap Rabu dan Khamis pukul 10 malam di TV3. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317