Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317

(Sekolah) "Ramai ibu bapa sekarang ini, lahirkan anak-anak duniasahaja.."

$
0
0
Hai, hari ini sekolah ganti di Johor Bahru sempena cuti Deepavali seminggu nanti. Di sekolah ED hari ini diselaraskan untuk murid2 mengadakan jamuan raya.

Jamuan raya di kelas ED pagi tadi..

Alkisah, pagi tadi ED makan laksa Johor duduk semeja dengan pekerja kebersihan sekolah di dalam sebuah kelas ni. Sempat juga la berborak dengan makcik ni. ED nak kongsi apa yang makcik tu cakap kepada ED pagi tadi tentang murid2 zaman sekarang..

"Cikgu, murid2 sekarang tak sama macam dulu. Murid2 sekarang dah tak hormat cikgu. Ramai ibu bapa sekarang lahirkan anak-anak dunia sahaja, bukannya anak-anak dunia dan akhirat. Apabila anak buat salah, ibu bapa salahkan cikgu dan manjakan anak....."

Terkejut ED dengar statement makcik ni.. Betul apa yang dikatakannya.. Lihat, pekerja kebersihan sekolah boleh nampak situasi murid2 zaman sekarang. Apatah lagi guru2 yang terlibat. Kepada ibu bapa di luar sana, sama2 kita membimbing bakal2 penentu arah masa depan negara. Ini bukan keluhan tetapi sekadar perkongsian. Udada Ubabye!!



ED: tiba2 serius pulak malam ni..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317