Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317

(ED & Braces) Besi brackets tertanggal atau ditanggal?

$
0
0
Hai, dalam segmen ED & Braces, ED nak cerita dari mula hingga akhir ED di klinik gigi petang tadi. Selepas itu, anda buat kesimpulan sendiri ye..

Pukul 3.52 petang ED sampai di klinik gigi. Pekerja klinik tegur, selepas ini datang awal sebelum 3.30 petang. Kalau lambat, mereka dah tak ambil orang yang datang walaupun dah buat janji temu.

Klinik gigi tempat ED buat braces..

Semasa ED menerima rawatan braces, doktor menukar wayar dan getah brackets seperti biasa. Tetapi sebelum itu, ED rasa doktor ada buat benda lain pada gigi ED. Gigi ED kena laser biru dan lain dikit rawatan hari ini. Dalam hati, ingatkan dah ada tanda2 nak buka braces hari ini. Doktor hari ini senyap sahaja. Selalunya ED dapat doktor yang rajin bersembang.

Setelah selesai, pekerja klinik tersebut sekali lagi mengingatkan ED begini.. "Adik, selepas ini datang sebelum pukul 3.30 tau!" Waktu ED nak bayar ansuran braces, pekerja klinik tersebut macam susah nak cakap, "bracket ada loose tak?" ED jawab takde. ED rasa takde brackets yang loose atau tertanggal. Pekerja klinik tadi jumpa kawan dia dan kawan dia kata, tadi ada brackets ED yang loose. Disebabkan itu, ED kena bayar pasang satu brackets RM30.00.

ED rasa memang takde bracket tertanggal atau loose.. Sebab kita boleh rasa kalau ada brackets pada gigi kalau loose. ED malas nak panjang cerita, ED bayar je.. Dalam hati, mungkin doktor tadi nampak brackets dah nak loose kot. Better dia ganti brackets baharu supaya lebih tahan lama. Sama ada brackets ED tertanggal atau ditanggal, hanya Tuhan yang tahu. Udada Ubabye!!



ED: redha je la...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317