Hai, petang tadi ED pergi kedai cuci kereta yang biasa ED pergi. Kedai cuci kereta tu dah tutup dan nampak kedai tu sedang diubah suai. ED terpaksa pergi ke kedai cuci kereta lain, ED nampak kedai cuci kereta automatik. ED pun cuba cuci kereta di automatic car wash tersebut. Selepas selesai cuci, ED rasa ED dah tak nak cuci guna automatic car wash ni lagi. Berikut alasannya..
1. Kereta ED masih kotor. Tak bersih dan tak sama seperti orang yang cuci kereta ED sebelum ini.
2. ED gayat bila berada dalam mesin cuci automatik yang banyak bulu tu.. Rasa macam kereta akan kemek terkena bulu2 gergasi tu..
3. ED tak suka pekerja promote2 barang2 penjagaan kenderaan semasa ED tunggu mereka vacum kereta tadi. Macam memaksa..
4. Customer service kureng...
5. ED tak selesa cuci kereta guna mesin automatik ni...
Sekali ini sahaja ED cuci kereta di tempat tersebut. Selepas ini kena cari tempat cuci kereta yang lain atau cuci kereta sendiri. Udada Ubabye!!
ED: automatic car wash murah sedikit tetapi tidak memuaskan...