Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317

(Sembang) Beli sebalang besar Slurpee 7 Eleven dengan harga RM2.20

$
0
0
Hai, hari ini ED tak melepaskan peluang untuk membeli slurpee 7 Eleven dengan membawa bekas sendiri, tak kira besar mana (ada ukuran yg ditetapkan) dengan harga RM2.20. Ini sempena ulang tahun ke 30 7 Eleven Malaysia. Memang puas hati dapat beli Slurpee favourite ED secara banyak sebanyak bekas yg dibawa dengan harga RM2.20.

Nama acara ini ialah By Your Own Cup Day. Rasanya bawa baldi untuk isi slurpee pun masih boleh lagi. Acara ini berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 7 malam tadi.

Lihat, ED bawa balang air 5 liter dari rumah. Harganya tetap RM2.20. Memang puas hati la!

Sebenarnya, kita tak perlu malu untuk bawa bekas besar sebab pekerja mereka lagi suka program ini mendapat sambutan. Lagipun, dah memang begitu penganjurannya. Dekat 7 Eleven yang ED pergi tadi, para pekerja turut memberi galakan kepada pembeli slurpee ini. Jadi, memang takde rasa segan nak beli dengan bekas sendiri. ED nak join contest juga sebab untung badan, boleh dapat kamera go pro atau kamera instax. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317