Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317

(Corat-coret) ASK2014, Zul Ariffin paling menyerlah!

$
0
0
Hai, banyak blog yang dah tulis tentang corat-coret Anugerah Skrin 2014 semalam di TV3, tetapi ini corat-coret ASK2014 versi EDtv iaitu versi ED yang menonton dari rumah. Ini apa yang ED nampak daripada pemerhatian dan citarasa ED semalam..

Senarai pemenang:
  • Drama Terbaik – Matahari Terbit Lagi (Al Hidayah Production Sdn Bhd)
  • Lakon TV Terbaik – Eenaz Mokhtar (Matahari Terbit Lagi)
  • Pengarah Terbaik Drama – Azeli Mohamad (Matahari Terbit Lagi)
  • Pelakon Lelaki Terbaik – Anuar Chew Abdullah (Matahari Terbit Lagi)
  • Pelakon Wanita Terbaik – Puteri Balqis (Balqis)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik  – Namron (Balqis)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Nabila Huda (Balqis)
  • Videografi Terbaik Drama – Mohammad bin Mohd Rameli (Matahari Terbit Lagi)
  • Drama Komedi Bersiri Terbaik – Nasi Ayam Duda (Cinematic Sdn Bhd)
  • Drama Rantaian Terbaik – Ummi (Filmscape Production Sdn Bhd)
  • Drama Bersiri Terbaik Di Laman Sosial – Ariana Rose (Pena Creative)
  • Drama Premium Terbaik- Karlos Bolos (Frontrow Pictures Sdn Bhd)
  • Filem Terbaik – Tanda Putera (Pesona Pictures Sdn Bhd)
  • Lakon Layar Terbaik Filem – Hans Isaac (Lemak Kampung Santan)
  • Pengarah Terbaik Filem – Datin Paduka Shuhaimi Baba (Tanda Putera)
  • Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
  • Pelakon Wanita Terbaik Filem – Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Zizan Nin (Tanda Putera)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)
  • Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)
  • Rancangan Realiti Terbaik – Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 (TV3)
  • Rancangan Hiburan Terbaik – Rockestra (TV9)
  • Laporan Khas/ Berita Terbaik – Buletin Utama : Kuda Kelate (TV3)
  • Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Dengan Basikal Aku Menjelajah : Cahaya Misteri Aurora Borealis (TV Al-Hijrah)
  • Rancangan Bual Bicara Terbaik – Malaysia Hari Ini : Misi Mencari MH 370 (TV3)
Corat-coret ASK2014

1. Maaf, ED kureng dengan opening dan closing ASK2014.
2. Persembahan teater mendapat perhatian ramai. Menarik!
3. ED suka dengan keputusan pemenang semalam. Suka adik Balqis menang artis drama wanita terbaik!
4. Persembahan penyanyi, ED tak tengok sangat.
5. Set pentas nampak kecil dan malap kerana warna tema biru gelap.
6. Pengacara oke. Bervariasi!
7. ED rasa semalam Zul Ariffin paling menyerlah dalam ASK2014. Setiap kali muka dia keluar TV, mesti penonton menjerit. Banyak kali juga wajahnya di zoom semalam.

Zul Ariffin semalam..

Adik Balqis yang super duper berbakat.. Cute!

Ini pendapat ED sahaja. Keseluruhan, ASK2014 lebih menarik penganjurannya pada tahun ini berbanding tahun2 sebelumnya. Udada Ubabye!!



ED: tahniah kepada pemenang & semua krew produksi

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317