Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317

(Ratu TV9) Episod akhir drama Satu Hari

$
0
0
Drama Satu Hari akan melabuhkan tirainya esok. Berikut sinopsis episod akhir drama kegemaran ED ni.. Yang dah tengok episod akhir kat Tonton, kira dah tak surprise lagi tengok kesudahan drama ini..

Episod akhir, happy ending..

Sinopsis:

Pemergian Puteri telah membuatkan Isfahan lupa pada janjinya terhadap Sabrina. Pertunangan yang dirancang musnah apabila Isfahan tidak hadir pada hari yang ditetapkan. Sabrina yang terluka tekad untuk pergi jauh daripada hidup Isfahan dan pulang ke Sarajevo. Setelah keadaan reda, Isfahan baru tersedar akan janjinya dan mula mencari Sabrina. Isfahan buntu dan kecewa kerana dia masih lagi tidak dapat menjejak Sabrina sehingga ke Sarajevo. Rykarl, kawan baik Isfahan telah memberikan satu idea yang dirasakan akan berkesan jika Is benar-benar ingin mencari Sabrina. Isfahan telah memuat naik satu video “Mencari Sabrina” di Facebook. Video itu telah tersebar dan Sabrina turut menonton video tersebut.


Saksikan episod akhir drama Satu Hari pada 28 Januari ini, Rabu, jam 8.30 malam di TV9. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2317