Hai, malam semalam ED sekeluarga keluar makan bersama di luar. Destinasi kami di sebuah restoran di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang kerana terkenal dengan murahnya. ED tak tahu nama restoran tu sebab takde papan tanda nama.
Antara menu yang kami order, nasi putih dan sambal sotong ni..
Ikan siakap 3 rasa
Semalam kami order 9 pinggan nasi putih, tom yam putih campur 2 set, burung puyuh goreng kunyit 4 ekor, sambal sotong 2 set, ikan siakap 3 rasa 2 ekor, sayur kailan ikan masin 2 set dan jus oren 1 jag. Cuba teka berapa? Hanya RM138 sahaja. Jadi kos 1 orang makan dalam kira2 rm20 sebab keluarga ED semalam 7 orang termasuk ED. Memang puas hati makan semalam. Servis pun cepat. Udada Ubabye!!
ED: yang penting, sedap!!!