Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live

(Samarinda TV3) Tarikh siaran drama Zahira

$
0
0
Pon.. Pon.. Selepas drama 7 Suami tamat dalam slot Samarinda TV3, drama Zahira lakonan Zara Zya dan Adi Putra akan menyusul.

Gandingan pertama kali, Zara Zya dan Adi Putra

Nantikan mereka pada 20/11/2014 di TV3. Mesti ramai yg tak sabar kan? Udada Ubabye!!



ED: macam best ni!

(Drama TV3) Sah, Dayana Roza dan Shukri Yahaya pelakon utama drama AsamPedas Untuk Dia

$
0
0
Hai, sah Dayana Roza sebagai Ainin Sofiya dan Shukri Yahaya sebagai Ziyad dalam drama adaptasi novel Asam Pedas Untuk Dia.

Shukri Yahaya dan Dayana Roza, gandingan baharu drama adaptasi novel.

Pembetulan, drama ini bukan drama slot Akasia. Tunggu sahaja siaran drama ini pada Januari 2015 untuk mengetahui drama ini dalam slot mana di TV3. Udada Ubabye!!



ED: nantikan!

(Sembang) Hati-hati melanggan pelan internet Celcom RM38!

$
0
0
Hai, pernah tak anda beli pelan internet celcom, lepas tu kredit anda cepat habis? Kalau ya, baca entri ini sehingga tamat. Pada minggu ini, ED terkejut apabila kredit celcom ED hampir rm30 habis sebab masalah internet celcom. ED memang langgan pelan internet celcom yg RM38 utk 2gb, bila ED guna internet, ED pelik kenapa kredit jalan sekali padahal kuota internet banyak lagi.

Bila ED cek status langganan internet, kuota internet ED tak berubah walaupun dah sehari guna. 

Kelmarin, ED call customer service celcom utk buat aduan tentang ni. ED rasa dialog ringkas ini boleh menjelaskan jawapan Celcom atas masalah ini:

ED: kenapa bila saya surf internet, kredit saya ditolak? Padahal saya dah langgan internet celcom rm38.

Celcom: maaf, pelan internet celcom sedang mengalami masalah. Jika encik guna, kredit akan ditolak. Jadi, jangan guna dulu.

ED: rugilah saya sebab saya dah langgan. Kenapa tak maklumkan melalui sms.

Celcom: maaf, kami tidak dapat mengawal masalah tersebut.

ED: jadi, apa tindakan celcom? Bagaimana dgn kredit saya yg dah ditolak?

Celcom: selepas ini, kami akan ambil report. Sistem kami dapat tahu kredit encik yang ditolak dan encik memang ada langgan internet. Jadi, celcom akan pulangkan balik kredit encik dlm masa seminggu.

ED: baik.

Pengajarannya, jika anda mengalami masalah seperti ED, call je customer service celcom di 1300111000. ED nak tengok sama ada kredit ED akan dipulangkan atau tidak seperti janji mereka. ED terfikir, kalau orang tidak membuat aduan, adakah pihak celcom akan alert tentang hal ini? Entahla... Udada Ubabye!!



ED: hati2 dengan pelan internet anda!

(Sembang) Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna episod akhir catat 4.1 jutapenonton

$
0
0
Hai, siapa kata drama MJATS tidak ramai penonton? Hasil kajian telah mendapati bahawa episod akhir drama itu telah mencatat rating 4.1 juta penonton.

Sumber: media prima

Tahniah diucapkan kepada semua krew dan pelakon drama tersebut. Tahun depan Zeel Production akan terbitkan drama apa pulak erk utk slot Akasia? Sama2 kita nantikan. Udada Ubabye!!



ED: turut bergembira..

(Sembang) Beli sebalang besar Slurpee 7 Eleven dengan harga RM2.20

$
0
0
Hai, hari ini ED tak melepaskan peluang untuk membeli slurpee 7 Eleven dengan membawa bekas sendiri, tak kira besar mana (ada ukuran yg ditetapkan) dengan harga RM2.20. Ini sempena ulang tahun ke 30 7 Eleven Malaysia. Memang puas hati dapat beli Slurpee favourite ED secara banyak sebanyak bekas yg dibawa dengan harga RM2.20.

Nama acara ini ialah By Your Own Cup Day. Rasanya bawa baldi untuk isi slurpee pun masih boleh lagi. Acara ini berlangsung dari pukul 11 pagi hingga 7 malam tadi.

Lihat, ED bawa balang air 5 liter dari rumah. Harganya tetap RM2.20. Memang puas hati la!

Sebenarnya, kita tak perlu malu untuk bawa bekas besar sebab pekerja mereka lagi suka program ini mendapat sambutan. Lagipun, dah memang begitu penganjurannya. Dekat 7 Eleven yang ED pergi tadi, para pekerja turut memberi galakan kepada pembeli slurpee ini. Jadi, memang takde rasa segan nak beli dengan bekas sendiri. ED nak join contest juga sebab untung badan, boleh dapat kamera go pro atau kamera instax. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah...

(Mi Casa) Dah sebulan lebih tak jenguk rumah

$
0
0
Hai, selepas Subuh ED terus bergerak ke rumah baharu. Diam tak diam, dah sebulan lebih tak jenguk Mi Casa ED. Ini kerana kesibukan kerja dan ditambah lagi dengan kesibukan study. 

Rutin jika datang ke rumah baharu, ED akan ambil bil2 rumah, sapu rumah dan tengok perkembangan pokok nangka ED depan rumah ni.

Sebelum balik, makan lontong jap di gerai berdekatan dengan rumah. Zlurpp!!

Selesai menyapu rumah, ED mandi dan bertolak pulang ke rumah semula. Tak boleh lama2 di sana, sebab ada kerja ED nak buat. Pagi tadi, sempat juga berborak2 dengan jiran sebelah rumah. Alhamdulillah, setakat ini jiran2 oke & peramah. Udada Ubabye!!



ED: malas nak pergi Jom Heboh hari ini..

(Corat-coret) ASK2014, Zul Ariffin paling menyerlah!

$
0
0
Hai, banyak blog yang dah tulis tentang corat-coret Anugerah Skrin 2014 semalam di TV3, tetapi ini corat-coret ASK2014 versi EDtv iaitu versi ED yang menonton dari rumah. Ini apa yang ED nampak daripada pemerhatian dan citarasa ED semalam..

Senarai pemenang:
  • Drama Terbaik – Matahari Terbit Lagi (Al Hidayah Production Sdn Bhd)
  • Lakon TV Terbaik – Eenaz Mokhtar (Matahari Terbit Lagi)
  • Pengarah Terbaik Drama – Azeli Mohamad (Matahari Terbit Lagi)
  • Pelakon Lelaki Terbaik – Anuar Chew Abdullah (Matahari Terbit Lagi)
  • Pelakon Wanita Terbaik – Puteri Balqis (Balqis)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik  – Namron (Balqis)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Nabila Huda (Balqis)
  • Videografi Terbaik Drama – Mohammad bin Mohd Rameli (Matahari Terbit Lagi)
  • Drama Komedi Bersiri Terbaik – Nasi Ayam Duda (Cinematic Sdn Bhd)
  • Drama Rantaian Terbaik – Ummi (Filmscape Production Sdn Bhd)
  • Drama Bersiri Terbaik Di Laman Sosial – Ariana Rose (Pena Creative)
  • Drama Premium Terbaik- Karlos Bolos (Frontrow Pictures Sdn Bhd)
  • Filem Terbaik – Tanda Putera (Pesona Pictures Sdn Bhd)
  • Lakon Layar Terbaik Filem – Hans Isaac (Lemak Kampung Santan)
  • Pengarah Terbaik Filem – Datin Paduka Shuhaimi Baba (Tanda Putera)
  • Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
  • Pelakon Wanita Terbaik Filem – Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Zizan Nin (Tanda Putera)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)
  • Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)
  • Rancangan Realiti Terbaik – Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 (TV3)
  • Rancangan Hiburan Terbaik – Rockestra (TV9)
  • Laporan Khas/ Berita Terbaik – Buletin Utama : Kuda Kelate (TV3)
  • Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Dengan Basikal Aku Menjelajah : Cahaya Misteri Aurora Borealis (TV Al-Hijrah)
  • Rancangan Bual Bicara Terbaik – Malaysia Hari Ini : Misi Mencari MH 370 (TV3)
Corat-coret ASK2014

1. Maaf, ED kureng dengan opening dan closing ASK2014.
2. Persembahan teater mendapat perhatian ramai. Menarik!
3. ED suka dengan keputusan pemenang semalam. Suka adik Balqis menang artis drama wanita terbaik!
4. Persembahan penyanyi, ED tak tengok sangat.
5. Set pentas nampak kecil dan malap kerana warna tema biru gelap.
6. Pengacara oke. Bervariasi!
7. ED rasa semalam Zul Ariffin paling menyerlah dalam ASK2014. Setiap kali muka dia keluar TV, mesti penonton menjerit. Banyak kali juga wajahnya di zoom semalam.

Zul Ariffin semalam..

Adik Balqis yang super duper berbakat.. Cute!

Ini pendapat ED sahaja. Keseluruhan, ASK2014 lebih menarik penganjurannya pada tahun ini berbanding tahun2 sebelumnya. Udada Ubabye!!



ED: tahniah kepada pemenang & semua krew produksi

(Sembang) Dah tak tahan dengan Celcom!

$
0
0
Hai, patutlah Dafi mengamuk dengan servis Celcom sebelum ini. Hari ini, kredit ED masih ditolak jika menggunakan internet walaupun ED dah langgan pelan internet rm38.

Tolak rm3 bila ED buka internet walaupun tak sampai seminit.. Bila dapat mesej ni, ED terus tutup data.

Ingatkan hari ini internet Celcom dah oke. Rupanya tidak. Katanya, Celcom nak pulangkan jumlah kredit yg kena telan sebelum ini, masih belum dapat lagi. Kalau baki kredit bawah rm10, ED dah tukar simkad operator lain sekarang. Udada Ubabye!!



ED: memang nak kena tukar simkad operator lain...

(Aksi TV3) Episod akhir drama Plan B

$
0
0
Hai, drama Plan B semakin ke penghujungnya. Berikut tarikh episod akhir berserta sinopsisnya..

Bagaimana kesudahan kisah persahabatan mereka?

Sinopsis:
Pegawai IT berjaya hotwire CCTV dan pihak polis kini sedang tempa shutter dan berusaha untuk masuk ke dalam secara senyap-senyap. Khai akan nampak imej bahawa tiada aktiviti berlaku di luar.

Selepas drama Plan B, nantikan drama terbaharu seterusnya Antidot dalam slot Aksi TV3. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

(Aksi TV3) Sinopsis drama Antidot

$
0
0
Hai, drama terbaharu yg akan mengantikan drama Plan B dalam slot Aksi TV3 ialah drama Antidot.

Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal, Nabila Huda dan Kamal Adli.

Sinopsis:
Drama fiksyen yang diilhamkan daripada drama siri Amerika The Walking Dead tentang beberapa orang saintis pakar virus yang bersaing untuk menghasilkan penawar melawan virus yang boleh menyebabkan manusia mati dan bertukar menjadi zombie di Malaysia. Siapakah antara 4 orang pelakon ini yang berjaya mematikan virus tersebut?

Drama ini arahan Khabir Bhatia. Nantikan mulai 2/12/2014 di slot Aksi TV3. Udada Ubabye!!



ED: lain daripada yg lain jalan ceritanya..

(Zlurpp!!) Makan malam di Infusion Buffet KSL

$
0
0
Hai, malam kelmarin kawan2 ED mengajak makan malam di sini..

Infusion Buffet KSL

Rambang mata tengok menu2 dlm restoran ni. Sebelum makan spageti karbonara ni, ED makan sesenduk nasi dengan kari ayam dan rendang daging. Spageti ni sedap!

Selepas itu, ED cuba butter prawn, beef stick, ketam goreng dan apa entah yg bulat ni.. Semua zlurpp!!

Selepas itu, ED cuba pulak daging kambing bakar bersama sos lada hitam, roti john daging dan otak2.

Desert, ED pilih mango pudding dan dadih ni.. Zlurpp!!

Favourite ED, aneka agar2 sebagai pencuci mulut terakhir.

Bergambar kenangan sebelum pulang..

Banyak lagi menu ED tak cuba sebab perut dah terlalu kenyang. Kesimpulannya, puas hati makan di sini. Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah

(OST) Lagu tema drama Samarinda Zahira dan Tabir Zulaikha TV3

$
0
0
Hai, dah tahu belum lagu tema drama Zahira dan Tabir Zulaikha dalam slot Samarinda TV3? Kalau belum tahu, ini lagu tema bagi 2 drama baharu tersebut.

Drama Zahira lakonan Zara Zya dan Adi Putra. Drama Tabir Zulaikha lakonan Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza.

Lagu tema drama Zahira, Mewangi nyanyian Akim & The Magistrate


Lagu tema drama Tabir Zulaikha, Mata Kunci Cinta nyanyian Aisha Hanim

Saksikan drama Zahira bermula 20 November ini, dan selepas tamat drama Zahira, drama Tabir Zulaikha akan menyusul. Hanya di slot Samarinda TV3. Udada Ubabye!!



ED: Lagu tema juga memainkan peranan penting dalam sesebuah drama..

(Dahlia TV3) Drama adaptasi novel Eksperimen Cinta, akan datang 2015...

$
0
0
Hai, semalam di instagram, ED ada bagi teaser bahawa novel Eksperimen Cinta akan diadaptasi ke drama pada tahun hadapan. Drama Eksperimen Cinta akan ditayangkan melalui slot baharu TV3 2015 iaitu slot Dahlia yang dijadualkan tayang pada Sabtu dan Ahad pukul 7.00 malam. Hero dan heroin telah confirm, dan inilah gandingan pelakon utama drama tersebut..

Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda

Drama ini adaptasi novel karya Anjell.

Drama komedi romantik ini terbitan Zeel Production (penerbit drama MJATS). Semua maklumat ini ED perolehi daripada penerbit drama ini iaitu Tn. Hj. Fadzil Teh. Nantikan drama ini pada Mac 2015. Semoga semua suka dengan maklumat yang ED sampaikan ini. Udada Ubabye!!



ED: Tahun ni Fahrin Sara Ali, tahun depan Fahrin Izreen pulak.. Hehe..

(Sembang) Nona 2015 wajah baharu pengacara baharu..

$
0
0
Hai, nampaknya Neelofa tidak menyambung kontrak sebagai hos Nona pada tahun hadapan. ED dapat rasa, Fara Fauzana juga mungkin tidak bersama Nona lagi pada tahun hadapan.


Siapakah hos Nona baharu 2015? ED rasa, dalam banyak2 pengacara jemputan Nona pada tahun ini, mesti ada seorang dua yang sangkut. ED suka kalau Zara Zya atau Eja jadi hos Nona yg baharu. Udada Ubabye!!



ED: Nona 2015 berwajah baharu..

(Sembang) Dijemput ke Showcase GUAkustika sempena Ulangtahun ke-7 GUA

$
0
0
Hai, ED dapat undangan ke Showcase GUAkustika sempena Ulangtahun ke-7 laman web GUA. Berikut butirannya..

Kad jemputan daripada pihak Gua.

Terima kasih Gua kerana mengundang EDtv. ED tak dapat join sebab ED ada kuliah pada tarikh tu.. Udada Ubabye!!



ED: boleh ganti orang lain tak? Hehe..

(Tonton) Tonton rangkul 4 pencalonan di Anugerah Televisyen Asia 2014

$
0
0

Kuala Lumpur, 19hb  November 2014 – Tonton (www.tonton.com.my), portal video tempatan No.1 di Malaysia berjaya menguasai pencalonan di Anugerah Televisyen Asia 2014 (ATA 2014) untuk kategori Program / Siri Fiksyen Digital & Bukan-Fiksyen Terbaik. Kategori yang pertama kali diperkenalkan mulai tahun ini, mengiktiraf perkembangan trend penghasilan original untuk kandungan digital.

 

Tonton berjaya menggondol empat daripada enam pencalonan dalam kategori ini menerusi siri drama web "Autumn Di Hatiku", "Autumn Di Hatiku 2", "Dan Calonnya Adalah..." dan persembahan komedi web, "Stand Up".



"Kami begitu gembira mengetahui kebanyakan Siri Original Tonton telah disenarai-pendek sebagai finalis di ATA tahun ini. Kejayaan ini sangat bermakna buat kami yang telah berusaha keras memacu penghasilan kandungan digital untuk tontonan umum selain kualiti produksi yang terbaik. Dan mengetahui wujudnya keperluan untuk penonton di dunia global menikmati bukan sahaja kandungan TV, kami akan terus menawarkan lebih banyak kandungan digital di tahun 2015 kelak,” menurut Shahida Azad Jamaluddin, Ketua  Penjenamaan Tonton & Platform Digital TV, Media Prima Digital.

 

Mencatatkan lebih 4 juta pengguna berdaftar sehingga kini, Tonton turut menyambut ulang tahunnya ke-4 pada tahun ini. Pengguna di seluruh dunia boleh menonton kesemua siri web yang tercalon termasuk siri web baharu "Hanya Satu" di www.tonton.com.my.

Autumn Di Hatiku

Sinopsis:

 

Berkisar tentang Nina (Hanez Suraya), yang bekerja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik K-Pop. Nina hidup dalam dunia K-Popnya tersendiri; tampil bergaya seperti seorang aktres Korea lengkap dengan solekan serta fesyen rambut mengikut gaya bintang kegemarannya selain turut cuba mempelajari bahasa Korea.

 

Bersama dengan rakan karibnya Jaja (Ezzaty Abdullah), Nina begitu obses dengan drama Korea; malah sering bercerita tentang jalan cerita yang ditontonnya selain mengajuk lakonan bintang yang diminatinya ketika waktu lapang. Kemunculan seorang pelanggan, Park Au Tum, atau dikenali dengan ‘Autumn’ (Kim Jin Sung) di tempat kerjanya pada suatu hari telah mengubah segalanya. Kehadiran Autumn di Malaysia kerana urusan perniagaan telah mencuri perhatian Nina. Nina yang malu-malu mulai jatuh hati kepada Autumn yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

 

Pelakon: Kim Jin Sung (JS), Hanez Suraya, Aiman Hakim Ridza, Ezzaty Abdullah & Anas Ridzuan

 

Bilangan episod: 28

 

Terbitan : Greenlight Pictures Sdn Bhd

Autumn Di Hatiku 2

 

Sinopsis:

 

Meneruskan kesinambungan musim pertama apabila Nina (Hanez Suraya) kembali solo dan kini menguruskan perniagaan bakeri. Selain memendam rasa rindunya terhadap Zidick dan Autumn (Kim Jin Sung), Nina perlu berhadapan dengan pesaing perniagaannya. Sebuah kedai bakeri milik Summer (Youmie Robert) baru sahaja dibuka dan telah menarik perhatian ramai pelanggan.  Nina, Jaja (Ezzaty Abdullah) dan rakan mereka, Ramon (Iedil Putra) mulai merancang strategi untuk mengatasi pesaing perniagaan mereka, yang juga merupakan seteru Nina dalam merebut perhatian Autumn.

 

Rakan perniagaan Autumn, Rizal Abdul Waris (R.A.W lakonan Amran Ismail) pula tiba-tiba muncul cuba memikat hati Jaja tetapi pada masa yang sama mahu menyingkirkan Autumn daripada syarikatnya.

 

Pelakon: Hanez Suraya, Kim Jin Sung (JS), Youmie Robert, Ezzaty Abdullah, Amran Ismail & Iedil Putra

 

Bilangan episod: 20

 

Terbitan: Greenlight Pictures Sdn Bhd

 

Dan Calonnya Adalah…

Sinopsis:

 

Mengisahkan cabaran hidup seorang gadis, Katrina (lakonan Faralyna Idris) yang dikongkong ibunya Puan Kamariah (lakonan Maria Tunku Sabri) termasuk dalam pemilihan bakal suaminya sendiri. Atas desakan ibunya, Katrina perlu mencari jodoh pilihan hatinya sebelum akhir tahun atau bakal dikahwinkan dengan Haris (lakonan Anding Indrawani), anak kepada rakan ibunya. Katrina mulai mengatur temujanji dengan jejaka pelbagai ragam dalam misi mencari calon suami yang sesuai.

 

Dengan bantuan rakannya Shai (lakonan Janna Nick) serta agensi mencari jodoh yang dimiliki oleh Cik Pooja (lakonan Susan Lankester), Katrina perlu berhadapan dengan karenah 14 jejaka antaranya usahawan paling muda, Aman (Harris Idola Kecil), Azman (Anas Ridzuan) yang gemar berpantun, Ehsan (Dafi Ismail Sabri) seorang perompak, Park (Kim Jin Sung - Korea) seorang arkitek dan model, Karim (Aidil Aziz) penganiaya haiwan, Kamil (Amar Baharin) seorang ‘camwhore’, Julian (Jeremy Teo), Sulayman (Ikhwan Hot FM), Rohan (Aldo Gumara - Indonesia) seorang atlet dan ramai lagi.

 

Pelakon: Faralyna Idris, Anding Indrawani, Maria Tunku Sabri, Susan Lankester, Janna Nick, Syazliana Shuhaimi, Kim Jin Sung (JS), Anas Ridzuan, Aidil Aziz, Dafi Ismail Sabri, Harris Alif, Elyana, Ikhwan, Jeremy Teo, Amar Baharin & ramai lagi

 

Bilangan episod: 28

 

Terbitan: Double Vision Sdn Bhd

 

Stand Up

Sinopsis:

 

 

Menerusi kehadiran penonton secara langsung dalam suasana kabaret, ‘Stand Up’ menghimpunkan 14 pelawak terkenal dengan jenaka paling kelakar di atas satu pentas. ‘Stand Up’ melopori rangkaian komedi tempatan yang dipersembahkan secara santai dan bersahaja dengan elemen gelak tawa namun masih mengekalkan kualiti hiburan berjenaka.

 

Menampilkan:  Papi Zak, Keren Bala Devon, Sulaiman Azmil, Shamaine Othman, Kavin Jay, Brian Tan, Joanne Kam, Rizal Van Geyzel, Jinx Yeo, Andrew Netto, Dr. Jason, Jonathan Atherton, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.

 

Bilangan episod: 8 episod penuh & 54 klip pendek

 

Terbitan: Primeworks Studios Sdn Bhd

 

Lebih 239 pencalonan, menerusi 38 kategori dan melangkaui 13 buah negara kini bersaing untuk merebut kemenangan di ATA edisi ke-19, anugerah industri paling berprestij di rantau Asia. Pemenang bakal diumumkan pada Malam Anugerah Gala bertempat di Marina Bay Sands, Singapura pada 11 Disember 2014. Udada Ubabye!!




ED: Good Luck!

(Sekolah) Selesai sesi persekolahan 2014

$
0
0
Hari ini tamatlah sesi persekolahan 2014. 

Bergambar bersama anak murid pada minggu akhir persekolahan.. 

Sesi persekolahan dah tamat tetapi ED masih kena bertugas sehingga Khamis depan. Guru cuti tak sama dengan murid tau! Udada Ubabye!!



ED: rasa sekejap masa berlalu..

(Sembang) Drama Delina TV9 pindah tayang ke TV3

$
0
0
Hai, terkejut seketika! Iklan drama Delina dah mula tayang di TV3. Sepatutnya drama Delina dijadualkan tayang di TV9 pada tahun ini, tetapi ditunda pada tahun depan pulak. Tup.. Tup.. Drama ini akan tayang di TV3 pulak dalam slot drama Ahad TV3. 

Drama Delina mulai 7/12/14 di TV3 pukul 10.30 malam..

Saksikan drama fiksyen ini di TV3 pada bulan hadapan. Lagu tema drama ni best, knock knock nyanyian Elizabeth Tan. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

(ED & Braces) Kena pakai getah elastik

$
0
0
Hai, semalam ED pergi jumpa doktor gigi untuk rawatan susulan braces. 

Semalam, doktor tukar power chain pada gigi atas dan ED dah kena pakai getah elastik ni pada braces ED.

Eksklusif ni, beginilah cara pakai getah elastik tu.. ED kena masukkan getah pada cangkuk braces gigi atas dan gigi bawah, kanan dan kiri supaya susunan gigi atas dan bawah selari. Kena pakai getah ni setiap masa kecuali waktu makan. Bila nak makan, boleh buka getah ni. Lepas habis makan, kena pakai balik. Doktor kata, sebab dah cuti sekolah, jadi takde masalah kalau ED pakai getah ni.

ED kena pakai getah ni sehingga temujanji ED bersama doktor pada bulan hadapan. Setiap hari, ED kena tukar getah elastik yg baharu. Nampak macam leceh, tapi ED dah sedia terima kesan sampingannya selepas ED putuskan nak pakai braces tahun lalu. Udada Ubabye!!



ED: sakit juga pakai getah elastik ni..

(Ratu TV9) Tarikh siaran drama Satu Hari

$
0
0
Akhirnya, drama ni yg guna lagu tema Sesal Separuh Nyawa nyanyian Alyah. ED memang pernah terfikir, drama mana yg akan guna lagu favourite ED ni.. Okelah, drama Satu Hari Di Sarajevo telah ditukar tajuknya menjadi Satu Hari lakonan Remy Ishak, Sara Ali, Rita Rudaini dan Miller. Berikut tarikh siarannya..

Mulai 2/12/2014 dalam slot Ratu TV9

Nantikan drama terbaharu ini di TV9. Tengok iklannya macam best dan grand! Suasana di Sarajevo mesti menjadikan drama ini lain daripada yg lain. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live