Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live

(Sembang) Fara Fauzana hos baharu Muzik Muzik 30 bersama AG

$
0
0
Hai, selepas Melodi ke Nona. Selepas Nona ke Muzik Muzik pula. Tahniah, Fara Fauzana merupakan hos baharu Muzik Muzik 30 bersama AG.

Fara Fauzana dan AG dalam set baharu Muzik Muzik 30
Sumber foto: berita harian

Saksikan mereka pada Sabtu ini di TV3. Udada Ubabye!!

Nak free sampel Lactacyd? Klik sini http://edtv.sharethisstory.net/my-799018-6480



ED: bakat pengacaraan Fafau tidak boleh dinafikan...

(Akasia TV3) Sinopsis episod akhir drama Istikharah Cinta

$
0
0
Hai, drama Istikharah Cinta akan melabuhkan tirainya pada malam ini. ED nak bocorkan sedikit sinopsis episod akhir drama ini.

Zul Ariffin dan Faye Kusairi

Sinopsis episod akhir:

Aiza dan Hanapis semakin berjaya mempengaruhi Airil dan Dina supaya bermusuhan. Pada kemuncak drama, ada sesuatu yang berlaku sehingga rumah tangga Airil dan Dina dapat diselamatkan. Apakah yang berlaku? Saksikan kesudahan drama ini..

Agak2 apa balasan kpd Aiza dan Hanafis erk? Selamat menonton finale drama ini bermula 9 malam di TV3. Udada Ubabye!!



ED: ramai kawan ED tengok drama ni..

(Zlurpp!!) Resipi mi hot plate ala EDtv

$
0
0
Hai, ada yg minta resepi mi hot plate ala EDtv. Resipinya sangat senang dan siapa2 pun boleh masak. Berikut resipinya..

Mi hot plate ala EDtv. Sedap....

Resipi:
1 kg mi kuning dicelur

Bahan untuk kuah:
3 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji lada kering
Kisar bahan di atas
1/2 ekor ayam dipotong kecil
5 batang Sosej ayam dipotong kecil
Sawi 
1 tin Cendawan
2 kiub pati ayam
2 sudu besar sos tiram
6 sudu besar kicap manis (ikut suka)
Garam
Gula
Serbuk penambah perisa
Minyak untuk menumis
Air 2 liter
Tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air
2 biji telur

Cara2:
Mula2, panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi. 
Campurkan 2 kiub pati ayam.
Masukkan potongan ayam.
Campurkan potongan sosej ayam.
Masukkan 2 sudu besar sos tiram & 6 sudu besar kicap manis.
Kalau ada minyak bijan, boleh letak 1 sudu supaya harum.
Setelah ayam masak, masukkan 1 jug air kira2 2 liter air.
Biarkan kuah mendidih. Selepas itu, letak gula, garam dan penambah perisa secukup rasa.
Bolehlah masukkan sawi dan cendawan. 
Pecahkan dua biji telur ke dalam kuah.
Akhir sekali, letak tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air ke dalam kuah supaya pekat.
Siap untuk disajikan.

Mudah bukan? Selamat mencuba! Udada Ubabye!!



ED: dua kali masak mi hot plate minggu ini..

(Sekolah) Buku teks tahun 80an dan 90an

$
0
0
Hai, inilah antara buku teks yang ED guna semasa di sekolah rendah pada tahun 90an. Jika anda seumur atau hampir sama umur dengan ED, pasti anda akan rasa nostalgia berada di sekolah rendah bila melihat buku2 ini..

Buku teks BM tahun 1

Buku teks Matematik Tahun 2

Buku Teks Matematik Tahun 1

Buku Teks BM Tahun 3

Buku Teks BM Tahun 4

Apa yg ED ingat tentang buku teks pada era tersebut, buku teks BM guna gambar buah pada kulit hadapan. Udada Ubabye!!



ED: buku teks kini semakin berwarna-warni

(Sembang) Pengacara Fiza Sabjahan tinggalkan TV3

$
0
0
Hai, selepas Azura dan Azizah Ariffin meninggalkan Wanita Hari Ini TV3, kini Fiza Sabjahan pula akan mengikut jejak mereka meninggalkan rancangan wanita tersebut sekaligus meninggalkan dunia pengacaraan di Media Prima.

Fiza Sabjahan, antara pengacara yang dikenali di TV3

ED agak terkejut mendengar berita ini kerana Fiza antara pengacara yg ED suka tengok di kaca tv. Apapun keputusan yang diambil oleh Fiza, mungkin ini untuk kebaikannya pada masa akan datang. Selamat maju jaya untuk Fiza Sabjahan! Udada Ubabye!!



ED: WHI semakin kurang pengacara otai..

(Akasia TV3) Keith Foo antara pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa

$
0
0
Hai, ini ada update tentang drama adaptasi novel, Dia Isteri Luar Biasa. Keith Foo akan turut berlakon dalam drama tersebut.

Keith Foo

ED tak tahu dia akan bawa watak apa. Dalam minggu ini, kita akan tahu siapa hero drama ini kerana drama ini akan memulakan penggambaran pada 11/2/15.

Mungkinkah benar Shukri Yahaya akan menjadi hero bersama Fathia? Nantikan pengumumannya pada minggu ini. 

Nantikan drama Dia Isteri Luar Biasa, akan datang dlm slot Akasia TV3. Udada Ubabye!!



ED: antara cerita yang ditunggu tahun ini..

(Sembang) Keith Foo follow twitter EDtv

$
0
0
Hai, lihat siapa yg follow twitter EDtv hari ini..




Keith Foo follow twitter EDtv

ED pun macam anda juga, suka bila artis follow twitter kita. Antara artis yg follow twitter EDtv sebelum ini seperti Hanez Suraya, Fasha Sandha, Siti Elizad, Ben Amir, Fattah Amin, Afiq Muiz dan Emma Maembong. Udada Ubabye!!



ED: twitter EDtv ialah @edtv_zahidi

(Eksklusif) Sah, inilah barisan pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa TV3

$
0
0
Hai, secara eksklusif di blog EDtv, inilah barisan pelakon dan watak mereka dalam drama Akasia TV3 terbaharu, Dia Isteri Luar Biasa.

Heroin Fathia sebagai Dewi Yusra, hero Shukri Yahaya sebagai Raden Amzar dan Keith Foo sebagai Kamarul, rakan kepada Dewi Yusra.

Mesti best ni.. Nantikan drama adaptasi novel karya Umie Nadzimah ini selepas tamat drama Hati Perempuan. Udada Ubabye!!



ED: Keith Foo ada cakap tentang watak dia dalam Carta Hotfm 30..

(Instamadah) 021 Jika kuat iman

$
0
0
Hai, adakah kita tergolong dalam orang yg kuat iman?


Sesungguhnya, orang yang kuat imannya ialah orang yang tinggi kesabarannya. Udada Ubabye!!



ED: selamat malam!

(OST) Lagu tema drama Teman Lelaki Upahan TV3

$
0
0
Hai, ED suka dengar lagu tema drama Teman Lelaki Upahan yang bermula pada 6.55 petang ini di Akasia TV3. Nak tahu lagu tema drama tersebut?

Para pelakon drama Teman Lelaki Upahan

Lagu tema drama Teman Lelaki Upahan bertajuk Rahsia nyanyia Ippo Hafiz. Jom dengarkan lagunya secara penuh di bawah ini.


 Ippo Hafiz

Best kan? Lagu tersebut karya AG Coco dan Azma Aizaal Yusoof. Udada Ubabye!!



ED: Sama-sama kita saksikan..

(Sembang) Siti Elizad memang sesuai jadi Kyra Lydia, drama Teman LelakiUpahan TV3

$
0
0
Serius, memang dari episod semalam ED suka tengok Siti Elizad bawa watak Kyra Lydia dalam drama Teman Lelaki Upahan. Ungku Ismail Aziz juga serasi dan berjaya membawakan watak EL yang selamba dalam drama tersebut.

Siti Elizad dan Ungku Ismail Aziz

ED ingat lagi tahun lepas, ramai yang mempertikaikan pemilihan hero dan heroin drama tersebut. Tetapi, lihatlah.... Mereka sangat kena membawakan watak utama. Sangat suka ED tengok Siti Elizad bawa watak Kyra Lydia yang sofistikated dan garang. Hehe.. Menjadi sangat lakonannya bila Kyra Lydia tampar EL dalam episod 2 tadi. Keseluruhannya, drama ini memang terbaik! Udada Ubabye!!



ED: Siti Elizad sangat humble orangnya..

(Sekolah) Jadi guru pembimbing kepada guru praktikal

$
0
0
Terasa pantas waktu berlalu. Dulu, ED dibimbing semasa menjadi guru praktikal. Kini, tiba giliran ED menjadi guru pembimbing kepada guru praktikal di sekolah.

Membuat pemantauan guru praktikal kali pertama mengajar hari ini..

ED jadi guru pembimbing bukan untuk seorang guru praktikal..

Tetapi untuk 2 orang guru praktikal pagi tadi..

Oh, begini rasanya jadi guru pembimbing kepada guru praktikal apabila berada di belakang kelas ketika mengajar. Pengalaman baharu ni. Udada Ubabye!!



ED: macam mentor la ni.. Hehe..

(Lestary TV3) Drama Bidadari, akan datang...

$
0
0
Hai, ada info terbaharu ni. Shah Jaszle dan Amyra Rosli digandingkan kembali dalam drama slot Lestary terbaharu, Bidadari. Tahun lepas, mereka digandingkan dalam drama Samarinda, Kristal Maya.

Amyra Rosli dan Shah Jaszle

Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini, pengarah drama LYMA. Nantikan drama Bidadari selepas tamatnya drama Delina. Udada Ubabye!!



ED: ada chemistry..

(Samarinda TV3) Sinopsis drama Tabir Zulaikha

$
0
0
Oh, begini sinopsis drama Tabir Zulaikha, slot Samarinda TV3.

Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza

Sinopsis:

Drama bersiri 18 episod ini memaparkan perjalanan hidup dan kisah cinta Ain Zulaikha (Tasha Shilla), anak tunggal kepada Zamrin (Ramli Salleh) dan Musalmah (Mak Wan) yang berkerja di rumah Datuk Aziz (Dato’ Jalaluddin Hassan). Datuk Aziz dan isterinya, Datin Wan Rozita (Emma Akma) tidak pernah memandang rendah atas status mereka malahan Zulaikha diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di kolej seperti anak Datin Wan Rozita, Feroz (Aidil Aziz) dan juga anak angkat Datuk Aziz, Adami Akhil (Aiman Hakim Ridza). http://edtv.sharethisstory.net/my-799018-6576?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

Zulaikha membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berpegang teguh kepada pendiriannya. Zulaikha juga berbakat dalam memain biola. Feroz cemburu melihat keakraban Zulaikha dan Adami. Dia berniat mahu menyingkirkan Zulaikha kerana sejak kecil, Datuk Aziz lebih sayangkan Zulaikha berbanding dirinya, walaupun dia anak Wan Rozita, isteri Datuk Aziz sendiri.

Zulaikha semakin sayang kepada Adami dan membuat keputusan untuk meluahkan rasa hatinya. Zulaikha terkejut apabila ibu bapanya telah menyampaikan wasiat Datin Wan Rozita supaya mengahwinkan Zulaikha dengan Datuk Aziz. Zamrin dan Musalmah merayu Zulaikha agar menerima Datuk Aziz sebagai suaminya kerana itu ialah cara terbaik untuk membalas budi mereka. Akhirnya, Zulaikha bersetuju selepas Adami Akhil berbohong bahawa dia tidak pernah mencintai Zulaikha.

Datuk Aziz sedar bahawa Zulaikha tidak rela dan tidak mencintainya. Walaupun begitu, Datuk Aziz tetap menjaga Zulaikha dengan penuh kasih sayang dan telah mewasiatkan semua harta dan syarikatnya kepada Zulaikha. Tindakan Datuk Aziz mengundang kemarahan Feroz kerana dia rasa Zulaikha telah merampas haknya. Jadi, Feroz telah mengupah Ammar (Shah Jaszle) untuk memerangkap Zulaikha.

Apakah yang bakal terjadi kepada Zulaikha? Berjayakah Zulaikha menyelamatkan syarikat Datuk Aziz daripada jatuh ke tangan Feroz? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta antara Zulaikha dan Adami? Saksikan episod Tabir Zulaikha seterusnya menerusi slot Samarinda pada setiap Rabu dan Khamis, jam 10.00 malam hanya di TV3! Udada Ubabye!!



ED: Teruskan menonton!

(OST) Lagu penutup drama Nasuha TV9, Aweera - Terhakis

$
0
0
Hai, jalan ceritanya sedih, lagu penutupnya pun sedih. Berikut, lagu penutup drama Nasuha TV9 yang bertajuk Terhakis nyanyian Aweera.

Shah Iskandar dan Tasha Shilla

 Lagu baharu Aweera secara solo, Terhakis. Cantik montaj drama ni!

 Aweera

Lagu ini sangat sedap didengar dan sangat menyentuh. Kena pulak dengan cerita Nasuha yang sedih, memang bertambah-tambah kesedihan dalam drama ini. Ada penonton beritahu ED, episod pertama dia tengok menangis, episod kedua pun dia menangis. Wah, terbaiklah drama ni! Udada Ubabye!!



ED: drama kesukaan ED juga ni..

(Peraduan) NIVEA’s “BE GORGEOUS & WIN RM 88,888*” CNY PROMOTION

$
0
0

Hai, ada berita baik untuk pengguna produk Nivea! Beli produk Nivea minimum RM15 dalam satu resit dan menangi hadiah wang tunai RM88, 888. Maklumat lanjut, baca ni..

Kuala Lumpur, 5th February 2015 - From 1- 28 Feb, NIVEA is proud to present their CNY Promotion themed “Be Gorgeous & Win RM 88,888*”. One stands a chance to win more than RM 88,888 worth of prizes by joining the “Be Gorgeous and Win RM 88,888*” contest.


Consumers will be entitled to have a chance to win fabulous prizes with a minimum purchase of RM 15 of the participating NIVEA and/or NIVEA MEN products in a single receipt from any participating nationwide outlets. One receipt is entitled to one contest entry only and participants will need to retain the original printed receipt as proof of purchase in order to participate in this Contest.

Each contest entry must contain a minimum purchase amount of RM 15 from any participating outlets in one receipt by providing a picture of the receipt, the participant’s name, NRIC number and answer to a question ("What colour is NIVEA logo": A) Blue & White B) Red & White C) Green & White). Entries must be submitted via the WhatsApp application only to 018 397 1988 in ONE submission per person. Prizes include a grand cash prize of RM 8,888 for the 888th entry only, cash prize of RM 888 for every 88th entry throughout the contest (ie. 88th, 176th, 264th, etc) and a NIVEA skincare pack worth RM 28 for every 28th entry throughout the contest (ie. 28th, 56th, 84th, etc). Selected winner will receive a call from NIVEA with ONE (1) question that needs to be answered within a stipulated time.

For more information about NIVEA’s “BE GORGEOUS & WIN RM 88,888*” CNY promotion,   please find http://www.idst.com.my/patron/minisite/niveacny/ for more information of terms and conditions* orvisit its official Facebook page, www.facebook.com/myNIVEA.

Mudah bukan? Cepat sertainya.. Udada Ubabye!!


ED: nak join la sebab ED guna juga produk Nivea ni..

(Sekolah) Maulidur Rasul 2015 bersama PU Hafiz

$
0
0
Hai, malam semalam sekolah ED mengadakan sambutan Maulidur Rasul 2015. Penceramah jemputan pada tahun ini sangat istimewa iaitu PU Hafiz, juara Pencetus Ummah musim pertama Astro Oasis. Ceramah daripada beliau memang terbaik!!

 PU Hafiz mengimamkan solat Maghrib berjemaah

PU Hafiz menyampaikan ceramahnya..

 PU Hafiz menitiskan air mata ketika memberikan ceramah tentang Nabi Muhammad SAW

ED & rakan2 tidak melepaskan peluang bergambar dengan PU Hafiz

Macam biasa, lepas program sekolah, mesti bergambar dengan kawan2. Kenangan tu..

Keseluruhannya, majlis semalam berlangsung meriah dengan kehadiran ramai ibu bapa dan murid-murid pun teruja mendengar ceramah Maulidur Rasul pada tahun ini. Udada Ubabye!!



ED: suka babak sedih ceramah PU Hafiz..

(Instamadah) 022 Jangan berputus asa

(Instamadah) 023 Nasib malang itu menyakitkan..

$
0
0
Hai, mungkin ini antara hikmah jika kita bernasib malang..


Sesungguhnya, Allah suka akan hambanya yang selalu meminta-minta kepada Nya. Udada Ubabye!!



ED: malang hanya sementara..

(Iris TV3) Drama Suami Sebelah Rumah, Mac ini..

Viewing all 2317 articles
Browse latest View live