Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live

(Tonton) Drama Dan Calonnya Adalah 2 lakonan Aaron Aziz dan Zara Zya

$
0
0

Kuala Lumpur, 27 Februari 2015 – Portal video no.1 Malaysia, TONTON kembali dengan sambungan kepada siri original popular, ‘Dan Calonnya Adalah’ selepas kejayaan musim pertama pada Mei ini.

 

Musim pertama siri original Tonton ini dijayakan oleh barisan pelakon terkenal, Faralyna Idris dan Anding Indrawani, dibantu oleh Maria Tunku Sabri, Harris Alif, Anas Ridzuan, Amar Baharin dan pelakon Korea, Kim Jin Sung.

 

Untuk musim kedua, ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ dibintangi oleh pelakon popular Aaron Aziz dan Zara Zya sebagai watak utama. Drama komedi romantik 20-episod ini dijadualkan tayangannya di Tonton bermula 4 Mei 2015.


Zara Zya dan Aaron Aziz

Musim kedua mengikuti kisah Aris, seorang anak hartawan yang dipaksa ibunya untuk mencari jodoh. Aris sebenarnya mempunyai seorang teman wanita bernama Yasmin dan merancang untuk mengahwininya. Tetapi personaliti Yasmin tidak disenangi oleh ibunya, Datin Zana yang kemudiannya meletakkan satu syarat, di mana jika Aris ingin mengahwini Yasmin, dia perlu terlebih dahulu keluar dengan 12 wanita lain. Niat Datin Zana adalah untuk memberi Aris peluang menilai dan menyedari bahawa terdapat ramai lagi wanita lain yang lebih bagus daripada Yasmin untuk dijadikan isteri.

 

Siapakah yang berjaya menawan hati Aris dan ibunya?

 

Jenama produk penjagaan dan penataan rambut premium, Ma Chérie tampil sebagai penaja utama ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’. Ma Chérie bersama Tonton telah menganjurkan peraduan atas talian ‘Pencarian Gadis Ma Chérie’ dari 24 Disember 2014 sehingga 1 Februari 2015, bertujuan untuk mencari seorang calon ideal yang boleh mewakili Ma Chérie serta berbakat dalam bidang lakonan.  Pemenang akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta produk Ma Chérie dan Za bernilai RM2,500, dan peluang membintangi  ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ bersama Aaron Aziz dan Zara Zya.

 

Para peserta dikehendaki menghantar penyertaan mereka mengikut tiga watak lakonan iaituDiva, Garang dan Gembira. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan malah ramai yang memenuhi kriteria asas yang dicari.  Pemilihan berdasarkan undian online (30%) di lamanwww.tonton.com.my/dancalonnya dan penilaian juri (70%) yang terdiri daripada pihak Ma Chérie, Media Prima Digital dan Double Vision (produksi).


Barisan panel juri telah memilih beberapa orang calon yang berpotensi tinggi. Walaubagaiamanpun, mereka mendapati Cik Wan Anisa Binti Rodzlan Hasani adalah yang paling layak dan sesuai untuk mencapai objektif Ma Chérie  iaitu untuk mencungkil bakat baru dan menjadikan impian seorang gadis menjadi kenyataan. Pemenang untuk ‘Pencarian Gadis Ma Chérie’ ini juga dikenali sebagai Nisha Rodzlan, berumur 21 tahun berasal dari negeri Kelantan. Kebetulan pula, Nisha sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang teater di ASWARA (tahun kedua). Peluang ini akan membawa banyak kebaikan untuk dirinya. Nisha bakal menjalani sesi latihan bersama jurulatih drama terkemuka, Puan Fatimah Abu Bakar. Sesi dandanan akan diadakan pada keesokan harinya. Impian akan menjadi kenyataan buat Nisha dan ini selaras dengan tema Ma Chérie iaitu sebuah impian, jenama menarik yang memberikan kemanisan pada hidup anda.

 

Daftar akaun Tonton secara percuma menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android dan iOS) untuk menyaksikan siri original Tonton, ‘DAN CALONNYA ADALAH 2’ pada bila-bila masa di mana jua. Ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter dan Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini. Udada Ubabye!!




ED: Nantikan Mei ini..


(Akasia TV3) Siti Elizad juga berlakon dalam drama Dia Isteri Luar Biasa

(Zehra TV3) Drama Ajaibnya Cinta, akan datang...

$
0
0
Hai, mesti ramai yg tertanya2 tentang iklan drama terbaharu Nora Danish & Shaheizy Sam yg selalu keluar di TV3 sekarang ni.. Nantikan mereka dalam drama terbaharu Ajaibnya Cinta dalam slot Zehra TV3. Drama ini akan menggantikan drama Cinta Ilahi.

Antara pelakon, Betty Rahmad, Sharifah Amani, Nora Danish & Shaheizy Sam

Sebenarnya ramai pelakon popular dlm drama arahan Eirma Fatima ni. Tak percaya? Tunggu je.. Udada Ubabye!!



ED: dah lama tak tengok Nora Danish dlm drama TV3

(Sembang) Diundang ke Malam Gala filem Isyarat Cinta

$
0
0
Hai, ED dapat undangan daripada Rosyam Nor dan RK Screen ke Malam Gala Filem Isyarat Cinta. Filem ini lakonan utama Liyana Jasmay, Fizo Omar dan Adi Putra.

Kad jemputan yg diemel kpd ED..

Terima kasih kerana menjemput ED. Maaf, ED tak dapat datang sebab masih kerja waktu. Udada Ubabye!!



ED: dijemput pun dah rasa gembira..

(Lestary TV3) Drama Ajaibnya Cinta mulai 18 Mac ini

$
0
0
Hai, drama terbaharu Ajaibnya Cinta bukan tayang dalam slot Zehra. Drama tersebut akan tayang dalam slot Lestary menggantikan drama Delina.

Mulai 18 Mac 2015 lakonan Nora Danish dan Shaheizy Sam

Drama ini macam kesinambungan telemovie Raya Spain Uolls tahun lepas. Confirm, drama ini akan tayang di slot Lestary TV3. Udada Ubabye!!



ED: ramai pelakon hebat dlm drama ni..

(Sembang) Pertukaran waktu siaran TV9 mulai 8 Mac 2015

$
0
0
Hai, mulai 8 Mac ini, TV9 telah mengubah waktu siaran beberapa slot drama dan rancangan hiburannya.

Minggu depan, drama Nasuha akan tayang pada Khamis & Jumaat.

Galaksi tetap hari Jumaat, cuma lewat sejam bersiaran.

ED setuju dengan pertukaran waktu siaran yg baharu ini. Udada Ubabye!!



ED: layan berita, slot Ratu & Galaksi je di TV9 ni

(Zehra TV3) Tarikh siaran drama Puteri Bukan Nama Sebenar

$
0
0
Hai, drama terbaharu Puteri Bukan Nama Sebenar akan menggantikan drama Cinta Ilahi dalam slot Zehra TV3.

Mulai 27 Mac 2015, lakonan Cristina Stockstill dan Syarul Ridzwan.

Nantikan drama lakonan Cristina Stockstill dan Syarul Ridzwan di TV3. Udada Ubabye!!



ED: drama ini arahan Azma Aizaal Yusof

(Eksklusif) Montaj drama Bencinta TV3

$
0
0
Hai, Tuan Haji Fadzil Teh, penerbit drama Bencinta whatsapp ED video montaj drama tersebut. Eksklusif di blog EDtv, jom saksikan video penuh montaj drama Bencinta TV3.



Lagu tema Kisah Kita nyanyian Nieyl dan Sabhie Saddi

Saksikan drama terbaharu Bencinta dalam slot Samarinda TV3 selepas tamatnya drama Tabir Zulaikha. Udada Ubabye!!


ED: Terima kasih tuan haji..

(Akasia TV3) Episod akhir drama Teman Lelaki Upahan

$
0
0
Hai, drama Teman Lelaki Upahan yang ED sangat suka semakin hampir ke penghujungnya. Berikut tarikh episod akhirnya..

Selepas berkahwin, EL berjaya mengubah Kyra Lydia kepada perempuan yang bertudung dan lebih ceria.

Penampilan istimewa Shah Iskandar. Siapakah dia antara EL dan Kyra Lydia?

Teruskan menonton drama ini hingga ke episod akhir (episod 28). Rasa kejap je kalau drama tu best kan? Macam nak tengok berpuluh2 lagi episod lagi. Udada Ubabye!!



ED: lakonan pelakon2 drama ini semua nampak hidup..

(Akasia TV3) Lagu tema drama Hati Perempuan

$
0
0
Hai, anda dah tahu belum tentang lagu tema drama terbaharu slot Akasia, Hati Perempuan? Kalau belum, tengok & baca ni..

Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad akan menghiasi slot Akasia TV3 mulai 30 Mac ini..

Macam kawen betul2 kan? 


Eksklusif ni, lagu tema drama ini ialah Sampai Mati, lagu terbaharu Hazama.

Belum keluar lagi lagu ni.. Tengok gambar Hazama je dulu ye..

Wah, lagu baharu tu untuk drama adaptasi novel Hati Perempuan. Nantikan drama ini sekaligus lagu terbaharu Hazama di slot Akasia TV3. Udada Ubabye!!



ED: sumber drpd muzik2..

(Lestary TV3) Sinopsis drama Ajaibnya Cinta

$
0
0

Hai, Kisah Mak Cun, seorang penjual bedak sejuk dan anak perempuannya, Halimatun yang belajar di Sepanyol menerusi drama “Spain Uoolss” berjaya mencuit hati penonton ketika disiarkan pada bulan Ogos tahun 2014. Kehadiran Mak Cun di Sepanyol juga membuka mata Akif, teman lelaki Halimaton untuk lebih mengenali keindahan budaya Melayu. 

Ikuti kesinambungan kisah mereka menerusi drama bersiri baharu, “AJAIBNYA CINTA” di slot Lestary bermula 18 Mac 2015, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh Rumah Karya Citra Sdn Bhd, diarahkan oleh Eyra Rahman dan nukilan skrip oleh Eirma Fatima. 


Sharifah Amani, Shaheizy Sam dan Nora Danish.
http://edtv.sharethisstory.net/my-799018-6706?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

AJAIBNYA CINTA membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Shaheizy Sam (Akif), Nora Danish (Halimatun), Sharifah Amani (Hammara), Eirma Fatima (Mak Cun), Lana Nordin (Cinta), Betty Rahmad (Maya), Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Shamsul), Dato’ Rahim Razali (Pak Akob), Balkisyh Semundur Khan (Saidatul), Esma Daniel (Dato’ Tajudin), Norish Karman (Datin Suzana) dan Ifa Raziah (Farhana). 

Akif, Halimatun, Hammara dan Maya bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Namun, Hammara bakal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara, begitu juga pada Akif kerana Akif seperti mahu menjauhkan diri darinya. 

Akif mengikut Hammara bertemu dengan Maulana di sebuah perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenar-benarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara.

Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa dengan Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara.

Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul, tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan yang anak kesayangannya Halimatun akan pulang ke Malaysia. 

Sampai sahaja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun bahawa dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun, tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari-cari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa. 

Datin Suzana dan Dato’ Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat sahaja. Datin Suzana dan Dato Tajudin berasa malu di hadapan para tetamu. 

Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka tentang bersolat. 

Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Dato’ Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong daripada Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program-program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif telah memberi sinaran baharu dan harapan dalam hidupnya. 

Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun agar mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun. 

Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul dalam hidupnya. Siapakah jodoh buat Akif? Saksikan drama bersiri terbaharu ini menerusi slot Lestary bermula 18 Mac 2015, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9.00 malam di TV3. 

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan drama bersiri AJAIBNYA CINTA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Copy paste, facebook Galaksi Media. Udada Ubabye!!




ED: selamat menonton.

(Ratu TV9) Tarikh siaran drama Ayuni Safira

(Drama TV9) Drama Dunia Generasi Baru, akan datang...

$
0
0
Hai, ada sesuatu yg istimewa tahun ini di TV9. TV9 akan mempersembahkan sebuah drama Dunia Generasi Baru yg merupakan kesinambungan atau jelmaan kembali drama Dunia Baru yg popular di TV3 satu masa dulu. Drama Dunia Generasi Baru menampilkan pelakon2 fresh masa kini.

Para pelakon drama Dunia Generasi Baru, Ben Amir, Zahirah Macwilson, Fadlan Hazim, Kaka, Natasha Ellyza, Erwin Dawson & Anna Dean.

Senior dan junior. Pelakon Dunia Baru (atas) & pelakon Dunia Generasi Baru (bawah).

Nantikan mereka di TV9, ED belum tahu lagi drama ni tayang di slot mana.

Dunia Generasi Baru masih mengisahkan kehidupan pelajar2 kampus. Udada Ubabye!!



ED: dulu suka tengok drama Dunia Baru..

(Zlurpp!!) Murahnya makan malam di Restoran Kampung Pasir Putih

$
0
0
Hai, malam semalam ED sekeluarga keluar makan bersama di luar. Destinasi kami di sebuah restoran di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang kerana terkenal dengan murahnya. ED tak tahu nama restoran tu sebab takde papan tanda nama.

Ini restorannya. Berhadapan dengan poliklinik Rozikin.

Antara menu yang kami order, nasi putih dan sambal sotong ni..

Ikan siakap 3 rasa


Tom yam putih campur


Sayur kailan ikan masin

Burung puyuh goreng kunyit..

Semalam kami order 9 pinggan nasi putih, tom yam putih campur 2 set, burung puyuh goreng kunyit 4 ekor, sambal sotong 2 set, ikan siakap 3 rasa 2 ekor, sayur kailan ikan masin 2 set dan jus oren 1 jag. Cuba teka berapa? Hanya RM138 sahaja. Jadi kos 1 orang makan dalam kira2 rm20 sebab keluarga ED semalam 7 orang termasuk ED. Memang puas hati makan semalam. Servis pun cepat. Udada Ubabye!!



ED: yang penting, sedap!!!

(Samarinda TV3) Episod akhir drama Tabir Zulaikha

$
0
0
Hai, ada sahaja halangan cinta Zulaikha kepada Adami. Mula2 kena kahwin dengan Datuk la, lepas tu muncul pula Shahrizal Jaszle yang bersaing merebut cinta Zulaikha. Mulai minggu ini drama ini tayang dari Selasa hingga Khamis tau..

Apakah kesudahan cinta Zulaikha kepada Adami? Mungkinkah berakhir di atas pelamin?

Nantikan kemuncak drama Tabir Zulaikha pada 26 Mac ini di Samarinda TV3. Berliku sungguh jalan ceritanya. Udada Ubabye!!



ED: suka montaj drama ni..

(OST) Lagu latar drama Teman Lelaki Upahan, Hujan Sepi - Ippo Hafiz

$
0
0
Anda dah bersiap sedia nak menangis apabila menonton drama Teman Lelaki Upahan minggu ini? Serius, memang touching 4 episod drama tersebut minggu ini.

 Kyra Lydia minta EL supaya perkahwinan mereka tidak diteruskan dalam episod minggu ini..

Jom dengarkan antara sebuah lagu latar yang sedih dalam drama ini. Lagu Hujan Sepi nyanyian Ippo Hafiz. Jom saksikan sekali video klip rasminya di bawah ini..

 

Ippo Hafiz, Hujan Sepi.

Bagaimana? Bestkan lagunya? Teruskan menonton drama Teman Lelaki Upahan di TV3. Udada Ubabye!!



ED: lagu ni digunakan ketika babak sedih..

(OST) Lagu tema drama Bukan Isteri Sempurna TV3

$
0
0
Hai, inilah lagu tema bagi drama terbaharu Bukan Isteri Sempurna, akan datang dalam slot Samarinda TV3. Tajuk lagu Bukan Isteri Sempurna nyanyian Mila Jirin. Lagu baharu ini memang dicipta khas untuk drama ini. 

Pelakon utama, Atikah Suhaime dan Dazrin.
http://edtv.sharethisstory.net/my-799018-6700

 Lagu Bukan Isteri Sempurna, Mila.

Lagu ini ciptaan Eddie Hamid dan liriknya ciptaan A. Aida. Nantikan drama adaptasi novel Bukan Isteri Sempurna selepas tamat drama Bencinta ye.. Udada Ubabye!!



ED: Dah lama tak dengar lagu baharu Mila

(Samarinda TV3) Tarikh siaran drama Bencinta

$
0
0
Hai, berikut tarikh siaran drama terbaharu slot Samarinda TV3, Bencinta.

Lakonan Fattah Amin dan Fathia, mulai 31 Mac ini..

ED rasa dah lama drama ni siap, cuma lambat disiarkan di kaca TV. Setakat ini dahulu update ringkas di blog EDtv. Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

(Destinasi) Berenang di Tanjung Leman

$
0
0
Hai, sempena cuti sekolah, hari ini ED menyempatkan diri untuk bercuti bersama keluarga ke Tanjung Leman Mersing. Hari ini ED memang nak mandi di Tanjung Leman untuk melupakan kesibukan kerja dan kuliah. ED nak abadikan gambar-gambar ED di Tanjung Leman hari ini di blog ini..

Tanjung Leman, Mersing.

Mula-mula, tengok pantai dahulu..

Bukan marah, tetapi panas terik. Lagi panas, lagi la semangat nak mandi pantai membuak-buak..

Jom berenang!!

Dah lama tak mandi pantai ni..

Gambar candid, nak selfie tiba-tiba ombak datang..

Cukup kot mandi pantai.. 15 minit je ED mandi pantai..

Kulit dah gelap, jom naik ke darat, bilas dan siap2 untuk bertolak pulang..

 Dah bilas, dah jemur tuala, tuala dah kering, segera pulang ke rumah.

Okelah, cuti sekolah masih ada baki lagi. Kepada anda yang nak pergi bercuti, selamat bercuti. Udada Ubabye!!



ED: air itu terapi stress..

(Ratu TV9) Episod akhir drama Nasuha

$
0
0
Jadi kahwin atau tak jadi kahwin Nasuha dengan Irfan ni? Begitulah antara detik2 cemas episod terakhir drama Nasuha. Berikut tarikh episod akhir drama Nasuha..

Tasha Shilla dan Fattah Amin.

Dalam episod akhir nanti, Nasuha mahu dibunuh kerana Irfan memilih ingin menikahi Nasuha. Berjayakah musuh2 Nasuha menggagalkan rancangan pernikahan Irfan dan Nasuha? Saksikan drama ini sehingga ke kemuncaknya. Udada Ubabye!!



ED: best drama ni..
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live