Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live

(Video) Montaj drama Mencintaimu Mr. Photographer

$
0
0
ED suka tengok montaj drama Mencintaimu Mr. Photographer. Kena sangat dengan lagu tema drama ini, Jampi nyanyian Hael.

Hero & heroin drama ini, Syafiq Kyle & Hannah Delisha.
Kredit: ig eyrahman22

Video montaj drama Mencintaimu Mr. Photographer.
Kredit: ig bambam_studios

Drama Mencintaimu Mr. Photographer mulai 10 mlm ini di Astro Ria. Udada Ubabye!!



ED: nampak best...

(Tiara Astro Prima) Drama Dendam Aurora ganti Semusim Rindu

$
0
0
Drama 100 episod Dendam Aurora akan menggantikan drama Semusim Rindu. Drama ini adaptasi drama Itali, Tuscan Passion. Wah...!

Lakonan hero & heroin mantap Ungku Ismail Aziz dan Nabila Huda
Kredit gambar: ig bambam_studios

Mulai 25 Julai ini di slot Tiara Astro Prima.

Tengok mereka, teringat drama Tihany di TV9 dulu. Udada Ubabye!!



ED: nantikan

(Sembang) Baju melayu raya sampai dah...

$
0
0
Tak sempat beli baju melayu sebelum 1 Syawal, ED beli online selepas 1 Syawal. 6 Syawal ED beli baju melayu di 11 Street.

Hari ini terima baju melayu raya ED tahun ni. Hehehe...

Alhamdulillah, muat & sangat selesa seperti review2 pembeli lain di laman web tersebut. Baju warna apa? Rahsia.... Hehehe.. Bestnya beli selepas raya, ED elakkan beli warna yg ramai kawan2 pakai pada raya pertama. Konon2 nak lain drpd yg lain.

Udada Ubabye!!



ED: jangan sulitkan keadaan..

(Tahniah) Rating drama Andainya Takdir, 10 juta tontonan

$
0
0
Wow, 10 juta tontonan rating drama Andainya Takdir.

Lakonan bernyawa Shukri Yahaya dan Nina Iskandar.

Tahniah buat drama ANDAINYA TAKDIR berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 10 juta sepanjang ia bersiaran. Pencapaian ini sekaligus meletakkan slot Samarinda sebagai penanda aras ratings tertinggi dalam slot drama pukul 10 malam, seluruh negara. Tahniah Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan semua yang terlibat menjayakan drama ini. Sumber dari TV3.

Sumber: ig @budiey 

Teringat lagi jalan cerita drama ni. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: tahniah

(Zlurpp) Jamuan Raya di Restoran Selasih, Seri Gelam

$
0
0
Malam semalam, tempat kerja ED mengadakan jamuan raya di Restoran Selasih, Seri Gelam. Cerita selanjutnya di bawah gambar2 ini.

Restoran Selasih, Seri Gelam.

Signature dish di sini, laksa Johor. Sedapnya!

Favourite ED, jelly!

Ada rojak buah.

Air oren.

Jelly. Ada juga menu raya seperti ketupat, lemang, rendang & banyak lagi.

Gambar kenangan bersama rakan2 sekerja.

Inilah baju melayu yg ED beli lepas raya tu..

Paling sedap semalam ialah laksa Johornya! Okelah, Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah

(Lestary TV3) Tarikh siaran drama Miss Kapten Cikgu Waiz

$
0
0
Selepas tamat drama Bahagia Kasihmu, drama Miss Kapten Cikgu Waiz akan menyusul.

Lakonan utama Erwin Dawson dan Neera Azizi

Mulai 21 Julai ini, setiap Rabu hingga Jumaat.

Nantikan di slot Lestary TV3. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton

(3 Gambar) Poster drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

$
0
0
Berikut 3 gambar poster drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin.

Lakonan Raysha Rizrose, Idris Khan, Azrel Ismail dan ramai lagi.
Kredit gambar: instagram #PingganTakRetakNasiTakDingin

Saksiksan petang ini di Akasia TV3. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton

(Sembang) Drama Mencintaimu Mr. Photographer paling diminati ramai sekarang ini

$
0
0
Semalam ED ada buat survei di twitter, drama manakah favourite netizen sekarang ini? Selepas 24 jam undian dibuka, tadi keluarlah keputusannya.

Drama Mencintaimu Mr. Photographer paling disukai penonton ketika ini. Lakonan utama Syafiq Kyle & Hannah Delisha.

Peratus undian. Drama Mencintaimu Mr. Photographer mendahului drama2 lain yg disenaraikan ini.

Di twitter, ramai yg cakap drama ni sweet sangat. Apa2pun tahniah utk team Drama Mencintaimu Mr. Photographer kerana berjaya mencuri hati penonton. Udada Ubabye!!



ED: suka tengok montaj drama ini

(Telenovela TV3) Drama Ysabel ganti Glamorosa

$
0
0
Drama Filipina Ysabel ganti Glamorosa mulai hari ini di TV3. Di Filipina, tajuknya Sa Piling Ni Nanay.

Pelakon utama Yasmien Kurdi-Soldevilla, Mark Herras dan Katrina Halili.

Drama ni best, mengisahkan tentang Ysabel si ibu tumpang.

Sinopsis:

Menceritakan kisah seorang ibu pengganti dan cintakannya yang tidak berani untuk anak perempuannya yang dibawa.
Yasmien adalah Ysabel, ibu tunggal kepada anak perempuannya, Maymay. Dia bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Scarlet, seorang sosialit, yang akan dimainkan oleh Katrina. Walau bagaimanapun, Scarlet tidak dapat menanggung seorang anak sehingga dia meyakinkan Ysabel untuk menjadi pengganti mereka. Beliau bersetuju untuk surrogacy kerana dia memerlukan wang untuk rawatan pemindahan tulang sumsum Maymay.
Tetapi separuh jalan melalui kehamilan Ysabel, Maymay tanpa disangka-sangka mati akibat kemalangan. Disebabkan kemurungan dan kesepian, Ysabel memecahkan perjanjian surrogacy, melarikan diri dengan bayi dan memutuskan untuk membesarkannya sebagai dirinya sendiri, memanggil Maya sebagai ingatan kepada anak perempuannya yang meninggal dunia.

Mark, sebaliknya, menggambarkan Jonas, seorang bujang yang diam-diam mempunyai perasaan untuk Ysabel. Tetapi cintanya terhadapnya berubah menjadi kebencian ketika dia mengambil anak Scarlet yang juga cucu bibinya Matilda.

Dengan pertarungan Ysabel dan Scarlet untuk memenangi Maya, yang mempunyai hak-hak yang nyata terhadap kanak-kanak itu? Ibu dengan darah atau ibu yang melahirkannya? Adakah darah lebih tebal daripada cinta?

Saksikan di slot telenovela TV3. Udada Ubabye!!



ED: menarik

(Astro) Drama Coffee Prince, akan datang...

$
0
0
Hari ini, Michael Ang mengumumkan senarai pelakon drama Coffee Prince, adaptasi drama popular Korea.

Hero & heroin, Fattah Amin & Janna Nick.
Kredit gambar:
 ig nizarhafizmustafa 
Ig theloftstudioasia

Turut berlakon, Diana Danielle & Hafidz Roshdi.

Drama Coffee Prince akan ditayangkan di Astro. Rasanya untuk slot Megadrama Astro Ria.

Kenapa hero Fattah Amin lagi? Michael Ang jawab, Astro yang nak. Udada Ubabye!!



ED: gandingan segar ni...

(Ulasan) Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin best!

$
0
0
Baru sempat nak ulas. Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin best. Episod pertama lagi dah best. ED suka jalan ceritanya, bercinta dgn adik, berkahwin dgn abang.

Semua pelakon berjaya melakonkan watak masing2.

Kekuatan drama ini terletak pada jalan ceritanya, lagu temanya & pelakonnya & arahan pengarahnya. Walaupun ada pelakon baharu, namun lakonan mereka tidak mengecewakan. InsyaAllah, ED akan follow drama ni. Udada Ubabye!!



ED: terbaik

(Samarinda TV3) Drama Dekatkan Jarak Kita lakonan Syafiq Kyle dan Ayda Jebat

$
0
0
Inilah hero & heroin drama Dekatkan Jarak Kita.

Ayda Jebat dan Syafiq Kyle.

Akan datang di slot Samarinda TV3.


Drama ini adaptasi cerpen Penulisan 2u. Nantikan! Udada Ubabye!!



ED: terbitan JS Pictures

(Megadrama Astro Ria) Drama My Darling Inspektor Daniel ganti Mencintaimu Mr. Photographer

$
0
0
Akan datang, 31 Julai ini di slot Megadrama Astro Ria...

Drama terbaharu, My Darling Inspektor Daniel akan menggantikan Mencintaimu Mr. Photographer.

Lakonan Siti Elizad, Aaron Aziz dan ramai lagi.

Erra Fazira pun ada.
Kredit: ig bambam_studios

Nantikan! Ramai pelakon baru dan lama yg popular dalam drama ni. Udada Ubabye!!



ED: Elizabeth Tan pun turut berlakon

(Sembang) Petisyen balas daripada peminat Fattah Amin tentang hero Coffee Prince

$
0
0
ED ada terima mesej di instagram tentang ini...

As Salam Ed, nak mintak jasa baik Ed untuk publish feedback ini 👇🏻in your blog. Jasa baik Ed amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. May Allah repays you with many more happiness ahead! Aamiin.

Fattah Amin
Gambar: ig nizarhafizmustafa

ED share apa yg ED terima semalam..

Kredit: ig we.5angels
Boleh cek di ig mereka tentang update petisyen tersebut.

Hebat penangan drama Coffee Prince ni. Siap ada petisyen bantahan tak nak hero ni.. Maaf, bagi pendapat ED, ini drama je pun. Untuk hiburan. Tak perlulah sampai bantah2 macam ni. Kita jaga diri & rezeki yg Allah beri pada kita. Jika ada orang Islam yang rezekinya lebih, kita tumpang gembira & berharap rezeki kita pun murah macam tu juga. 

Udada Ubabye!!



ED: saya neutral, layan je...

(Sembang) Terima novel Setulus Kasih Alif percuma

$
0
0
Tengok ni..

ED terima novel Setulus Kasih Alif secara percuma daripada penulis novelnya, El Medina.

Ok, nanti ED baca novel ni..

Lepas ED dah habis baca, nanti ED review di blog ini. Terima kasih El Medina! Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah

(Jom Kenal) Zera Hariz sebagai Shila Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

$
0
0
Antara watak yg mencuri tumpuan ED dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin ialah watak Shila lakonan Zera Hariz. Suka tengok lakonannya yg boleh dikatakan natural. ED baru kenal dia melalui drama ini.

Zera Hariz 

Baru berusia 22 tahun. Sebelum ni terlibat dalam video klip Cemburu, Nabila Razali.

Walaupun bukan watak utama, tetapi lakonannya menyerlah & boleh pergi jauh dlm bidang seni. Tak mustahil, bakal heroin dia ni. Good luck Zera Hariz! Udada Ubabye!!



ED: terbaik

(Zehra TV3) Hero dan heroin drama Kelip-Kelip Kota London

$
0
0
Heroin drama Kelip-Kelip Kota London telahpun diketahui.

Hero drama Kelip-Kelip Kota London ialah Hafidz Roshdi & heroin Hanna Aqeela.

Zain Saidin & Tony Yusof turut berlakon dalam drama Kelip-Kelip Kota London.
Gambar: ig zeelproduction

Sebelum ini, ramai yg dah tahu heroin drama ini cadangannya untuk Mira Filzah. Kenapa bukan Mira Filzah? Ini kerana jadual penggambaran drama yg tertunda ini bertembung dgn jadual kerja Mira yg lain. Jadi, terpaksa Mira lepaskan.


Okelah, nantikan drama cinta Islamik Kelip-Kelip Kota London di slot Zehra TV3. Udada Ubabye!!




ED: rezeki Hanna Aqeela jadi heroin drama ni

(Akasia TV3) Drama Titian Cinta, akan datang...

$
0
0
Hai, drama adaptasi novel Titian Cinta, akan datang di slot Akasia TV3.

Hero dan heroin drama ini, Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Gandingan baru ni!

Farah Nabilah

Zul Ariffin.

Nantikan! Udada Ubabye!!



ED: macam drama sedih..

(Gambar) Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim cover Majalah Nona

$
0
0
Wow!

Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim menjadi penghias kulit depan majalah Nona bulan Ogos.
Gambar: ig majalahnona

Bermula dgn drama Hero Seorang Cinderella, gandingan 2 pelakon ini menjadi perhatian. Serasi berlakon bersama kan? Udada Ubabye!!



ED: #pujam

(Sembang) Daler Yusuf turut berlakon dalam drama Titian Cinta TV3

$
0
0
Selepas drama Suami Mat Salih Celup, Daler Yusuf akan tampil dalam drama Titian Cinta di slot Akasia TV3. 

Daler Yusuf
Gambar: ig butikplanetpengantin

Daler Yusuf, Tisha & Farah Nabilah dalam drama Titian Cinta.
Gambar: ig tishashamsiralam

Nantikan lakonan Daler dlm drama Akasia pulak.


Katanya drama ini 60 episod. Wah, nantikan! Udada Ubabye!!



ED: rezeki Daler
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live