Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live

(Sembang) PU Rizz dan Puteri Hanan, pelakon baharu drama Kelip-Kelip Kota London

$
0
0
Haji Zil hantar gambar ini dari London melalui whatsapp semalam.

Memperkenalkan PU Rizz & Puteri Hanan. Antara pelakon baharu yg akan membintangi drama Kelip-Kelip Kota London. PU Rizz ni bekas peserta Pencetus Ummah.

Team drama ini tengah shooting di London sekarang ni. Nantikan drama ini di slot Zehra TV3. Udada Ubabye!!

(Iris TV3) Drama Tauke Jamu ganti Isteri-Isteri Ayah

$
0
0
Drama terbaharu slot Iris TV3, Tauke Jamu akan bersiaran mulai 7 Ogos ini.


Lakonan utama Saharul Ridzwan dan Reen Rahim

Drama komedi ini menggantikan drama Isteri-Isteri Ayah. Udada Ubabye!!



ED: unik tajuknya...

(Kelakarama TV9) Tarikh siaran drama Ops Cinta Din Sardin

$
0
0
Drama komedi Ops Cinta Din Sardin mulai 12 Ogos ini di slot Kelakarama TV9.

Lakonan utama Mira Filzah dan Izzue Islam.

Sasqia & Iswan Ismail pun ada dalam drama ini.

Nantikan. Udada Ubabye!!



ED: menarik..

(Sembang) Musim buah longan

$
0
0
Panas2 macam ni sedapnya makan buah yg dapat menyejukkan tekak.

Sekarang ni musim buah longan, ED suka betul makan buah longan.

Tadi pergi pasar beli buah longan isi tebal.

Tengok ni isinya. Puas hati makan.

Alhamdulillah. Udada Ubabye!!



ED: sedapnya longan...

(Samarinda TV3) Drama Kalis Kasih, akan datang...

$
0
0
Lagi drama Samarinda terbaharu di TV3, Kalis Kasih.

Pelakon utama, Amar Baharin dan Mawar Rashid.

Amar Baharin & Mawar Rashid di set penggambaran

Nantikan di slot Samarinda TV3. Banyak dah drama Samarinda yg belum tayang, tak tahu mana satu tayang dulu. Ada Cinta Koko Coklat, Villa Ghazara, Dekatkan Jarak Kita & drama ini. Udada Ubabye!!



ED: nantikan

(Lestary TV3) Drama Cinta Hati Batu, akan datang...

$
0
0
Wow, tajuknya! Drama Cinta Hati Batu, akan datang di slot Lestary TV3.

Lakonan utama Ashraf Muslim & Aishah Azman

Fazren Rafi turut berlakon

Ashraf Muslim

Aishah Azman

Nantikan di TV3. Udada Ubabye!!



ED: terbitan primeworks

(10 Gambar) Babak kahwin drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku

$
0
0
Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku, akan datang di slot Akasia TV3. Adaptasi novel Mr. Hot Guy. Jom tengok 10 gambar babak perkahwinan Raja Afiq dan Puteri Aishah dalam drama ini.

Raja Afiq dan Puteri Aishah









Kredit gambar: ig 4jiwamenjadi1

Rasanya drama ini tayang selepas drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. Udada Ubabye!!



ED: nantikan

(Tiara Astro Prima) Drama Syurga Yang Kedua, akan datang...

$
0
0
Nantikan drama terbaharu Astro, Syurga Yang Kedua. Gandingan pelakon utama dia best..

Siti Elizad, Zarul Umbrella & Fasha Sandha sebagai pelakon utama.

Drama 70 episod ini akan mengisahkan tentang hidup berpoligami. Nantikan di slot Tiara, Astro Prima. Udada Ubabye!!



ED: Zarul Umbrella, hero drama ini

(Megadrama Astro Ria) Senarai drama Ogos hingga Disember 2017

$
0
0
ED nak share senarai drama slot Megadrama Astro Ria dari Ogos hingga Disember 2017. Jika tiada pindaan, ini senarainya...

Ogos: My Darling Inspektor Daniel

September: Duda Pujaan Dara

Oktober: Red Velvet

November: Coffee Prince

Disember: Curi-Curi Cinta

Alif Satar & Neelofa pelakon utama drama Red Velvet. Janna Nick & Fattah Amin pelakon utama drama Coffee Prince.

Nantikan! Udada Ubabye!!




ED: menarik!

(Megadrama Astro Ria) Drama Duda Pujaan Dara, akan datang...

$
0
0
Drama adaptasi novel, Duda Pujaan Dara akan datang di slot Megadrama Astro Ria.

Hero & heroin drama ini, Kamal Adli dan Zahirah Macwilson.

Khabarnya, drama ini akan tayang pada awal bulan depan. Udada Ubabye!!



ED: nantikan

(Drama RTM) Drama Sara Kirana, akan datang...

$
0
0
Drama adaptasi novel, Sara Kirana akan datang di RTM. Kalau RTM ni, ED susah nak tahu tayang di slot Widuri TV1 atau Selekta Prima TV2. Tunggu je la...

Hero & heroin drama ini, Hafreez Adam dan Mia Ahmad.

Drama ini terbitan Suhan Movies. Nantikan! Udada Ubabye!!



ED: teringat drama Hati Perempuan

(Samarinda TV3) Akan ada sambungan drama Andainya Takdir 2

$
0
0
Penerbit drama fenomena 2017, Andainya Takdir, Datuk A. Aida telah membuat keputusan untuk menyambung drama Andainya Takdir 2.

Shukri Yahaya & Nina Iskandar masih dikekalkan sebagai pelakon utama.

Menurut penerbit lagi, drama Andainya Takdir 2  akan buat penonton lebih geram lagi & dekat dgn masyarakat. Sama2 kita tunggu perkembangan drama Andainya Takdir 2. Udada Ubabye!!

Sumber: http://www.suria.my/sensasi/andainya-takdir-2-bakal-diterbitkan/#.WYFQZ6zpF-8.facebook


ED: ramai yg suka ni..

(Sembang) Drama Syurga Yang Kedua adaptasi sinetron Surga Yang Kedua

$
0
0
Ramai juga tanya ED, drama Astro, Syurga Yang Kedua tu adaptasi sinetron Indonesia, Surga Yang Kedua Ke? ED ada tanya pengarah drama ini & ini jawapannya...

Elizad, Zarul & Fasha Sandha pelakon utama drama Syurga Yang Kedua.

Ya, drama Syurga Yang Kedua adaptasi sinetron Indonesia, Surga Yang Kedua.

Nantikan drama 70 episod ini d slot Tiara Astro Prima. Udada Ubabye!!



ED: best ni..

(Dahlia TV3) Video montaj drama Papa Nak Menantu

$
0
0
Jom tengok video montaj drama Papa Nak Menantu.

Drama adaptasi novel akan tayang di slot Dahlia TV3.

Lagu tema daripada Sissy Iman.

Kredit: @hajizil

Nantikan! Udada Ubabye!!



ED: terbaik...

(Sembang) Drama My Darling Inspektor Daniel paling diminati ramai

$
0
0
Minggu lepas, ED ada tanya di twitter, drama apa yg paling disukai followers setakat ini? Ini pilihan mereka..

Drama My Darling Inspektor Daniel paling diminati ramai setakat ini.
Gambar: ig bambam_studios

Keputusan peratus undian.

ED tahu sebab apa drama My Darling Inspektor Daniel diminati ramai? Of coz para pelakonnya yg hebat. Elizad, Aaron Aziz, Erra Fazira dan ramai lagi. Kalau ED, ED suka drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. Hehehe... Udada Ubabye!!



ED: ramai pelakon hebat dalam drama My Darling Inspektor Daniel

(Megadrama Astro Ria) Drama Awak Suka Saya Tak? Oktober ini..

$
0
0

Drama adaptasi novel terbaharu Awak Suka Saya Tak? Akan datang Oktober ini...

Lakonan utama Emma Maembong dan Alvin Chong


Akhirnya, Alvin Chong jadi hero drama Melayu & wataknya juga orang Melayu dalam drama ini.


Nantikan drama ini pada Oktober depan di slot Megadrama Astro Ria. Udada Ubabye!!



ED: drama sweet ni..

(Jom Kenal) Daaim Jailani dan Iswan Ismail drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

$
0
0
Tahukah anda, dua orang pelakon drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin merupakan pelakon berasal dari Singapura?

Daaim Jailani sebagai Zul & Iswan Ismail sebagai Nabil

Daaim Jailani. 

Peserta Manhunt Singapore & personal trainer.

Instagramnya @daaimjailani

Iswan Ismail pelakon yang murah senyuman.

Watak Luke Hero Seorang Cinderella, mempopularkan lagi namanya.

Banyak drama telah dibintanginya seperti Lara Cinta Ameena, HSC & yg terkini Ops Cinta Din Sardin.

Selamat maju jaya walau di mana jua berada. Udada Ubabye!!



ED: kita serumpun..

(Megadrama Astro Ria) Drama Lafazkan Kalimah Cintamu, akan datang 2018

$
0
0
Buat pengetahuan semua, penulis novel Siti Rosmizah memutuskan untuk membuat drama adaptasi novel Lafazkan Kalimah Cintamu dahulu untuk siaran slot Megadrama Astro Ria. Ini berdasarkan undian pilihan ramai di media sosialnya.

Para pelakon belum diketahui. Heroin akan berambut keriting apro.

Drama 32 episod ini akan diarahkan oleh Along Kamaludin. Bagaimana dengan drama Curi-Curi Cinta? Menurut novelis, mereka akan buat drama ini dahulu. Maksudnya, untuk tahun ni, belum ada lagi drama Curi-Curi Cinta. Nantikan drama Lafazkan Kalimah Cintamu pada awal 2018. Udada Ubabye!!



ED: ditunggu ramai ni..

(Sembang) Inikah hero dan heroin drama Lafazkan Kalimah Cintamu?

$
0
0
ED dapat info daripada sumber yang boleh dipercayai, mereka pelakon utama drama Lafazkan Kalimah Cintamu. Ini khabar awal sahaja yg ED kongsi suka2 dgn anda.

Cuba teka?

Farid Kamil dan Nelydia Senrose.

Nak kepastian, kita tunggu pengumuman rasmi daripada penulis novelnya. Jangan viralkan tentang entri ini ye, baca sini habis sini. Hehehe... Udada Ubabye!!



ED: gandingan hebat ni..

(Zlurpp) Resipi kek pisang kukus

$
0
0
Seperti yg anda sedia maklum, petang tadi ED buat kek pisang kukus. First time buat. ED nak share resipinya.

Rupa kek pisang kukus ED. Nampak macam bingka pulak, tapi sedap! Hehehe... Maaf, terpuji diri sendiri.

Resipinya, mula2 ED lenyek 12 biji pisang harum.

Lepas tu, letak 2 cawan tepung kek Blue Key.

1 cawan gula. ED kurangkan sikit.

1 cawan minyak jagung. Harum....

2 biji telur gred A. ED letak esenvanila supaya tak berbau telur.

Kacau hingga sebati. ED guna tangan je kacau.

Masuk dalam loyang & kukus dalam 40 minit.

Jadi dah...

ED beli sudu penyukat ni di Mr. DIY. Tengah offer, RM2.90.

Resipi tengok di facebook.

Selamat mencuba. Udada Ubabye!!



ED: terajin pulak petang tadi..
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live