Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live

(Samarinda TV3) Episod akhir drama Terukir Di Bintang.

$
0
0
Hai, esok episod akhir drama Terukir Di Bintang.

Selamatkah Adam selepas menjalani pembedahan?
Sumber: instagram amkashal

Sedikit sinopsis episod akhir, Adam menjalani pembedahan. Dia juga ingin mencari Jee yang selama ini menaruh hati kepadanya. Dapatkah Adam menemui Jee? Saksikan sendiri kesudahan drama ini esok dalam slot samarinda tv3. Selepas drama ini, drama Istidraj Cinta akan menyusul. Udada Ubabye!!



ED: apa kaitan tajuk dengan jalan ceritanya ye?

(Mi Casa) Nak tanam pokok nangka depan rumah

$
0
0
Hai, selamat pagi! semalam ED pergi ke rumah baharu untuk buat kerja apa2 yg patut. Salah satu kerja yg ED buat semalam di sana ialah menanam biji nangka depan rumah.

Semoga biji nangka ini akan menjadi pokok nangka satu hari nanti..

Kenapa ED nak tanam pokok nangka depan rumah? Jawapannya, pokok nangka daripada biji nangka yg ED tanam ni akan menghasilkan pokok nangka yg rendang tapi berbuah. Insha Allah. Kalau rendang, senang nak jaga dan hasilnya juga boleh dinikmati. Udada Ubabye!!



ED: buah nangka sedap, sayur lemak nangka pun sedap!

(Drama Web TONTON) Drama Dan Calonnya Adalah..

$
0
0

Hai, Portal video ulung Malaysia, Tonton kini menawarkan sebuah lagi siri web baharu di lamannya selepas kejayaan ‘Autumn Di Hatiku’ (hampir 1 juta tontonan video) dan ‘Sweetheart Fantasia’ baru-baru ini. Menerusi judul DAN CALONNYA ADALAH…, siri web komedi yang diterajui oleh Faralyna Idris dan Anding Indrawani; turut dibintangi oleh Maria Tunku Sabri, Kim Jin Sung (pelakon Korea), Harris Alif (Idola Kecil) dan Anas Ridzuan (Liga Lawak). Siri web yang akan bermula pada 12 Disember 2013 kelak tampil dengan episod harian bermula Isnin sehingga Jumaat setiap minggu seawal jam 12 tengah hari.

Antara pelakonnya..

Sebab ramai sangat pelakon, ini poster keduanya..

DAN CALONNYA ADALAH… mengisahkan cabaran hidup seorang gadis, Katrina (lakonan Faralyna Idris) yang dikongkong ibunya Puan Kamariah (lakonan Maria Tunku Sabri) termasuk dalam pemilihan bakal suaminya sendiri. Atas desakan ibunya, Katrina perlu mencari jodoh pilihan hatinya sebelum akhir tahun atau bakal dikahwinkan dengan Haris (lakonan Anding Indrawani), anak kepada rakan ibunya. Katrina mulai mengatur temujanji dengan jejaka pelbagai ragam dalam misi mencari calon suami yang sesuai.

 

Dengan bantuan rakannya Shai (lakonan Janna Nick) serta agensi mencari jodoh yang dimiliki oleh Cik Pooja (lakonan Susan Lankester), Katrina perlu berhadapan dengan karenah 14 jejaka antaranya usahawan paling muda, Aman (Harris Idola Kecil), Azman (Anas Ridzuan) yang gemar berpantun, Ehsan (Dafi Ismail Sabri) seorang perompak, Park (Kim Jin Sung - Korea) seorang arkitek dan model, Karim (Aidil Aziz) penganiaya haiwan, Kamil (Amar Baharin) seorang ‘camwhore’, Julian (Jeremy Teo), Sulayman (Ikhwan Hot FM), Rohan (Aldo Gumara - Indonesia) seorang atlet dan ramai lagi.

 

Adakah Katrina berjaya temui jodoh pilihannya? Siapakah jejaka bertuah yang berjaya menambat hati Katrina? Adakah pilihan hatinya direstui oleh ibunya, Puan Kamariah? Saksikan DAN CALONNYA ADALAH… menerusi portal video Tonton mulai 12hb Disember 2013 – 20hb Januari 2014, episod baharu setiap Isnin sehingga Jumaat pada jam 12 tengah hari diwww.tonton.com.my/dancalonnya.


Sidang media drama tersebut..

 

Daftar akaun anda secara PERCUMA menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android & iOS) untuk akses ke Tonton pada bila-bila masa, di mana jua. Aplikasi TV Tonton juga turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter & Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini. Udada Ubabye!!




ED: ramainya pelakon best..

(ED & Braces) Cara makan rambutan

$
0
0
Hai, dalam segmen ED & Braces, ED nak kongsi cara makan buah rambutan. Nak gigit tak boleh sebab akan menjejaskan brackets pada gigi. Kalau brackets tertanggal, nanti kena caj tambahan. Jadi, caranya begini..

Buka kulit rambutan dengan pisau, buang bijinya dan isinya dipotong kecil2 supaya senang nak kunyah. Nak makan buah lain pun, caranya potongkecil2 juga. Nampak macam jeruk pulak..

Selepas itu, masukkan rambutan dalam bekas dan masukkan dlm peti sejuk. Sedapnya...

Tak dinafikan, kena banyak sabar bila pakai braces ni. Udada Ubabye!!



ED: tak boleh makan rambutan banyak2, nanti batuk..

(Sembang) Apa agama Keith Foo, hero drama Ariana Rose?

$
0
0
Hai, ramai yang tanya ED di blog tentang agama Keith Foo, hero drama Ariana Rose yg akan ditayangkan hujung bulan ini di slot Akasia TV3. Adakah dia sudah memeluk agama Islam?

Keith Foo dalam drama Ariana Rose TV3

Antara soalan di blog EDtv..

Oke, ED akan jawab apa yg ED tahu setakat ini ye..

Keith Foo beragama Kristian. Lihat tatoo di badannya..
Sumber: instagram Keith Foo


Sedikit info, Keith Foo campuran India dan Cina. Dari kecil, dia memang ramai kawan Melayu. Sebab itu dia dah terbiasa dengan cara hidup orang Melayu. Bila dia bersongkok, kita yang Melayu ni pun rasa keliru..

Bagaimana dia akan bawa watak Tengku Adam Kamil dalam drama Ariana Rose, yang tu anda kena tengok sendiri. Pastinya krew produksi ada cara tersendiri bagaimana Keith Foo dapat menjayakan watak orang Islam tersebut. Udada Ubabye!!



ED: semoga apa yg anda harapkan, menjadi kenyataan..

(Sembang) Drama Yes Boss dalam slot baharu, Dramady TV3

$
0
0
Selamat pagi. ED dimaklumkan bahawa drama adaptasi novel Yes Boss akan disiarkan dalam slot baharu TV3 iaitu Dramady. Dramady bermaksud drama2 komedi yang akan bersiaran pada hari Sabtu dan Ahad, mulai Januari 2014 (masanya ED tak tahu lagi..)

Drama komedi pertama dlm slot Dramady TV3, Yes Boss...

Ryzal Jaafar dan Nurkhiriah juga berlakon dlm drama ini..

Saksikan drama pertama slot Dramady, Yes Boss lakonan Fahrin Ahmad dan Emma Maembong terbitan Zeel Production. Udada Ubabye!!



ED: setiap tahun ada saja slot terbaharu..

(Mi Casa) Beli tong gas

$
0
0
Hai, seharian suntuk ED berada di rumah baharu hari ini. Ini gara2 di rumah ED takde air. Sampai sekarang takde bekalan air. Alhamdulillah, selamat ada rumah satu lagi utk mandi dan sebagainya.  Cuma, jauh sikit la jaraknya dari rumah ED.

Hari ini, ED dah beli tong gas. Harganya RM78 setong.

Yeayy!! Lepas ni dah boleh masak..

Sekilas pandang, dapur Mi Casa..

Seperti yg ED pernah beritahu sebelum ini, ED akan beli barang sedikit demi sedikit untuk rumah baharu. Jadi tak rasa sangat duit keluar. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: lepas ni boleh beli kuali dan periuk..

(Mi Casa) Tanam pokok cili merah

$
0
0
Hai, ini cerita petang semalam di Mi Casa. Selepas tanam pokok nangka, semalam ED semai benih cili merah di halaman rumah. Di halaman rumah memang ada sedikit kawasan bertanah untuk bercucuk tanam.

ED beli benih cili merah ni di Mydin 

Beginilah rupa benih cili merah

Selesai menyemai. Harap2 menjadi la..

Semoga musim hujan sekarang ni dapat membantu biji nangka dan benih cili merah ini tumbuh dengan cepat di halaman rumah. ED jarang2 datang ke sini. Purata, 2 minggu sekali ED ke sini sebab agak jauh. Insha Allah, selepas ini ED nak tanam pokok tomato pulak. Udada Ubabye!!



ED: saya suka berkebun..

(Akasia TV3) Episod akhir drama Playboy Itu Suami Aku

$
0
0
Hai, drama Akasia, Playboy Itu Suami Aku semakin hampir ke penghujungnya. Jom kita lihat tarikh episod akhirnya.

Afina Aulia dan Adrian, adakah kesudahannya sama seperti novel?

Sedikit sinopsis episod akhirnya..

Syaf telah mengambil alamat emel Adrian di youtube dan berhasrat untuk menghantar emel kepada Adrian. Dalam hatinya, Syaf mahu menceritakan segala-galanya pada Adrian. Dia sudah tidak sanggup melihat Afina merana disebabkan oleh Fisya.

Saksikan kesudahan drama ini di TV3. Untuk pengetahuan semua, drama ini ada pengikutnya yang tersendiri kerana kerap kali trending di twitter dan entri tentang drama ini mencatat jumlah tontonan tertinggi di blog EDtv (lihat Carta Top 10 EDtv). Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

(Estrella TV9) Episod akhir telenovela Rosalinda

$
0
0
Hai, siapa tengok lagi telenovela Rosalinda di TV9? Telenovela tersebut semakin hampir ke kemuncaknya. Berikut tarikh episod akhirnya..

Thalia Sodi Miranda

Kepada yang pertama kali tengok telenovela ini, ED kongsi sikit sinopsis episod akhirnya. Pada akhir episod, Rosalinda hampir sahaja mahu berkahwin dengan Agustin. Mujur, Agustin membatalkannya.

ED tengok lagi Rosalinda walaupun dah kali yg ketiga. Selepas Rosalinda, slot Estrella direhatkan sekejap kot. Mungkin tahun 2014 ada lagi. ED nak tengok ulangan La Intrusa pulak la. Harap2 ada tahun depan. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: suka tengok Thalia..

(Akasia TV3) Tarikh siaran drama Ariana Rose

$
0
0
Hai, iklan drama Ariana Rose dah keluar di TV3. Dalam iklan tu, terasa kehebatan drama ini apabila babak Fathia menangis dan lagu Dayang Nurfaizah bergabung. Berikut tarikh siaran drama adaptasi novel The Wedding Breaker ini..

Montaj drama ini pun cantik..

ED yakin, drama ini pasti menjadi fenomena di TV3. Udada Ubabye!!



ED: 2 minggu lagi drama ni..

(Video pilihan) Syazliana - Hob kebeer (lagu arab)

$
0
0
Hai, dah lama tak nampak Syazliana di kaca TV. Dimanakah dia? Sebenarnya, ED nak bagitahu yang ED baru perasan lagu arab nyanyiannya. Best lagu Hob Keeber nyanyian dia. Jom dengarkan..

Syazliana. Dulu popular dengan lagu Bahaduri.


Bagaimana? Best kan? Maaf la, ED baru tahu lagu ni. Video klip ni diupload di youtube pada 2009. Udada Ubabye!!



ED: suka lagu2 arab ni..

(Samarinda TV3) Sinopsis drama Istidraj Cinta

$
0
0
Hai, berikut sinopsis drama terbaharu slot Samarinda TV3, Istidraj Cinta.

Rita Rudaini dan Johan Asari selaku pelakon utama..

Sinopsis:

Mengisahkan tentang Azhar (Johan As’ari), anak kepada Dato’ Yatim (Dato’ Tarmimi Siregar) dan Datin Hashimah (Ifa Raziah) memerlukan penderma kornea mata apabila doktor mengesahkan kornea matanya telah berparut akibat penyakit keratoconus. Di hospital, Azhar bertemu dengan Shahril (Aman Nassim), sahabat baiknya di universiti yang sedang menderita dengan kanser hati yang kronik. 

Shahril sedar bahawa masanya sudah tidak lama, dia memberitahu bahawa dia telah menderma kornea mata kepada Azhar di hadapan Ustaz Ramli dan kakaknya, Siti Fatimah (Rita Rudaini). Shahril meminta Azhar agar berjanji dengannya tidak akan melihat wajah gadis lain selepas pembedahan matanya kecuali wajah Siti Fatimah. Shahril juga meninggalkan wasiat kepada Azhar supaya mengahwini Siti Fatimah dan menjaganya kerana mereka tidak mempunyai sesiapa lagi sejak kematian ibu bapa. Siti Fatimah seorang yang ayu dan sopan tetapi matanya buta sejak kecil.

Siti Fatimah merelakan wasiat Shahril dipenuhi namun dia menolak syarat untuk berkahwin dengan Azhar. Azhar meletakkan syarat kepada ibu bapanya, bahawa dia hanya akan menerima kornea mata Shahril sekiranya dia dibenarkan berkahwin dengan Siti Fatimah. Selepas pembedahan, Azhar meminta agar dia melihat wajah Siti Fatimah terlebih dahulu. Azhar jatuh cinta pandang pertama melihat keayuan wajah Siti Fatimah dan atas nama cinta, dia mahu mengahwini Siti Fatimah. 
Bermulalah kehidupan Siti Fatimah di rumah Dato Azhar. Azhar jatuh cinta dengan Siti Fatimah kerana akhlak dan “Nur” yang terpancar di wajahnya. Walaupun cacat, Siti Fatimah mempunyai akhlak yang terpuji dan sentiasa taat kepada perintah suami serta Allah. Azhar dilantik sebagai CEO kepada Yatim Holdings. 

Sebagai seorang usahawan dalam produk makanan halal, imej keluarga Dato Yatim sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Datin Hashimah sentiasa dijadikan contoh oleh golongan wanita muslimah di sekitar kediaman mereka lantaran sering bersedekah dan menganjurkan ceramah agama. Namun tiada sesiapa pun yang tahu, Dato Yatim sebenarnya adalah seorang insan yang kejam kerana dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat dan kehendaknya dipenuhi.

Setelah beberapa bulan menjadi CEO, Azhar mendapat tahu banyak rahsia dan jenayah yang dilakukan oleh Dato Yatim. Sebagai anak, Azhar sedih melihat bapanya yang telah berusia 60 tahun itu tidak mahu berhijrah ke arah yang lebih baik. Mereka mula bergaduh, akhirnya Azhar mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan keluar dari rumah bersama-sama Siti Fatimah. 

Azhar dan Siti Fatimah memulakan kehidupan baharu tanpa bantuan kewangan dan pengaruh Dato’ Yatim. Azhar bekerja sebagai pengurus di sebuah kilang dengan pendapatan yang jauh lebih kecil namun hatinya tenang. Tanpa Azhar sedari, kehidupannya diintip oleh Manap Kerambit yang bekerja untuk Dato’ Yatim malah Azhar sebenarnya bekerja untuk Tan Sri Othman yang merupakan Pengerusi Kumpulan Othman Holdings Sdn Bhd. 

Selepas setahun, anak kepada Tan Sri Othman, Sahaida atau Sha (Syatilla Melvin) pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajiannya di luar negara. Tan Sri Othman mengarahkan Sha untuk menggantikan CEO kilang di mana Azhar bekerja. Kemunculan Sha mengejutkan Azhar kerana hubungan mereka sangat akrab sebelum Sha melanjutkan pelajaran ke luar negara. Beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh Sha telah menyebabkan Azhar mula sibuk dan sering keluar berjumpa pelanggan bersama-sama Sha. Keintiman hubungan Azhar dan Sha akhirnya menjerumuskan mereka ke perasaan cinta dan zina.

Siti Fatimah semakin diabaikan dan sering keseorangan. Hancur hati Siti Fatimah selepas mendengar pengakuan Azhar dan hasratnya untuk mengahwini Sha. Alasan Azhar ialah dia mahu membimbing Sha semula ke jalan yang sebenar. Hanya dengan cara mengahwini Sha, akidah gadis itu dapat diselamatkan. Dato’ Yatim dan Tan Sri Othman yang masih mahu berbesan gembira dengan keputusan Azhar. 

Siti Fatimah dan Sha tinggal bersama-sama. Sebagai isteri yang taat kepada perintah Allah dan Rasul, Siti Fatimah cuba menerima Sha dengan sebaik mungkin. Ternyata Sha yang berbeza pegangan hidup serta latar belakang tidak dapat menerima cara hidup Siti Fatimah yang dianggap kolot. Lantaran itu, Sha mula dingin dan sering menyakiti hati Siti Fatimah. 

Azhar cuba menjadi suami yang terbaik untuk kedua-dua wanita yang dicintainya. Sedikit demi sedikit Azhar mula lalai. Solat semakin jarang dikerjakannya. Lebih mengejutkan, Azhar juga sudah mula mabuk bersama-sama Sha. Siti Fatimah sering dipukul dan diherdik. Akhirnya Siti Fatimah ditinggalkan oleh Azhar setelah Sha mengandung. Janji Azhar yang dibuat terhadap Shahril juga dilupakan. 

Dato’ Yatim gembira dan membayangkan hartanya akan melambung menjadi berbilion ringgit. Dato’ Yatim tidak dapat bersabar lagi dan merancang untuk membunuh Tan Sri Othman agar harta tersebut akan menjadi milik Sha. Siti Fatimah yang hidup keseorangan di kampung atas bantuan Ustaz Rahim dan isterinya telah disahkan mengandung. Apakah Azhar akan sedar dan kembali ke jalan yang benar? Apakah kesudahan bagi Dato’ Yatim? (Sumber: TV3)

Saksikan Istidraj Cinta setiap Isnin hingga Rabu, 10 malam di TV3. Udada Ubabye!!



ED: Best drama ni..

(Sembang) Balistik atau Pelancaran Radiglow?

$
0
0
Hai, pada hari Selasa depan, ED dapat 2 undangan iaitu ke Tayangan Perdana Balistik di Damansara dan Pelancaran Radiglow di KL. Kedua2 majlis tersebut diadakan pada petang hari. Sebelum ini, ED nyatakan bahawa ED tak dapat pergi tetapi hari ini, keputusan ED dah berubah. Insha Allah, ED akan datang ke salah satu majlis. Memang ED kena pilih salah satu majlis sahaja..

Balistik atau Radiglow?

Kalau ED ke Damansara, boleh jumpa Datuk Rosyam, Adi Putra dan Rita Rudaini. Kalau ED ke Hotel Royale Chulan, boleh jumpa Irma Hasmie, Anuar Zain dan Alyah. Nak tahu ED akan pergi ke mana? Nantikan jawapannya pada hari Selasa ini di media sosial EDtv. Doakan perjalanan ED ke sana berjalan lancar ye. Udada Ubabye!!



ED: tak sangka boleh sampai ke tahap ini.. Alhamdulillah..

(Azalea TV3) Tarikh siaran drama Kalimah Jiwa

$
0
0
Hai, slot Azalea TV3 akan kembali bersiaran pada 1/1/2014. Drama Kalimah Jiwa menjadi drama pembuka untuk slot Azalea 2014.

Para pelakon, dari kiri Amar Baharin, Amyra Rosli, Azizah Mahzan, Nazim Othman dan Nabila Dally.
Sumber gambar: instagram Amar Baharin 

Saksikan drama daripada penerbit Eirma Fatima ini setiap Isnin hingga Khamis, pukul 4 petang di TV3. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

(Destinasi) Tiba di Kuala Lumpur

$
0
0
Hai, ED dah tiba di Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis esok.


Nantikan cerita selanjutnya bila ED sampai JB ye.. Udada Ubabye!!



ED: kekok berada di KL sebenarnya..

(Sembang) Sampai juga di pelancaran Radiglow

$
0
0
Alhamdulillah, buat pertama kalinya ED dijemput ke pelancaran produk iaitu Radiglow.

Ballroom Hotel Royale Chulan

Nantikan update selanjutnya. Udada Ubabye!!



ED: banyak gambar nak share..

(Eksklusif) Pelancaran Radiglow

$
0
0
Hai, pada hari Selasa lepas 17/12/13, ED telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran produk Radiglow di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Acara tersebut berlangsung meriah dengan kedatangan pihak media, selebriti, pereka fesyen dan stokis produk tersebut. ED tak nak taip panjang2, jom lihat gambar2 yang telah ED sediakan eksklusif untuk anda.

ED sampai sejam awal di sana..

Bila sampai awal, dapat tengok Fahrin Ahmad selaku pengacara buat latihan sebelum majlis..


Fahrin Ahmad sedang meneliti skrip..

Fahrin Ahmad selaku pengacara majlis..

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengasas Radiglow, Datin Seri Udani.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Dr. Aidit Azry. Beliau merupakan doktor yang menyelidik  formula produk ini.

 Selesai ucapan, sesi memperkenalkan Irma Hasmie selaku duta Radiglow sekaligus perasmian produk Radiglow.

 Irma Hasmie, duta Radiglow.

Radiglow untuk kecantikan dan kesihatan..

3 orang model ini memberikan sampel Radiglow kepada setiap tetamu yang hadir..

Antara tetamu yang hadir. Kenal tak mereka?

Selesai majlis perasmian, tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada Alyah.

Kemuncak majlis dimeriahkan dengan persembahan mantap Anuar Zain.

 Sebagai penutup majlis, sesi fotografi diantara pengasas dan para stokis diadakan.

Eksklusif, ED dapat saksikan para wartawan menjalankan temuramah selepas majlis bersurai. Dalam gambar ini, suami kepada Irma Hasmie sedang ditemuramah.

 Irma Hasmie sedang ditemuramah..

 Selesai majlis, tak sah kalau tak bergambar. Dalam gambar ini, Zaiton Sameon, Norish Karman.

Selesai majlis, ED sempat bergambar dengan penyanyi lagenda Malaysia, Kak Zaiton Sameon dan Kak Norsheila Amin.

ED bergambar dengan wartawan lagenda, Huzz. Dulu suka baca ruangan majalah bersama Huzz.

Inilah Kak Natrah yang undang ED ke majlis ini. Terima kasih kak..

Inilah pengalaman pertama ED menghadiri majlis sebegini rupa. ED berpeluang mengenali wartawan Kosmo, portal Murai, Malaysian Digest, Media Prima dan ramai lagi di sana. Mula2 rasa kekok tetapi akhirnya ED rasa biasa sebab wartawan2 yang hadir mudah mesra. Oke, kepada anda yang nak tahu apa itu produk Radiglow, klik sini. Udada Ubabye!!



ED: teruja dapat pergi ke sana..

(11 Gambar) Irma Hasmie di Pelancaran Radiglow

$
0
0
Hai, berikut gambar2 Irma Hasmie selaku duta produk Radiglow semasa Majlis Pelancaran Radiglow minggu lepas.














Anggun dan berkarisma Irma Hasmie di majlis tersebut. Apa yang ED respek, Irma membawa sekali putera sulungnya ke majlis tersebut. Udada Ubabye!!



ED: Tahniah Irma Hasmie selaku duta Radiglow!

(8 Gambar) Alyah di Pelancaran Radiglow

$
0
0
Hai, berikut gambar-gambar Alyah semasa membuat persembahan di Majlis Pelancaran Radiglow minggu lepas.










Alyah menyanyikan 2 buah lagu iaitu Alive (Celine Dion) dan Kau Yang Terindah. Vokalnya dalam radio dan live sama sahaja. Udada Ubabye!!



ED: Alyah ni mesra wartawan..
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live