Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live

(Jom Kenal) Gerrit Poel, model lelaki dalam iklan Enchanteur bersama Nelydia Senrose

$
0
0
Hai, mesti ramai peminat Nelydia Senrose yang nak tahu model lelaki dalam iklan Enchanteur terbaharu kan? Tahu tak siapa dia? Ini jawapannya..

Model lelaki dalam iklan Enchanteur Nelydia Senrose ialah Gerrit Poel

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Gerrit Poel pernah menjadi peserta rancangan realiti ntv7 iaitu What Men Want. Lihat gambar2 nya di bawah ini..






Sumber gambar: ntv7

Okelah, jika anda ingin mengenali dia lebih lanjut, pergi ke youtube dan cari gerrit what men want. Facebooknya, klik sini. Udada Ubabye!!



ED: ingatkan dia ni melayu..

(Sembang) Dah dapat 2 patung Woody, Tesco Heroes and Friends

$
0
0
Hai, ED dah ada 2 patung Woody yang ada pennya. 2 patung ini ED dapat sempena kempen Tesco Heroes and Friends.

Dapat 2 patung yang sama. Patung tak boleh pilih sebab tertutup dalam kotak.

Macam mana boleh dapat? Setiap pembelian rm50 dlm 1 resit, akan dapat 1 stiker. Bila dah kumpul 10 stiker, boleh tebus sekotak patung.

Sebenarnya, ini bukan hobi ED. Kebetulan dah ada, ED join aje kempen ini. Dapat barang free, jangan ditolak kan? Udada Ubabye!!



ED: selalu shopping barang dapur di Tesco..

(Sembang) Air pasang besar

$
0
0
Hai, akibat pengaruh musim tengkujuh sekarang ni, air pasang di kawasan rumah ED mulai besar mulai malam tadi. 

Air pasang besar menutupi permukaan jalan raya

Air pasang yang berwarna coklat kerana bercampur lumpur. Biasanya warna hijau.

Banyak kenderaan yg terkena air pasang.

Semalam, dapur dan tandas rumah ED dimasuki air. Kereta ED pun kena air pasang. Dapat bayangkan tak betapa besarnya air pasang malam tadi. ED nak bilas kereta dengan air paip dulu la. Udada Ubabye!!



ED: musim sejuk sekarang ni..

(Akasia TV3) Drama Jika Itu Takdirku akan datang..

$
0
0
Hai, ED nak update tentang drama adaptasi novel Shah Iskandar sebelum ini yang tajuknya, Jika Itu Ditakdirkan. Sebetulnya, tajuk drama tersebut ialah Jika Itu Takdirku. Menurut pengarah, drama tersebut bukan adaptasi novel. Jadi, drama ini bukan adaptasi mana2 novel.

Intan Ladyana dan Shah Iskandar sebagai pelakon utama

Drama terbitan MIG ini akan tayang pada tahun hadapan dalam slot Akasia TV3. Udada Ubabye!!



ED: Nantikan!

Maaf, drama Jika Itu Takdirku bukan adaptasi novel

$
0
0
Maaf, drama Jika Itu Takdirku bukan adaptasi novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah. Berikut kenyataan pengarah drama ini dalam instagramnya..

Sumber: instagram eoonshuhaini hari ini

ED dapat maklumat ini sebelum ini daripada Metro Online (lihat ayat pada anak panah)

ED juga sempat bertanyakan kepada pelakon Shah Iskandar di Twitter

ED minta maaf atas entri drama Jika Itu Takdirku pagi tadi. Terima kasih kepada pembaca blog yang tegur ED. Sama2 kita berkongsi info. Udada Ubabye!



ED: dah betulkan entri tadi..

(Sembang) Wafer kegemaranku naik 60 sen..

$
0
0
Hai, petang tadi ED pergi ke Pasar Smart. ED singgah beli wafer di gerai kegemaran ED. Sebab apa ED suka beli wafer di sana? Lihat ni..

Wafer coklat dan peanut butter yang melimpah-ruah.. Memang zlurpp!!

Bulan lepas dan sebelum ini, ED beli harganya RM2.20. Hari ini beli harganya dah jadi RM2.80. ED pun tanya kenapa harganya naik 60 sen? Jawapan pekerja tersebut, sewa gerai dah naik dan harga bahan2 nak buat wafer pun dah naik. Katanya lagi, kebanyakan gerai dah naikkan harga makanan. Tahun depan caj elektrik naik, mungkinkah harga barang naik lagi? Udada Ubabye!!



ED: kena bersedia dengan perubahan harga barang..

(Sembang) Akhirnya, ada pun iklan Lux Fazura!

$
0
0
Hai, akhirnya ada pun iklan tv Lux Fazura. Sebelum ni, asyik tengok iklan Lux model luar negara. Untuk pengetahuan anda, ED merupakan salah seorang peminat iklan2 Lux. Iklan2 Lux biasanya kreatif.

Fazura bergandingan dengan Jonathan Putra dalam iklan Lux


Iklan Lux Malaysia, simple tetapi ada aura yang tersendiri..
Sumber: instagram fazura


Poster iklan Lux Fazura

Khabarnya, pembungkusan produk Lux akan berwajah baharu mulai tahun depan..

Okelah, saja nak sembang tentang Lux ni. ED yakin, ramai rakyat Malaysia yang menggunakan sabun Lux di rumah dari sejak zaman berzaman. Udada Ubabye!!



ED: wangi Lux lain daripada yg lain..

(Sembang) Temuduga di sekolah swasta

$
0
0
Hai, pagi tadi ED temankan adik ED lepasan UPSI pergi temuduga di sebuah sekolah swasta di Johor Bahru. Sambil temankan, boleh lihat persekitaran di sekolah swasta. Banyak perbezaannya. Sambil tunggu adik ED ditemuduga, ED sempat ambil gambar2 ini..

Inilah sekolahnya. Sekolah nasional dan antarabangsa.

Foyer dimana tempat ED tunggu tadi.. 

Ada kolam renang di sekolah ini..

Padang

Kawasan gelanggang pun ada.

Pejabat sekolah ini. ED tunggu di luar ini dari pukul 8.30 hingga 11.30 pagi.

Antara perbezaan sekolah swasta dengan sekolah kerajaan ialah sekolah swasta mula belajar pada pukul 8.30 pagi dan ada kelas renang. Pengurusannya pula lebih sistematik. Cara temuduga juga berbeza, adik ED kena mengajar selama 30 minit dalam kelas. Jadi, kepada pelajar lepasan bidang pendidikan yang belum posting, mungkin anda boleh cuba mohon di sekolah swasta. Udada Ubabye!!



ED: kebanyakannya anak orang kaya yang belajar di sini..

(Sembang) Turut bersimpati dengan mangsa banjir

$
0
0
Hai, hati mana yang tak tersentuh apabila melihat mangsa2 banjir di media massa dan media sosial. ED turut bersimpati dengan mangsa bencana alam di luar sana. Semasa banjir teruk di Johor dulu, rumah ED turut dimasuki air. Memang banyak kerja nak buat kalau banjir. Nak kena pindahkan perabot, selamatkan dokumen penting dan selepas banjir kena sental lumpur kuning yang melekat di lantai dan dinding. Bab cuci tu yang ED malas nak buat sebab memerlukan kesabaran yang tinggi. Jom lihat beberapa gambar banjir yang popular di media sosial.

Jambatan runtuh di Kemaman akibat banjir

Banjir di Kuantan. Lepas banjir, banyak kerja pembersihan nak buat ni..

Antara sekolah yang tenggelam..

Semasa banjir, sejuk dan basah itu biasa..

Tengok gambar ni, ED terbayang perasaan pemilik kenderaan yang tenggelam..

Banjir paling teruk tahun ini ialah di Kuantan Pahang. Ini gambar daripada atas.
Sumber gambar: instagram

Sama2 kita doakan semoga banjir cepat surut dan semua mangsa banjir diberi kekuatan dan keselamatan. Udada Ubabye!!



ED: bersabar ye..

(Sembang) Haram ucap RIP (Rest In Peace) kepada orang bukan Islam yangmeninggal dunia

$
0
0
Hai, apa hukum ucap Rest In Peace (RIP) kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia? Sama ada melalui lisan atau tulisan, inilah hukumnya mengikut penulisan Imam Muda Asyraf dlm Berita Harian 11/10/2011.

Imam Muda Asyraf

Bagaimana pula mendoakan orang bukan Islam yang sudah meninggal dunia? Ulama sepakat mengharamkan mendoakan keampunan, kesejahteraan dan rahmat kepada mereka. Pengharaman ini tidak kira sama ada dia terdiri daripada keluarga sendiri atau sebaliknya.

Dalilnya adalah apabila Rasulullah SAW meminta izin kepada Allah SWT untuk mengampunkan ibunya, permintaan itu ditolak Allah SWT. Begitu juga ketetapan al-Quran ketika Rasulullah SAW meminta Allah SWT mengampunkan dosa Abu Talib.

Allah berfirman yang bermaksud: “Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang yang beriman meminta ampun bagi orang musyrik, walaupun orang musyrik itu adalah kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka, bahawa orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam. Dan permintaan ampun dari Ibrahim untuk bapanya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun.” (Surah At-Taubah, ayat 113-114)

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’ berkata, ulama sepakat mendoakan orang bukan Islam dengan keampunan Allah, mendapat syurga dan apa saja berkaitan akhirat adalah diharamkan. Begitu juga mereka yang disyaki keislamannya, kata Imam Ibn Hajar al-Haithami.

Islam bukan agama menyuruh membenci penganut agama lain malah Islam sentiasa menganjurkan kita mendoakan orang bukan Islam supaya bersama menikmati hidayah milik Allah SWT. Itulah nilai kasih sayang sebenar dengan membebaskan mereka dari azab neraka jahanam. 

Kita boleh melakukan perbuatan direstui syarak dengan memuji perilaku baik si mati sewaktu hidupnya, menziarahi waris dan memberi ucapan kesabaran serta meringankan beban waris. Ia lebih bernilai dalam mengeratkan hubungan sosial berbilang agama.

Jadi, jika ada kematian untuk orang bukan Islam, kita boleh lakukan perkara yang ED gariskan di atas. Contohnya, untuk kematian Nelson Mandela hari ini, kita boleh ucap takziah atau semoga ahli keluarganya bersabar. Tiada lagi ucapan RIP untuk orang bukan Islam. Udada Ubabye!!



ED: tak pernah ucap ini pun.. Selalunya guna takziah..

(Sembang) Air pasang semakin besar

$
0
0
Hai, air pasang baru saja surut di kawasan rumah ED. Pada pukul 12.30 tengah hari tadi, air pasang naik lagi dan semakin besar. Berikut gambar2nya..

Air pasang campur air hujan, hasilnya air pasang makin besar..

Dapur rumah dinaiki air pasang..

Air pasang masuk di bilik air

Keadaan air pasang di belakang rumah

Huhu... Kereta ED kena air pasang juga..

Paras air pasang di dapur tadi..

Air pasang semakin besar..

Dugaan... Bilik ED juga dimasuki air. Sayangnya, draf tesis ED semasa di UKM basah. Inilah satu2nya kenangan yang ED ada semasa buat tesis dulu. Soft copy dah hilang sebab format laptop.

Selepas ini, ada kerja menanti untuk ED. Kena bilas dan bersihkan bilik semula. Okelah, Udada Ubabye!!



ED: lupa nak tutup lubang di bilik tadi..

(Sembang) Diundang ke Pelancaran Butik Ennura Couture

$
0
0
Terima kasih Erid Amaro di atas kad undangan yang diberikan hari ini. Hai, ED telah diundang ke majlis pelancaran Butik Ennura Couture milik pereka fesyen Erid Amaro pada tahun hadapan. Butik ini merupakan butik kedua miliknya. Ini kad undangannya..

Terharunya, dapat undangan VIP sebagai blogger di sana..

Maaf Erid, ED tak dapat hadir kerana di Johor tahun depan adalah hari bekerja pada hari Ahad. Bagi anda yang berdekatan dengan butik tersebut, datanglah beramai2 kerana ada jual baju readymade, dress pelbagai design, jubah dan tudung pada harga istimewa. Hanya untuk 5 Januari 2014 sahaja. Yang jauh macam ED, anda boleh beli online bermula 6/1/14 hingga 8/1/14 untuk harga promosi.


Sementara itu, ada promosi perkahwinan daripada Ennura Couture (lihat gambar di atas) bermula hari pembukaan butik tersebut. Maklumat ED dah beri, kepada anda yg berkenaan, sila bertindak segera. Udada Ubabye!!



ED: Terharu bila diundang ke majlis sebegini rupa..

(Sembang) Diundang ke Majlis Tayangan Perdana Filem Balistik

$
0
0
Kejutan! Hari ini ED dapat undangan lagi. Datuk Rosyam Nor dan RK Screen & Asia Tropical Films menjemput ED ke majlis tayangan perdana filem Balistik. Filem Balistik dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Adi Putra dan Rita Rudaini. Ini kad undangannya..


Terima kasih atas undangannya. ED rasa tak dapat pergi sebab dah ada program tarikh tu. Apa2 pun, ED berbesar hati kerana dijemput sebagai blogger ke majlis tersebut. Udada Ubabye!!



ED: Bestnya kalau dapat pergi..

(Sembang) Balik kampung, petik rambutan..

$
0
0
Hai, pagi tadi ED balik ke kampung di Benut, Pontian dengan emak dan adik2. Tujuannya, kami ingin memetik buah rambutan yang masak ranum di sana. Ceritanya ada disebalik gambar2 ini..

Buah rambutan di kampung dah masak. Jika tak dipetik, akan terbuang macam tu je.. Makcik2 ED di kampung tak termakan rambutan banyak2 ni..

Tak sabar nak petik rambutan, tapi ada yg tinggi2..

Sebelum petik rambutan, singgah jap warung di tepi jalan..

Pekena dulu ABC versi Kampung Permatang Sepam

Selesai makan, barulah mengait buah rambutan..

Ops.. Ini bukan pengait, tapi macam gunting. Senang, potong terus tangkai buah rambutan. Jadi, tak boleh guna perkataan menjolok atau mengait rambutan kan..

Jangan tertipu dengan gambar ni. ED petik rambutan sikit je, yang banyak tolong ialah pak cik ED. TQ Cik Ata...

Inilah hasil hari ini untuk dibawa pulang ke JB. Segar dari pokok..

Bye-bye kampung...!

Alhamdulillah, rezeki hari ini dengan buah rambutan. Sebenarnya, ED susah sikit makan rambutan sebab pakai braces. Kena makan sikit2 dan perlahan2. Udada Ubabye!!



ED: 8.30 tadi ED sampai ke rumah..

(Sembang) Banjir mempengaruhi kebersihan air paip

$
0
0
Selamat pagi! ED nak tunjuk penapis air di rumah ED pagi ini, selepas sebulan tidak dicuci.

Penapis air berlumpur tebal. Pertama kali ED nampak lumpur tebal terlekat pada penapis air ni.. Gambar kanan ialah warna asal batu penapis air ED.

Biasanya, ED memang cuci penapis air sebulan sekali. Biasanya, batu penapis hanya kuning dan berkarat sahaja. Mungkinkah fenomena banjir atau musim hujan mempengaruhi kebersihan air paip di sini? Bagaimana jika kita tidak menggunakan penapis air di rumah? Udada Ubabye!!



ED: jaga diri!

(Video pilihan) Randy - Hanya Ingin Kau Tahu

$
0
0
Hai, merdunya suara Randy, budak 12 tahun dari Indonesia. Dia telah memenangi pertandingan nyanyian dalam sebuah rancangan tv di sana. Suara dia memang unik. Kalau dengar sambil tutup mata, pasti kita akan ingat bahawa dia seorang perempuan.

Randy

Jom dengarkan lagu yang membawa tuah kepadanya, Hanya Ingin Kau Tahu duet bersama vokalis kumpulan Repvblik. Memang best!




Bagaimana? Untuk lihat lebih banyak video Randy, taip Randy Inbox di Youtube. Semoga sukses untuk adik Randy. Udada Ubabye!!



ED: Boleh jadi seperti Tegar budak ni..

(Sembang) Dah ada 3 patung kempen Tesco Heroes and Friends

$
0
0
Hai, hari ini ED dapat tukar satu patung lagi sempena kempen Tesco Heroes and Friends. Jadi, ED dah ada 3 patung dari Tesco.

Hari ini ED dapat figura Buzz Lightyear

Jika ada kempen sebegini rupa, join aje walaupun dapat patung2 macam ni. Bukan kena bayar pun. Udada Ubabye!!



ED: dalam patung ini ada pen, boleh buat tulis..

Kumpulan OMG juara Liga Lawak Superstar TV3

$
0
0
Hai, seperti yang dijangka dari awal, kumpulan OMG telah memenangi Liga Lawak Superstar. Mereka membolot wang tunai RM250k. 

Kumpulan OMG, Akim, Sathiya dan Anas.

Tempat kedua jatuh kpd kumpulan Apa Kasih Tok. Tahniah kepada kumpulan OMG. Udada Ubabye!



ED: suka segmen karaoke yang ada urut2 tu..

(Sembang) Diundang ke Majlis Pelancaran Radiglow

$
0
0
Selamat pagi! Hari ini ED dapat undangan lagi. ED dapat undangan ke Majlis Pelancaran Radiglow di Hotel Royale Chulan, KL. Tarikhnya sama dengan majlis tayangan perdana filem Balistik, 17/12/13. Masanya pun hampir sama.

Irma Hasmie dan Anuar Zain antara artis yang hadir nanti..

ED dapat undangan melalui facebook..

Terima kasih Kak Natrah kerana jemput ED, blogger yang tak seberapa ni. ED tak dapat buat keputusan lagi untuk pergi atau tak, kerana ED ada hal pada tarikh tersebut. Tambahan pula, perasaan malu dan merendah diri pun ada juga kerana ED bukan blogger terkenal. ED tak pernah datang launching product dan masih tak biasa dengan majlis2 sebegini rupa. Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah..

(Zlurpp!!) Pertama kali cuba pasembok

$
0
0
Hai, hari ini pertama kali ED cuba makan pasembok. Sebelum ini, ED tak familiar dengan makanan ini. Tak silap, makanan ini popular di utara. ED beli pasembok ni di pasar malam Taman Teratai Skudai. Nampak ada orang jual pasembok, tu yang nak cuba tu..

Pasembok. Sebungkus, RM3.00.

Macam rojak asma tapi..

Kuah sambal kacangnya lain sikit. Zlurpp!!

Sedap juga pasembok ni. Lepas ni, boleh cuba lagi. Udada Ubabye!!



ED: pasembur ke pasembok?
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live