Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live

(AJL28) 12 lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke 28

$
0
0
Hai, setelah 3 minggu peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 28 diadakan, kini 12 buah lagu telah dipilih dan berjaya ke AJL28. Berikut senarai 12 lagu tersebut..


1. Bahagiamu Deritaku - Hafiz
2. Aku Pelat - Salam Music
3. Penglipur Lara - Hazama
4. Takkan Terpisah - Black
5. In Love With You - Noh dan Aizzat
6. Bosan - Stacy
7. Kalau Aku Kaya - Awi Rafael dan Altimet
8. Hanya Aku - Hyper Act
9. Tanda Tanya - Azlan The Typewriter
10. Sahabat - Najwa Latif
11. Ikut Rentakku - Jac
12. Kau Yang Terindah - Alyah

Nantikan AJL28 pada 26 Januari 2014 di TV3. Udada Ubabye!!



ED: tema apa pulak ye AJL28?

(Sembang) Johor cuti Jumaat dan Sabtu mulai 2014

$
0
0
Hai, akhirnya desas-desus yang mengatakan cuti umum bagi Johor pada hari Jumaat dan Sabtu telah terjawab hari ini. 

Sumber: Berita Harian Online

ED hanya akan percaya berita ini jika dah keluar di berita perdana sahaja seperti hari ini. ED setuju cuti Jumaat dan Sabtu kerana biasanya hari Jumaat ED memang kelam- kabut di tempat kerja. Daulat Tuanku Sultan Johor. Alhamdulillah dan Udada Ubabye!!



ED: dulu darjah 1 pun ED cuti Jumaat Sabtu..

(Sembang) Masih ada ayam yang murah!

$
0
0
Hai, terkejut ED pergi ke Econsave Taman Daya pagi tadi. Harga ayam muda sangat murah untuk hari ini sahaja. Lihat ni..

Murah tak? Hanya rm4.89 sekilo.

Sebelum ini, tak silap ED harga sekilo ayam ialah rm7.30. Tapi, sejak kebelakangan ni, harga ayam semakin murah. Elok la kan? Kebetulan memang ED nak beli ayam hari ini, kira langkah kanan sebab dapat beli ayam murah. Udada Ubabye!!



ED: alhamdulillah..

(Akasia TV3) Gambar-gambar pelakon drama Ariana Rose, adaptasi novelThe Wedding Breaker

$
0
0
Terbaik dan terhebat! Itulah yang ED dapat katakan tentang drama adaptasi novel The Wedding Breaker, Ariana Rose. Dah la adaptasi novel terbaik, dilakonkan pula oleh barisan pelakon terkemuka tanah air dan Singapura. Pastinya drama ini ditunggu2 di slot Akasia mulai 31 Disember ini.

Jika tiada pindaan, drama ini bermula pada 31/12/13.

Jom kita lihat barisan pelakon hebat yang membintangi drama termahal ini..

Nur Fathia sebagai Ariana Rose

Keith Foo sebagai Tengku Adam Kamil

Hero dan heroin

Nabila Huda pun ada..

Tasha Shilla sebagai Tengku Juwita

Mustafa Kamal dan Liza Abdullah

Arja Lee dan Nabila Huda

Puan Hjh Ziela Jalil sebagai ibu Ariana

Datuk Jalaludin Hasan pun ada..

Jasmin Hamid pun ada..

Syatilla Melvin sebagai Sophie

Wan Sharmila pun ada..

Hisyam Hamid, pelakon popular Singapura..

Antara babak menarik drama ini..

Tasha Shilla dan Keith Foo

Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil

Barisan pelakon senior dan berbakat besar

Nantikan Ariana Rose di TV3..
Sumber gambar: instagram othongdanish, pejoyahaya, tashashilla, lizzaabdullah, jasminhamid

Bagaimana? Pasti anda dah tak sabar kan? Nantikan drama terhebat, termahal dan teristimewa ini sempena penghujung 2013 di Akasia TV3. Udada Ubabye!!



ED: terbaik!

(Akasia TV3) Drama adaptasi novel Jika Itu Ditakdirkan, akan datang 2014..

$
0
0
Hai, ada sedikit maklumat awal untuk anda. Drama Jika Itu Ditakdirkan akan ditayangkan pada tahun hadapan dalam slot Akasia TV3. Dengarnya drama tersebut adaptasi novel, tapi ED tak tahu novel yang mana. Jika tiada perubahan, Shah Iskandar akan terlibat dalam drama ini.

Shah Iskandar

Masih terlalu awal untuk ED tanya lebih2 tentang drama ini. Nanti bila dah sesuai waktunya, ED update lagi ye.. Terima kasih kepada pemberi info ini dan Shah Iskandar sendiri untuk maklumat ringkas ini. Udada Ubabye!!



ED: Nantikan!

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan terakhir Sharnaaz Ahmad

$
0
0
Hai, ED mengenalinya daripada drama Tari Tirana sehinggalah drama Ruby di TV3. ED terkejut mendengar berita bahawa Sharnaaz Ahmad akan tarik diri daripada dunia lakonan dan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ( BKATC) di Astro Mustika merupakan drama terakhir lakonannya. 

Sharnaaz Ahmad dalam drama BKATC.
Sumber gambar: facebook BKATC

Disebabkan ED rasa was-was dengan berita ini, ED menghantar twitter kepada Sharnaaz Ahmad. Tak sangka, dia reply twitter ED. Ini dia perbualan ED dengan Sharnaaz..

Eksklusif, jawapan Sharnaaz Ahmad tentang pengunduran dirinya dalam dunia lakonan.

Sayangnya... Tapi kita mesti hormat keputusannya. Okelah, semoga maju jaya untuk Sharnaaz Ahmad. Udada Ubabye!!



ED: lakonan Sharnaaz selalu memberikan kesan kepada penonton, contohnya Lan Todak.

Sertai Cabaran Microsoft Bangunkan Aplikasi Perisian Hiburan & Berita!

$
0
0
Hai, ada berita baik buat pembangun aplikasi perisian komputer dan gajet! Pendaftaran kini dibuka untuk rakyat Malaysia menyertai acara ‘Windows Hackathon’. Acara dianjurkan oleh Microsoft bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Media Prima Digital adalah selaku rakan media rasmi. Microsoft ‘Windows Hackathon’ akan bermula pada 29 November sehingga 1 Disember ini di Pusat Konvensyen Telekom Malaysia, Kuala Lumpur.


Bagi penyertaan untuk kategori perisian hiburan dan berita, peserta perlu membangunkan apikasi baharu yang berkaitan dengan produk di bawah Media Prima Digital iaitu portal video Tonton, portal hiburan GUA, rangkaian akhbar kumpulan Media Prima Berhad (New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro) serta rangkaian portal televisyen kumpulan Media Prima Berhad (TV3, ntv7, 8TV dan TV9). Pelbagai hadiah menarik selain peluang muncul dalam liputan temubual di rangkaian media milik kumpulan Media Prima Berhad menanti bakal pemenang!

Rebut peluang keemasan ini dan ceriakan teknologi peranti pintar anda ke peringkat yang lebih tinggi. Malah, sekiranya anda pernah membangunkan sebarang aplikasi iOS atau Android sebelum ini, rekaan anda boleh digunakan untuk ‘Windows Hackathon’. Penyertaan pembangun aplikasi baharu juga adalah dialukan.

Untuk maklumat lanjut dan cara penyertaan, layari laman sesawang http://aka.ms/myapps2014 hari ini! Udada Ubabye!!



ED: yang pakar it, jom sertai!

(Sembang) Inilah hero dan heroin drama-drama TV3 2014

$
0
0
Hai, jika anda perasan, hero dan heroin dalam drama2 TV3 kebanyakannya pelakon yang sama. Bila seseorang pelakon baru berjaya mencuri perhatian penonton, pastinya mereka akan dipilih lagi sebagai hero atau heroin drama baharu berikutnya. Berikut adalah antara hero dan heroin drama2 TV3 pada tahun hadapan (mengikut ramalan ED sahaja).

Nad Zainal, Azlee Khairi, Anzalna, Aeril Zafrel, Zara Zya dan Aiman Hakim Ridza.

Mereka merupakan ikon Drama Festival KL yang akan diadakan tahun depan di TV3 dan TV9.

Anzalna akan membintangi drama Aku Isterinya dan Aeril Zafrel akan membintangi drama Cerita Cinta Kita di TV3 pada tahun hadapan. Bagaimana dengan Zara Zya, Nad Zainal, Azlee Khairi dan Aiman? Nantikan drama2 terbaharu mereka di TV3 2014 nanti. Udada Ubabye!!



ED: Anda minat siapa?

(Sembang) Teringat balik Telenovela Marisol

$
0
0
Hai, tiba2 ED teringat balik telenovela Marisol. Telenovela ini ditayangkan pada tahun 1999 di SCTV (saluran Indonesia). Inilah telenovela pertama yg ED tengok & seterusnya membuatkan ED suka kepada drama Mexico. ED ingat lagi, telenovela ini ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi.

Marisol dibintangi Erika Buenfil dan Eduardo Santamarina

Dulu, balik sekolah agama je, ED terus buka tv sebab nak tengok telenovela ni. Jalan ceritanya sangat menarik iaitu tentang seorang perempuan yang mukanya berparut dan mempunyai banyak rintangan dalam hidupnya. Memang best! Alangkah indahnya jika ada stesen tv yang akan menyiarkan telenovela ini semula. Memang fenomena telenovela ni. Pernah sekali, ED tumpang tengok di rumah jiran sebab tv rosak. Ini gara2 ED tak nak ketinggalan tengok setiap episod Marisol. ED tak akan lupa peristiwa tu. Udada Ubabye!!



ED: episodnya panjang sangat..

(Ratu TV9) Drama terhebat akhir tahun 2013, Ammara Batrisya..

$
0
0
Hai, sebagai penutup drama slot Ratu 2013, TV9 mempersembahkan drama terhebat, Ammara Batrisya. Buat pertama kali, Erra Fazira berlakon drama di TV9. Erra Fazira akan digandingkan bersama Datin Umie Aida dan Adi Putra.

Datin Umie Aida, Adi Putra dan Erra Fazira

Drama Ammara Batrisya mulai 11 Disember di TV9.

Jom lihat gambar2 sekitar shooting drama ini..

Datin Umie Aida sebagai Ammara dan Erra Fazira sebagai Batrisya.

Ammara Batrisya, sepasang adik beradik tetapi banyak perbezaan.


Hari pertama shooting..

Para pelakon bersama pengarah drama, Azma Aizaal Yusoof

Adi Putra sebagai Rayyan

Batrisya dan Rayyan

Ammara

Liza Abdullah dan Tunku Hanis turut terlibat..

Tunku Hanis

Ungku Hariz pun ada..

Sedikit babak Ammara Batrisya

Ungku Ismail Aziz juga ada..

Ammara dan Rayyan

Nantikan drama terhebat ini di TV9..
Sumber gambar: instagram erra fazira, umie aida, azma aizaal yusoof, ezadibrahim dan azrulchomel

Bagaimana? Menarik bukan? Sedikit sinopsis, drama ini mengisahkan Ammara yang berdendam dengan Batrisya. Selanjutnya, akan diupdate kemudian ye.. Udada Ubabye!!



ED: teringat filem Maria Mariana pulak..

Blog EDtv akan berwajah baharu sempena 2014

$
0
0
Hai, blog EDtv akan berwajah baharu tak lama lagi. Jika 2013, ED memilih warna tema merah, Insha Allah, untuk 2014 ED akan pilih warna biru sebagai warna tema blog EDtv.

Nantikan!

Jika anda ada cadangan, komen atau penambah baikan untuk blog EDtv 2014, sila tinggalkan di ruangan komen blog, facebook, twitter dan instagram EDtv. ED merancang untuk melakukan beberapa perubahan untuk blog EDtv 2014. Nantikan ye.. Udada Ubabye!!


ED: Terima kasih atas sokongan anda!

(Terkenang-kenang) Tanda nama sekolah menengahku

$
0
0
Hai, ED masih simpan 2 tanda nama semasa ED di sekolah menengah. Tengok tanda nama ni, terkenang-kenang zaman persekolahan.

Yang warna merah tanda nama ED semasa di tingkatan 3 hingga 5. Yang kuning hitam tu pulak semasa ED di tingkatan 6 (sekolah lain).

Semasa di tingkatan 1, ED guna tanda nama pin. Tingkatan 2 pulak, tanda nama tu hilang. Di tingkatan 3, kena la buat tanda nama kain yang baru. Udada Ubabye!!



ED: dah buruk tanda nama tu...

(Sembang) Anugerah Skrin 2013 masih bosan?

$
0
0
Hai, Anugerah Skrin sedang berlangsung di TV3. Rata2 komen penonton di media sosial tentang majlis tersebut adalah membosankan. Ternyata, Anugerah Skrin masih lagi dikritik pada tahun ini.

Sumber gambar: tv3

Antara komen2 penonton tentang Anugerah Skrin 2013 ialah:
1. Persembahan biasa-biasa saja.
2. Kenapa pemenang tidak diberi peluang untuk berucap?
3. Kenapa kerusi nampak kosong? ED difahamkan bahawa tidak ramai artis yang dijemput ke ASK2013.

ED tak excited sangat tengok anugerah ni. Lain la kalau ada anugerah untuk drama2 bersiri, yang tu best sikit. Udada Ubabye!!



ED: tahniah untuk pemenang!

Keputusan Anugerah Skrin 2013

$
0
0
Hai, ini dia keputusan Anugerah Skrin 2013 sebentar tadi..

Rancangan Hiburan Terbaik
ABPBH2012

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik
Salam Muslim

Laporan Khas Berita Terbaik
Buletin Utama (Kanta K-Pop)

Lakon TV Terbaik
Mawar Putih Tanda Perpisahan (Mazelan Manan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Izreen Azminda

Videografi Terbaik
Mawar Putih Tanda Perpisahan (Mohd Faizal Mohd Ali)

Rancangan Realiti Terbaik
Maharaja Lawak Mega

Rancangan Bual Bicara Terbaik
Bella

Rancangan Muzikal Terbaik
Anugerah Juara Lagu 27

Drama Komedi Terbaik
Mentua VS Mentua (Primework Studio)

Pelakon Pembantu Terbaik Filem
Khir Rahman

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Miera Liyana

Lakon Layar Terbaik
Nik Amir Mustapha (Kil)

Artis Harapan Pantene
Shasha Al Khred (Kawan)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Hasnol Rahmat

Pelakon Wanita Terbaik Filem
Christina Suzanne

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Wan Hanafi Su (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Shaheizy Sam

Pelakon Wanita Terbaik Drama
Datin Paduka Umie Aida

Pengarah Terbaik Filem
Nik Amir Mustapha (Kil)

Filem Terbaik
Kil

Pengarah Terbaik Drama
Erma Fatima (Aku Bukan Malaikat)

Anugerah Khas Anugerah Skrin 2013
Sebenarnya Saya Isteri Dia

Baru la excited tengok Anugerah Skrin bila drama SSID ni menang Anugerah Khas..

Drama Rantaian Terbaik
Surat Dari Langit Biru

Drama Terbaik Anugerah Skrin 2013
Mawar Putih Tanda Perpisahan (Suhan Movie)

Tahniah kepada semua pemenang. Udada Ubabye!!



ED: tak sangka drama SSID menang juga!

(Akasia TV3) Sekitar gambar montaj dan lagu tema drama Ariana Rose

$
0
0
Hai, hari ini para pelakon drama Ariana Rose telah menjalani sesi pembikinan montaj drama. Jom lihat sekitar gambar montaj drama adaptasi novel ini..

Nur Fathia

Keith Foo

Hisyam Hamid

Arja Lee

Nabila Huda



Sumber gambar: instagram Jalena Rejab dan Otongdanish

Dayang Nurfaizah penyanyi lagu tema drama ini.

Eksklusif ni, ED diberitahu bahawa lagu tema drama ini akan dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah. Lagu baru yang pasti akan digemari ramai. Tajuk lagunya masih rahsia lagi. Udada Ubabye!!



ED: terasa semakin tak sabar nak tengok kan?

Blog EDtv kini berwajah baharu sempena 2014!

$
0
0
Assalammualaikum. Hari ini 1/12/13 dengan rasminya blog EDtv telah berwajah baharu. Suka tak? Hehe..


Beberapa perubahan pada blog EDtv berwajah baharu ini, ED tidak lagi meletakkan widget peti mesej di blog. Jika anda nak komen, sila taip di ruangan ulasan. ED juga menambah Carta EDtv Top 10, di mana anda dapat lihat 10 entri yang paling banyak ditonton. Konsep baharu blog EDtv kini lebih santai dan lebih ringkas. Segmen2 dalam blog masih sama lagi. Terima kasih atas sokongan anda. Inilah wajah baharu blog EDtv sempena 2014.  Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah!

(Artis) Adibah Noor bela 31 ekor kucing

$
0
0
Wow, banyaknya kucing Adibah Noor dalam rancangan Nona TV3 hari ini! Adibah Noor membela 31 ekor kucing dan menganggap kucing2nya sebagai keluarganya. Jom lihat antara kucing2 peliharaannya..

Adibah Noor bersama salah seekor kucing2 nya..









Gemuk2 kucing Adibah Noor..
Sumber gambar: instagram Adibah Noor

Comel2 kan kucing Adibah Noor? Menurutnya, pelihara kucing adalah 1 tanggungjawab. Setiap bulan dia akan menghantar kucing2nya untuk potong kuku, bersihkan telinga dan bersihkan hama. Udada Ubabye!!



ED: di rumah ada 3 ekor kucing sahaja..

(Aksi TV3) Drama Jiwa, akan datang 2014

$
0
0
Hai, inilah drama yang akan menghiasi slot Aksi TV3 pada 2014 nanti. Drama Jiwa lakonan Remy Ishak, Kamal Adli dan Faizal Hussein. Sebuah lagi drama terbitan Filmscape yang bakal menarik hati penonton pada tahun hadapan.

Kamal Adli dan Remy Ishak

Jom ikuti sinopsis drama Jiwa.

Sinopsis:

Mengisahkan tentang dua beradik tiri iaitu Iskandar (Remy Ishak) dan Jiwa (Kamal Adli), hasil perkongsian hidup Alif Rizal (Faizal Hussein) dengan isteri pertama, Mastura (Sheila Mambo), ibu Iskandar dan isteri kedua, Zulaikha (Liza Shadan), ibu Jiwa. Alif merupakan seorang anggota tentera yang amat tegas dan komited dengan tugasnya. Sejak perkahwinan dengan Zulaikha, hubungan Alif dengan Mastura dan Iskandar semakin renggang.

Oleh kerana sikap Alif yang sering mengutamakan Jiwa, Iskandar mula merindukan kasih sayang seorang ayah dan mula membenci Jiwa. Maka, Jiwa selalu sahaja dipukul dalam senyap oleh Iskandar, dia merasakan yang Jiwa merupakan punca Alif sentiasa memukulnya. Iskandar sering mengintai dari jauh melihat layanan baik Alif terhadap Zulaika dan Jiwa.

Iskandar dan Jiwa bersahabat dengan Fara (Siti Elizad), rakan baru yang sering menumpang di rumah mereka. Fara mempunyai perwatakan lelaki, kasar dan lasak. Ini membuatkan dia lebih rapat dengan Iskandar. Namun, pada masa yang sama, Fara sentiasa menjadi pelindung kepada Jiwa apabila dia dibuli.

Sementara itu, Alif pula telah ditamatkan perkhidmatannya di dalam askar kerana insiden yang melibatkan kematian ketika dia sedang bertugas. Selepas itu, dia bekerja sebagai ketua pengawal di sebuah syarikat keselamatan. Namun, dia masih mengekalkan disiplin seorang askar dan terbawa-bawa perangai itu dalam membesarkan Iskandar dan Jiwa.

Selain bersekolah, Iskandar dan Jiwa dikerah oleh Alif untuk berlatih tinju setiap hari. Alif memberi latihan yang keras dan tegas untuk menjadikan mereka peninju yang hebat. Iskandar diajar dengan kekerasan kerana Alif tahu yang Iskandar mampu menerima latihan sebegitu rupa. Manakala, latihan Jiwa lebih kepada memantapkan kejantannya.

Zulaikha menjadi risau dan meminta Alif mengurangkan latihan Jiwa kerana minat Jiwa lebih terarah kepada buku. Alif berkeras yang Jiwa harus menjalani latihan itu. Mereka dikerah memasuki pertandingan demi pertandingan dan ternyata Iskandar lebih jaguh daripada Jiwa.

Apabila semakin meningkat dewasa, hubungan Iskandar dan Jiwa kian renggang. Iskandar kini merupakan kutu jalanan kampung bersama dua rakan baiknya, Peca dan Zul. Bersama-sama Fara, mereka sering melakukan aktiviti nakal di kampung. Hubungan Iskandar dan Fara semakin rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. Jiwa yang turut menyukai Fara hanya mampu memendam rasa. Hubungannya dengan Fara cuma sebagai kawan rapat.

Pada masa yang sama, Alif tidak menyenangi keakraban anak-anaknya dengan Fara. Ini kerana ibu Fara, Suri merupakan seorang perempuan kelab. Sementara itu, hubungan Fara dan Iskandar menghadapi masalah apabila Fara mula menyedari sifat ganas Iskandar. Fara membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Iskandar berasa kecewa dan cemburu melihat Jiwa berkawan rapat dengan Fara.

Ketika pertandingan, Iskandar dan Jiwa bertarung dengan lawan masing-masing. Mereka mara ke pusingan akhir. Pertarungan dua beradik ini berlangsung dengan sengit. Iskandar membelasah Jiwa tanpa belas kasihan. Jiwa cedera parah sehingga tangannya patah. Semua orang terkejut dengan perlakukan Iskandar yang mengganas. Pada akhir pertandingan, Iskandar telah disingkirkan daripada pertandingan dan Jiwa dinobatkan sebagai juara. Jiwa dikejarkan ke hospital.

Setibanya di rumah, Alif terus membelasah Iskandar dengan begitu teruk sekali. Mastura cuba menghalang tetapi dengan tidak sengaja Alif telah menyiku Mastura sehingga dia terpelanting melanggar dinding dan mengakibat berlaku pendarahan otak. Alif tergamam dan berhenti membelasah serta-merta.

Mastura mati di hospital. Alif ditangkap polis dan disabitkan kesalahan membunuh secara tidak sengaja dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 tahun. Iskandar bersumpah tidak akan memaafkan perbuatan Alif. Dia turut menyalahkan Jiwa atas kematian Mastura dan memutuskan hubungan mereka adik-beradik. Sejak itu, Iskandar dan Jiwa telah membawa haluan mereka masing-masing.

Jiwa berjaya menamatkan pengajian di Maktab Perguruan sementara Iskandar semakin hanyut dalam dunia samseng. Hubungan Fara dan Jiwa semakin serius. Jiwa memberitahu Zulaikha niatnya untuk memperisterikan Fara. Zulaikha terkejut dengan keputusan Jiwa. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? (Sumber: kepalabergetar)


Saksikan drama siri ‘Jiwa’ di slot Aksi menampilkan Kamal Adli, Remy Ishak dan Faizal Hussein mulai 5 Februari 2014 pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam di TV3! Udada Ubabye!!




ED: Nantikan!

(Aksi TV3) Gambar-gambar shooting drama Jiwa

$
0
0
Hai, jom lihat gambar2 sekitar shooting drama Jiwa yang akan ditayangkan pada Februari 2014 di TV3. Drama aksi ini berkisahkan dunia tinju dan kekeluargaan. Rasanya, pertama kali ada drama tinju sebegini rupa.

Kamal Adli dan Remy Ishak 

Remy Ishak, Faizal Hussein dan Kamal Adli sebagai bapa dan anak.

Siti Elizad sebagai Fara

Faizal Hussein sebagai Aliff

Remy Ishak sebagai Iskandar yang rindukan kasih sayang seorang ayah

Gigihnya Remy Ishak






Dan Kamal Adli sebagai Jiwa..
Sumber gambar: instagram Remy Ishak dan Kamal Adli

Bagaimana? Menarik bukan? Nantikan tahun hadapan dalam slot Aksi TV3. Udada Ubabye!!



ED: lain daripada yang lain cerita ni...

(Zehra TV3) Sinopsis drama Menjinak Ombak

$
0
0
Hai, drama Menjinak Ombak akan mula bersiaran pada 6/12/13 dalam slot Zehra TV3. Jom kita lihat sinopsisnya..

Nur Risteena dan Fezrul Khan

Sinopsis:

Mengisahkan kisah cinta penuh tragedi berdasarkan cinta tiga segi di antara 3 jejaka yang merebut cinta seorang gadis sunti iaitu anak kepada seorang Imam yang begitu patuh pada pegangan agamanya. Malah, setiap jejaka itu menyimpan rahsia yang penuh misteri. Oleh kerana sikap yang terlalu taksub dan tamak, ada di antara jejaka itu sanggup hidup dengan bertopengkan agama serta membuat hukuman sendiri dengan melakukan pembunuhan demi menutup pekong di dada!

Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Tengku Firhad dan Arsyaf. Tengku Farhad merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Arsyaf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Arsyaf begitu rapat dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Arsyaf sebagai abangnya sendiri.

Tengku Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku Fatah.

Sementara itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.

Tengku Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.

Tengku Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segeran menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf, Syakinah telah diculik!!

Kehilangan Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi dan selamat dari bencana.

Syakinah terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.

Tengku Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat lapuran polis lalu Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di surau dimana tempat Tengku Firhad selalu berada. Khatijah mengenali dan mengetahui latar belakang Tengku Firhad lalu ke rumah Iman Ismail untuk menyiasatnya. Tengku Firhad merasa tergugat dan takut akan rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.

Syakinah dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk membunuh Arysaf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul Firhad maka berlakulah pergelutan.

Siapakah Tengku Fatah yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan kes pembunuhan Hanani dan Firhad? Berjayakah Tengku Fatah membunuh Asyraf? Berjayakah Firhad menyelamatkan Syakinah yang telah ditikam oleh Tengku Fatah? Bagaimana berakhirnya percintaan Firhad terhadap Syakinah? (Sumber: Kepalabergetar)

Saksikan drama cinta yang penuh tragedi, Menjinak Ombak di slot Zehra TV3. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live