Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live

Drama-drama terhebat TV3 sepanjang 2014

$
0
0
Hai, baru-baru ini Media Prima Screening 2014 telah diadakan. Daripada sidang media tersebut, telah diumumkan beberapa drama terhebat TV3 untuk tahun 2014. Jom lihat drama-drama yang bakal mendapat perhatian anda!


2. Aku Isterinya (Slot Akasia)
3. Jika Itu Ditakdirkan (Slot Akasia)
4. Yes Boss (mungkin Slot Samarinda)
5. Cerita Cinta Kita (Slot Lestary)
6. Cinta Ilahi (Slot Zehra)
7. Jalan Mati 

Setakat ini sahaja yang ED tahu. Selebihnya akan diupdate kemudian. Buat pengetahuan anda, tahun ini TV3 telah mencatatkan statistik 11 juta penonton secara konsisten dalam slot Akasia. Nantikan lebih banyak drama adaptasi novel di TV3 pada tahun hadapan. Udada Ubabye!!



ED: Nantikan di TV3!

(Sembang) Jika Rozita Che Wan jadi pengacara Melodi TV3 2014...

$
0
0
Hai, diberitakan bahawa Awal Ashaari akan meninggalkan Melodi kerana kesibukannya pada tahun depan. Nama Rozita Che Wan dan Amyza Aznan disenarai pendek dan diteka akan menggantikan Awal Ashaari pada tahun hadapan. Salah seorang sahaja yang akan bersama dengan Zizan mengendalikan Melodi 2014.

Che Ta dan Zizan..

Jika Rozita Che Wan terpilih menjadi hos Melodi bersama Zizan pada tahun hadapan, ED tak kisah. Mana tahu rancangan Melodi lebih berwarna dan berdimensi baru. Sesekali buat perubahan, apa salahnya kan? Tapi, adakah Rozita Che Wan bakal pengacara Melodi 2014? Sama2 kita nantikan, Udada Ubabye!!



ED: Amyza Aznan pun ok juga..

Fahrin Ahmad dan Emma Maembong Pelakon utama drama Yes Boss! TV3

$
0
0
Hai, eksklusif di blog EDtv, inilah pelakon utama drama adaptasi novel Yes Boss! karya Areila Sahimi. Drama ini akan ditayangkan pada tahun hadapan di TV3.

Emma Maembong sebagai Aryana dan Fahrin Ahmad sebagai Ilham 

Drama ini adaptasi novel Yes Boss!

Ternyata, bukan Shahir dan Izreen Azminda yang menjadi hero dan heroin drama ini. Info ini ED perolehi secara rasmi daripada penerbit drama ini, Tuan Haji Fadzil Teh. Terima kasih tuan haji atas infonya. Wah, nampaknya drama adaptasi novel semakin hangat di kaca TV. Nantikan drama Yes Boss! Pada tahun 2014 di TV3. Udada Ubabye!!



ED: tak tahu lagi tayang slot mana..

(Sembang) Penulis novel Yes Boss! memang mengharapkan Fahrin Ahmad jadihero

$
0
0
Hai, hari ini penulis novel Yes Boss! menghantar pesanan di facebook EDtv. Areila Sahimi bertanyakan tentang kesahihan hero dan heroin drama Yes Boss! yg diadaptasi daripada novelnya. Rupa-rupanya, Areila Sahimi memang mengharapkan Fahrin Ahmad menjadi hero drama tersebut dan sebelum ini, dia membayangkan Fahrin Ahmad menjadi Bos dalam penulisannya.

Fahrin Ahmad memang sesuai jadi hero drama Yes Boss!

Perbualan ED bersama Areila Sahimi di facebook pagi ini..

Jika diimbas kembali, dah 4 orang penulis novel yg menghantar mesej dan komen di facebook EDtv bertanyakan tentang drama adaptasi daripada novel mereka. Seingat ED, Zura Asyfar (Sebenarnya Saya Isteri Dia), Sarah Marissa (Teduhan Kasih), Aliesha Kirana (Love You Mr. Arrogant) dan Areila Sahimi (Yes Boss!). Rata2 bertanyakan tentang hero dan heroin drama adaptasi novel mereka. Alhamdulillah, senang berkenalan dgn penulis2 novel tersebut. Udada Ubabye!!



ED: Nantikan drama Yes Boss Januari 2014 di TV3..

(Akasia TV3) Drama Aku Isterinya, adaptasi novel Aku Bukan Mistressakan datang 2014

$
0
0
Hai, mesti pembaca novel suka berita ini. Sebuah novel lagi akan diadaptasi ke drama Akasia TV3 pada tahun depan. Novel Aku Bukan Mistress akan didramakan dan tajuknya ditukar menjadi Aku Isterinya. Khabarnya, Anzalna akan jadi heroin drama ini.

Anzalna Nasir, heroin drama ini..

Novel Aku Bukan Mistress karya Acik Lana antara novel yang menarik jalan ceritanya. Drama ini juga antara drama yang diramalkan popular di TV3 pada 2014. Setakat ini dahulu ye, jika ada perkembangan terkini tentang drama ini, ED akan update. Udada Ubabye!!



ED: nantikan!

(Sembang) Drama Love You Mr. Arrogant pecah rekod di TV3 dan Tonton

$
0
0



Hai, saja nak buat anda musykil seketika dengan gambar2 Zafriel Irham dan Zaraa Amira. Selepas episod akhir drama Love You Mr. Arrogant ditayangkan, drama tersebut telah memecahkan rekod di TV3 dan laman web Tonton. Lihat ni..

Sumber: buletin hot fm..

Drama tersebut telah mencatatkan rekod paling tertinggi setakat ini iaitu drama adaptasi novel episod akhir yg paling banyak ditonton di TV3 dan Tonton. Belum pernah lagi rekod sebegini dicipta. Selain itu, drama tersebut juga hari2 trending di Twitter. Mesti team drama LYMA dan penulis novel berbunga2 rasa kerana karya mereka diminati ramai. Udada Ubabye!!



ED: untung Zara Zya, percubaan yang amat baik!

(Sekolah) Hadiah akhir tahun

$
0
0
Hai, sesi persekolahan 2013 tinggal 2 hari lagi. Minggu ini, ED dapat banyak juga hadiah sempena minggu terakhir persekolahan daripada anak murid ED. Alhamdulillah! Berikut, antara hadiah yang ED terima (nak buat kenangan dalam blog ini)..

Hari Isnin, ED dapat hadiah tshirt kelas. Murid2 kelas ED berpakat untuk hadiahkan ED tshirt ni.. Sweet kan?

Semalam, ED dapat hadiah tshirt lagi. Alhamdulillah..

Pagi tadi ED dapat hadiah coklat pulak..

ED terima juga kad ucapan ini.. Hehe..

Sambungan..

Kad ucapan lagi..

Komen daripada seorang ibu murid di facebook. Amin.. Hehe..

Terima kasih kepada murid2 yg beri kerjasama kepada ED tahun ni. Tahun ini merupakan pengalaman pertama ED jadi guru kelas tahun 6. Esok keputusan UPSR keluar, ED turut merasakan debarannya. Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah..

(Sembang) Fattah terima teguran penonton drama Playboy Itu Suami Aku

$
0
0
Hai, drama Playboy Itu Suami Aku dikritik penonton setelah hampir seminggu ditayangkan. Ramai yang masih belum terbiasa dengan lakonan Fattah dan Risteena.


Banyak komen negatif dilontarkan di media sosial, tetapi Fattah selaku hero drama tersebut tidak melenting malah berterima kasih di Twitter. Berikut status Twitternya malam ini..

Menurutnya, dia akan belajar daripada kesilapannya..

Pelakon Sharnaaz Ahmad juga berfikiran positif terhadap drama ini. Berikut komennya di instagram tv3 petang tadi..

Komen Sharnaaz Ahmad di instagram tv3

Jadi, berfikiran positif selalu. ED yakin, para pelakon sudah bertungkus-lumus untuk menjayakan drama ini. Kalau kita berada di tempat mereka dan dikritik hebat di media sosial, bagaimanakah rasanya? Fikir-fikirkan.. Udada Ubabye!!



ED: semoga berjaya utk mereka!

(Teaser) Masjid Merlimau Melaka

$
0
0
Hai, balik sekolah tadi ED dan kawan2 terus pergi ke Merlimau Melaka. Sekarang, ED baru sampai di rumah.

Singgah Masjid Merlimau sebelum bergerak pulang.

Nak tahu kenapa? Insha Allah, esok ED cerita ye.. Udada Ubabye!!



ED: selamat malam

(Destinasi) Merlimau Melaka

$
0
0
Hai, semalam ED pergi ke Merlimau Melaka untuk menziarahi kawan sekerja yang telah kehilangan bondanya. ED tak sangka, kawan rapat ED di sekolah juga kehilangan salah seorang orang tuanya pada tshun ini. Sebelum ini, ayah ED meninggal dunia. Semalam, ibu kawan ED pula meninggal dunia

Hanya gambar ini yang ED ambil. Sebelum pulang, kami singgah di Masjid Merlimau ini.

Takziah untuk kawan rapat ED di sekolah. Semoga tabah di samping keluarga. Semalam ED sampai di rumah pada pukul 11.30 malam. Seketika sahaja berada di Melaka. Udada Ubabye!!



ED: dapat rasa apa yg dirasai kawan ED..

(Destinasi) Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai, Melaka

$
0
0
Hai, masih cerita di Melaka. Kelmarin, sebelum balik ke JB, ED dan kawan2 singgah di Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai, Melaka. 

Datang sini untuk makan malam.

Kami makan di sini. Umbai Grill Fish.

Air Milo ais. Semua air sejuk guna gelas besar macam ni. Memang puas!

ED tak sempat ambil gambar makanan sebab nak cepat. Di sana, ED makan ikan pari bakar, tom yam dan siakap steam. Memang sedap! Lebih2 lagi pencicah sambal kicapnya. Udada Ubabye!!



ED: murah juga makan di sana!

(Sembang) Baru nak kena begok..

$
0
0
Hai, semalam teruk juga ED demam. Pakej lengkap, demam, batuk, selesema dan hidung berair. Hari ini, setelah deman kian reda, satu lagi penyakit muncul iaitu begok. Dah besar2 macam ni, baru nak kena begok. Huhu..

Mak suruh letak nila sebagai penawar begok..

ED memang tak pernah kena begok lagi. Orang kata, dalam hidup ini kita mesti kena 2 penyakit iaitu demam campak dan begok. Demam campak ED dah kena masa kecik2 dulu. Doakan ED cepat sembuh ye. Udada Ubabye!!



ED: masih belum sihat lagi..

(Lestary TV3) Sinopsis drama Ku Cinta Kau Seorang

$
0
0
Hai, berikut sinopsis drama Ku Cinta Kau Seorang lakonan Remy Ishak dan Amyra Rosli.

 Remy Ishak sebagai Helmi
 
Sinopsis

Batrisya (Amyra Rosli) yang dibesarkan di dalam keluarga berada, segala permintaan dan kehendak beliau dituruti oleh Dato’ Hisham. Ramai pembantu rumah terpaksa diberhentikan gara-gara kesalahan kecil. Suatu hari, Helmi (Remy Ishak), pekerja di restoran milik Dato’ Hisham telah menegur sikap biadap Batrisya. Hari itu, Batrisya merasakan telah memalukannya. Dia pergi menemui Dato’ Hisham di pejabat semata-mata ingin meminta ayahnya itu memberhentikan Helmi. 

Helmi, anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor kewangan. Dia tinggal bersama-sama neneknya yang sudah tua dan nyanyuk. Kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang amat tinggi, jadi dia terpaksa melakukan banyak kerja. Dia sanggup berhabis wang demi neneknya yang dikasihi, satu-satunya saudara yang dia ada. Bagi Dato’ Hisham, cukuplah beberapa orang gaji terpaksa dia berhentikan tetapi bukan Helmi kerana dia mengenali Helmi seorang anak muda yang rajin dan tidak pernah mempunyai masalah.

Oleh kerana kecewa terhadap ayahnya yang tidak mahu memberhentikan Helmi, Batrisya pergi ke luar negara selama sebulan tanda mogok. Dato’ Hisham yang runsing memikirkan Batrisya pergi menemui rakan baiknya, Rahim untuk meluahkan penyesalan kerana terlalu memanjakan anak perempuannya itu. Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar keluhan Dato’ Hisham, beliau juga memberikan pendapat yang terbaik.   

Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah air. Apabila tiba di hadapan pintu rumahnya, dia amat terkejut melihat papan tanda ‘Untuk Dijual’. Batrisya bergegas ke restoran milik ayahnya, restoran itu juga telah ditutup. Batrisya berjumpa dengan Pak Cik Rahim yang kemudiannya menunjukkan surat mengatakan ayahnya telah muflis dan terpaksa melarikan diri disebabkan hutang-piutang yang banyak.

Di dalam surat itu juga mengamanatkan Batrisya untuk belajar tinggal bersama Helmi dan neneknya. Sebaik sahaja sampai di rumah Helmi dengan alamat yang diberikan, Batrisya seakan-akan tidak percaya bahawa dia harus menghuni di rumah seperti reban ayam. Dia tidak rela dan cuba meminta bantuan kawan-kawan baik yang setia dengannya. Tetapi, apabila dia berjumpa dengan Maya dan Farah, ada sahaja alasan dan mereka tidak mahu menolong. Dia cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa.

Batrisya sangat sedih apa yang menimpa hidupnya dalam sekelip mata. Dia menyalahkan takdir dan sanggup ayahnya meninggalkan dia begitu sahaja. Dia melangkah semula ke rumah Helmi. Helmi memberitahu Batrisya tentang undang-undang di dalam rumah seperti apa yang boleh buat dan apa yang tidak boleh. Batrisya tidak boleh duduk sahaja dan kena menjaga neneknya jika tidak sila keluar daripada rumah ini. Apakah yang bakal berlaku kepada Batrisya seterusnya? (Sumber: TV3)

Saksikan drama ini di slot Lestary TV3. Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

(Sembang) Peristiwa 6 kali cucuk ambil darah

$
0
0
Hai, setelah tak puas hati dengan penyakit yang ED alami selama 3 hari, akhirnya ED pergi ke klinik kesihatan. Betul tak ED kena beguk? Kenapa dada sakit bila batuk (sebelum ni tak pun)? Setakat demam selsema, selalunya ED tak pergi klinik.

Inilah kliniknya..

Lepas nombor giliran dipanggil, terus kena ambil darah. 6 kali cucuk, baru darah dapat diambil. 2 kali tangan kanan dan 4 kali tangan kiri. Kata nurse, darah ED susah nak keluar. First time kena ambil darah. Sakit juga.

Lepas ambil darah, kena tunggu hasil makmal, lepas tu cek tekanan darah dan akhirnya baru dapat tahu sakit apa.

Alhamdulillah, setelah hampir 2 jam berada di klinik, doktor mengesahkan ED demam biasa. Sakit dada tu pun biasa. Dan... ED tak kena beguk la, itu normal jika demam panas. Leher terasa ada biji dan sakit. Lega.. Udada Ubabye!!



ED: tangan lenguh lepas ambil darah..

(Zlurpp!!) Mi Hot Plate Tesco Desa Tebrau

$
0
0
Hai, selepas dari klinik, ED singgah ke Tesco Desa Tebrau. Tujuannya untuk makan. Makanan yg menepati citarasa tekak ED hari ini ialah mi hot plate. Sedap ke tak? Lihat ni..

Mi hot plate Tesco Desa Tebrau. Harga RM6.70. 

Rasanya zlurpp!! juga...

Selalu ED pilih yee mee, hari ni tukar mi kuning pulak.

Jemput makan! 

Alhamdulillah, sedapnya dapat makan makanan berkuah di kala demam begini. Udada Ubabye!!



ED: mi hot plate mengenyangkan..



(TV3 2014) Drama adaptasi novel Cerita Cinta Kita, akan datang..

$
0
0
Hai, ini sebuah lagi drama yang dijangka meletup tahun hadapan di TV3. Tajuknya Cerita Cinta Kita lakonan hebat Nabila Huda. Dengarnya, drama ini adaptasi daripada novel tajuk yang sama. Jom lihat sedikit gambar2 shooting drama ini.

Nabila Huda heroin drama ini. Heronya, Aeril Zafril jika tiada perubahan.

Imej Nabila Huda berambut pendek dalam drama ini..

Liza Abdullah dan Nabila Huda

Nabila Huda, Zarina Zainudin dan Liza Abdullah.

Sekitar shooting menggunakan latar masa zaman dahulu.
Sumber gambar: instagram nabila huda

Nantikan drama terbitan Orangetree Production ini di TV3 pada tahun hadapan. ED tak pasti drama ini dalam slot apa. Udada Ubabye!!



ED: 2014 lebih banyak drama adaptasi novel..

(Sekolah) Makan Malam Akhir Tahun di Hotel Mutiara

$
0
0
Hai, malam semalam sekolah ED mengadakan annual dinner atau makan malam tahunan di Hotel Mutiara. Berikut gambar dan ceritanya.

ED bertolak awal ke sana kerana bertugas sebagai ajk pendaftaran. Tiada tema pakaian untuk dinner semalam.

Sekitar suasana dalam kafe Hotel Mutiara

Pelbagai makanan disajikan seperti nasi berlauk, aneka mi, kek, rojak, buah dan aiskrim. Puas hati!

Alhamdulillah, ED dapat hadiah cabutan bertuah tempat keenam. Nombor ED 006 dan dapat hadiah 6 gelas berkaki ini. Kebetulan, semua angka 6.

Tak banyak gambar yg ED ambil semalam. Makan malam semalam menandakan penghujung sesi bekerja tahun ini. Jumaat ini, ED akan mula bercuti sekolah. Udada Ubabye!!



ED: kenyangnya semalam..

(ED & Braces) Perkembangan setelah 8 bulan pakai braces

$
0
0
Hai, petang tadi ED berjumpa doktor gigi untuk rawatan braces. Seperti biasa, hari ini doktor hanya menukar getah braces sahaja. 

ED memilih getah braces warna biru gelap.

Hari ini doktor kata, gigi atas ED dah rata. Hanya menunggu gigi bawah tersusun rata sahaja. Gigi bawah ED memang lambat bergerak sebab doktor tak cabut gigi bawah sebelum ini. Ini kerana, ED dah takde gigi geraham bawah kiri dan kanan. Doktor kata lagi, kalau gigi bawah tak rata2 juga, mungkin 2 batang gigi atas akan dicabut lagi. Oh tidak!! Udada Ubabye!!



ED: semoga gigi ED tak dicabut lagi...

(Akasia TV3) Izzue Islam hero drama Aku Isterinya, akan datang 2014..

$
0
0
Hai, hero drama Aku Isterinya telahpun diketahui. Izzue Islam akan menjadi hero dalam drama tersebut bergandingan dengan Anzalna. 

Anzalna dan Izzue Islam

Drama Aku Isterinya adaptasi daripada novel Aku Bukan Mistress karya Acik Lana. Drama tersebut akan ditayangkan selepas drama Ariana Rose di slot Akasia TV3 2014. Insha Allah.. Terima kasih kepada pembaca blog EDtv yang memberikan sumber ini. Udada Ubabye!!



ED: nantikan!


(Samarinda TV3) Gambar-gambar shooting drama Istidraj Cinta

$
0
0
Hai, drama Istidraj Cinta akan menggantikan drama Terukir Di Bintang pada bulan depan. Jika tiada pindaan, drama Istidraj Cinta akan ditayangkan pada..

Rita Rudaini dan Johan Asari sebagai pelakon utama

Jom lihat lagi gambar2 shooting drama Istidraj Cinta di bawah ini..

Johan Asari kini bergandingan dengan Rita Rudaini

Ada kimia tak?

Johan, Rita dan Murali Abdullah (pengarah)

Johan Asari, Ifa Raziah dan Rita Rudaini

Ifa Raziah sebagai emak Johan Asari

Babak di hospital

Ifa Raziah dan Johan

Saksikan mereka mulai 11 Dis ini di TV3..
Sumber gambar: instagram rita rudaini dan ifa raziah.

Nantikan drama Istidraj Cinta dalam slot Samarinda penutup tahun 2013 di TV3. Udada Ubabye!!



ED: macam best je..
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live