(Sekolah) Perlawanan bola tampar 2014
(Sembang) Komen pembaca tentang drama Aku Isterinya TV3
(Sembang) Waktu siaran slot Samarinda & Drama Eksklusif TV3
(Zehra TV3) Drama Selamat Pengantin Madu, akan datang...
(Corat-coret) ABPBH 2013 Magis Alam memang magic!
Artis Baru Lelaki Popular - Achey
Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim
Artis Komedi Wanita Popular – Jihan
Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan
Gandingan Serasi Di Layar – Zara Zya & Azlee Khairi
Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza
Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan
Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa.
Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan
Artis Komedi Lelaki Popular – Jepp
Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali
Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Penyanyi Wanita Popular - Stacy
Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari
Aksi YouTube Paling Popular – Mat Luthfi
Anugerah Bintang Paling Popular 2013 – Aaron Aziz
(Raya TV3) Telemovie Yes Boss! Raya akan datang...
(Sembang) Cerita coklat Hershey's Cookies n Cream
(Sembang) Pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain mengandung anak kembar
(Sembang) Permohonan master berjaya
(Akasia TV3) Drama Teman Lelaki Upahan, akan datang dan jom cadangkanpelakon utamanya!
(ED & Braces) Masih pakai power chain
(Sembang) Syarul Ridzwan dan Zara Zya, hero dan heroin cadanganterbanyak untuk drama Teman Lelaki Upahan TV3
(Sembang) Persiapan menjaga 5 ekor anak kucing yang kehilangan ibu
(Sembang) Fenomena biskut Oat Chocho
(Sembang) Cara menyimpan plastik supaya kemas
(Drama Eksklusif TV3) Sinopsis drama Cerita Cinta Kita
Drama bersiri yang berlatar-belakangkan tahun 80-an ini menyingkap sebuah cinta agung antara Adam (Aeril Zafrel) dan Salmah (Wawa Zainal). Semarak cinta mereka bermula ketika Adam berumur 24 tahun manakala Salmah berusia 19 tahun sehingga ke usia tua walaupun mereka berdua terpaksa mengharungi pelbagai dugaan untuk bersatu.
Keluarga Salmah membantah hubungan cinta mereka kerana perbezaan darjat. Ketika itu, Salmah sedang menuntut di sebuah Maktab Perguruan. Dalam usaha untuk memisahkan Adam dan Salmah, keluarga Salmah telah membawa Salmah pulang dari Teluk Intan, Perak ke Kuala Lumpur. Adam dan Salmah telah menulis surat untuk terus berhubung tetapi sayangnya surat-surat tersebut telah ditahan dan disimpan oleh ibu Salmah, Melati.
Lima tahun berlalu tanpa khabar berita tetapi Adam tetap merindui dan mencintai Salmah. Salmah pula menganggap Adam telah melupakannya. Dia yang kini bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital telah dijodohkan dengan Dr. Khairudin (Dazrin Kamarudin). Ibu Salmah, Melati gembira dan lega selepas Salmah berkahwin dengan Dr. Khairuddin kerana ia bukan sahaja memberi jaminan masa depan kepada Salmah tetapi juga membantu menyelesaikan kemelut kewangan keluarga mereka selepas ayah Salmah meninggal dunia.
Adam telah bekerja keras demi membeli rumah pusaka yang diidami oleh Salmah. Selepas itu, Adam berusaha mencari Salmah di Kuala Lumpur namun dia sungguh kecewa apabila mengetahui hakikat bahawa Salmah telah berkahwin. Salmah pula menjumpai surat-surat Adam yang disimpan oleh ibunya dan akhirnya faham kenapa dia tidak menerima khabar berita daripada Adam selama ini.
Adam membuat keputusan untuk menjual rumah pusaka tersebut. Dia tidak menyangka bakal pembeli rumah itu ialah Dr. Khairudin dan Salmah. Salmah telah memberitahu Adam apa yang telah dilakukan oleh ibunya terhadap mereka. Pertemuan Adam dan Salmah semula telah memberikan harapan kepada Adam. Mereka kembali berhubung tetapi menjaga batas pergaulan.
Dr Khairudin yang marah dengan hubungan Adam dan Salmah telah bergaduh dengan Salmah dalam perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur. Kereta mereka terbabas. Dr Khairudin terbunuh manakala Salmah pula koma. Kematian Dr Khairudin juga membongkar rahsia bahawa dia telah berkahwin dengan Rokiah dan mempunyai 2 anak.
Salmah kini hilang tempat untuk bergantung. Demi cinta, Adam telah memindahkan Salmah yang mengalami amnesia ke pusat jagaan malah Adam juga terpaksa berulang alik dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur untuk menjaga Salmah. Adam mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Salmah pada usia hampir lewat 30an.
Namun kebahagiaan yang dinikmati oleh Adam dan Salmah tidak berpanjangan kerana ingatan Salmah semakin merosot. Adam terpaksa mengulang setiap kisah yang mereka pernah lalui bersama setiap hari kepada Salmah. Mungkinkah satu hari nanti, Salmah akan lupa siapakah Adam dalam hidupnya? (Sumber: facebook Galaksi Media)
(Tonton) Kenali 14 personaliti bola sepak tempatan dalam Kaki Bola UpClose & Personal
KUALA LUMPUR, Rabu, 4 Jun 2014 – Media Prima Digital (MPD), Kumpulan Media Digital No. 1 di Malaysia kini menawarkan sebuah siri original Tonton yang menampilkan 14 pemain bola sepak tanah air berkongsi pengalaman suka-duka mereka sebelum berjaya menempah nama di arena sukan Malaysia. Merupakan sebuah program sukan pertama dipertonton untuk platform atas talian, ‘Kaki Bola Up Close & Personal’ berjaya mengumpulkan barisan hebat pemain muda yang kini mewarnai pentas bola sepak tempatan berkongsi kehidupan seharian mereka di luar padang sebagai seorang anak, suami, bapa dan karier sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
TARIKH TAYANGAN: 27 MEI 2014 – 10 JULAI 2014
MASA: SELASA & KHAMIS, 12 TENGAH HARI
BILANGAN EPISOD: 14 EPISOD
DURASI: 15 MINIT
GENRE: SUKAN / GAYA HIDUP
BAHASA: BAHASA MALAYSIA
TERBITAN: SOOTHINGEARS PRODUCTION
Antara 14 pemain terlibat termasuk nama besar seperti Khairul Fahmi Che Mat, Irfan Fazail, Azizi Matt Rose, S. Subramaniam, Safee Sali, Aidil Zafuan, Zamir Selamat dan ramai lagi.
Ketahui kisah mereka di luar padang, bermula semenjak kecil sehinggalah berumah-tangga, pengalaman menimang cahaya mata dan penerimaan isteri serta keluarga apabila mereka menceburi arena sukan bola sepak tanah air. Ketahui juga perjalanan karier mereka sepanjang bergelar pemain bola sepak dan suka-duka mereka menghadapi peminat tegar yang mengkritik serta mencemuh pasukan mereka apabila kalah dalam sesuatu perlawanan. Pelbagai cabaran dan saat getir ditempuh mereka sebelum bergelar wira pasukan!
Senarai lengkap personaliti bolasepak tempatan:
Nama Negeri Kelahiran Pasukan
1. Irfan Fazail Johor JDT 1
2. Norfarhan Muhammad Terengganu Terengganu FA
3. Khairul Fahmi Che Mat Kelantan Kelantan FA
4. Rafiuddin Rodin Pulau Pinang Pulau Pinang FA
5. Muhammad Al Hafiz Hamzah Kedah JDT 1
6. Azizi Matt Rose Perlis JDT 1
7. S. Subramaniam Perak JDT 1
8. Azamuddin Akil Pahang Pahang FA
9. Joseph Kalang Tie Sarawak Sarawak FA
10. Safee Sali Selangor JDT 1
11. Aidil Zafuan Negeri Sembilan JDT 1
12. Zamir Selamat Kuala Lumpur Selangor PKNS
13. Saiful Mustafa Melaka Melaka FA
14. Rozaimi Abdul Rahman Sabah Sabah FA
Jangan tunggu lagi, layari www.tonton.com.my hari ini menerusi komputer atau peranti pintar (iOS dan Android) untuk mendaftar dan terus menonton! Pendaftaran adalah PERCUMA. Untuk maklumat lanjut mengenai Tonton ‘Kaki Bola Up Close & Personal’, layari www.tonton.com.my . Udada Ubabye!!
ED: demam FIFA world cup semakin hampir
(Sembang) Cara supaya ink printer Canon MP198 keluar dengan terang
2. Tekan butang maintenance sehingga keluar huruf Y.
3. Ink tak keluar sebab ink tak disedut sampai ke katrij. Jadi, seterusnya tekan butang warna yang mahu disedut. Kalau wana hitam tak keluar, tekan butang black.
4. Biarkan huruf Y tadi bertukar menjadi nombor 0 yang berpusing-pusing.
5. Selepas berpusing2 dan berubah menjadi nombor 1, mulakan sesi mencetak seperti biasa.
6. Hasilnya cetakan yang memuaskan. Jika tidak oke, ulangi balik langkah 1-4 tadi.
Terima kasih kepada Scrapbelog kerana berkongsi cara ini. Alhamdulillah, ink hitam printer ED dah keluar seperti biasa malah terang lagi warnanya. Cuma yang warna je tak nak keluar sebab memang dah rosak lama dah. Hehe.. Yang penting ink hitam ada, okelah. Udada Ubabye!!
ED: selagi boleh betulkan, kita betulkan...