Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live

(Samarinda TV3) Drama Bencinta, akan datang..

$
0
0
Hai, nantikan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Siti Saleha lagi dalam slot Samarinda 2014 di TV3. Mereka akan berlakon bersama lagi dalam drama terbaharu Zeel Production, Bencinta. Tahun lepas, mereka bergandingan dalam drama Ruby.

Sharnaaz Ahmad dan Siti Saleha.

Menurut pengarah drama ini, Shuhaimi Lua, drama ini akan menjalani penggambaran pada bulan September nanti. Kiranya, ini maklumat awal untuk anda. Udada Ubabye!!



ED: Siti Saleha akan muncul dulu dalam drama Jangan Pergi Ramadan di TV3..

(Destinasi) Berkelah di Tanjung Balau

$
0
0
Hai, hari ini Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong XIV, Seri Paduka Baginda Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah. Cuti umum hari ini, ED sekeluarga pergi berkelah di Tanjung Balau pagi tadi. Tak nak cerita banyak dulu sebab disebalik gambar di bawah ini, ada ceritanya..

 Tanjung Balau

Cantiknya ciptaan Tuhan..

Di satu sisi, ada tempat yang amat menenangkan..

Di satu sisi lagi, ada tempat manusia bermain dan bermandi-manda.

Jom ikut ED jalan2 di persisiran Tanjung Balau.

Mula-mula, tak sah kalau tak naik atas batu tanjung ni..

Di sebalik batu ini, dapat dilihat ramai orang bermandi-manda hari ini di sini.. Meriah!

ED tak mandi pun, cuma tengok orang-orang mandi sahaja..

Tak mandi takpe, masih boleh main air lagi.. ED takde mood nak mandi pantai hari ini..

Main air. Hahaha..

Kejernihan airnya membolehkan kita melihat rumpai laut dan ikan2 kecil..

Namapun tanjung, mestilah banyak batu-batu terhakis di pantai ini. Damai je rasa tengok laut..

Nah, tengok apa yang ED tengok tadi. Damai tak perasaan anda?

Sebelum naik ke pesisir balik, ED main ombak dulu..

Sambil makan makanan yang dibawa, sambil tengok layang2 berterbangan di atas kepala. Indahnya..

Sebelum bertolak pulang, ED menikmati aiskrim calung ini yang dah lama sangat ED tak makan.

Sebelum ED balik ke rumah, ED singgah di sebuah lagi pantai yang berdekatan dengan Tanjung Balau. Nantikan kisahnya esok ye.. Udada Ubabye!!



ED: cuti sekolah pergi berkelah di tempat yang dekat sahaja..

(Destinasi) Singgah sebentar di Pantai Desaru

$
0
0
Hai, semalam selepas dari Tanjung Balau, ED singgah ke Pantai Desaru pula. Perjalanan lebih kurang 10 minit sahaja dari Tanjung Balau.

Pantai Desaru, Johor

ED hanya singgah dan jalan2 sahaja di sini..

Macam biasa, tengok pantai sahaja. Menurut kajian, melihat pantai boleh mengurangkan stress..

Takde batu pantai, bergambar dengan pasir pantai pun jadi la..

Itulah semalam 2 tempat yang ED sekeluarga pergi. Tempat tersebut pilihan emak, jadi ED bawa je la.. Udada Ubabye!!



ED: Cuti sekolah tinggal seminggu je lagi..

(Sembang) 2 benda yang ED bawa bila ke pejabat pos

$
0
0
Hai, sebelum ke pejabat pos, ED nak kongsi 2 benda yg ED bawa untuk pos surat2 ini..  Selain itu, ED nak bayar bil2 rumah baharu ED di sana.

Pen dan gam. Mana tahu berguna di pejabat pos.

ED bawa pen untuk awasan sahaja, manakala gam untuk melekatkan setem. Sebelum ini, ada pejabat pos dlm sebuah pasaraya yang tidak menyediakan gam atau air dlm span, jadi ED terpaksa pergi ke sinki medan selera utk lekatkan setem. Nak guna air liur, malu... Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: bila nak pakai setem, baru beli..


(Cerekarama TV3) Sinopsis telemovie Hari Bapa, Beruk Tok Ayah

$
0
0
Hai, Sabtu ini 14 Jun 2014, jangan lupa saksikan sebuah telemovie terbaik sempena hari bapa dalam Cerekarama TV3. Tajuknya, Beruk Tok Ayah lakonan hebat daripada 3 orang pelakon lelaki yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik  iaitu Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham dan Shafie Naswip. Tak lupa juga lakonan seekor beruk yang bijak. Mesti tengok ni.

Para pelakon Beruk Tok Ayah
 
Berikut sinopsisnya..

Sinopsis:
Mengisahkan Tok Ayah (Wan Hanafi Su) yang hidup keseorangan selepas kematian isterinya. Beliau hanya ditemani beruk kesayangannya yang digelar Comel. Comel dijadikan sebagai punca pendapatan mengambil upah memetik kelapa.

Tok Ayah mempunyai seorang anak, Hisham (Zamarul Hisham), namun anaknya jarang menziarahinya.

Hisham yang sudah beristeri dengan Junaidah (Intan Ladyana) leka berjudi laga ayam. Dia cukup memusuhi beruk ayahnya yang dianggap membawa sial kepada dirinya. Hisham menganggap kerana Beruk kesayangan ayahnya itulah, menyebabkan ayahnya enggan menjual tanah pusaka untuk membantunya membayar hutang. Beruk itu juga dianggap penyebab kematian ibunya yang dilanggar keretapi.

Tok Ayah disamping mengambil upah memetik kelapa dia juga adalah tokoh dikir barat. Dalam dunia Dikir, Tok Ayah dimusuhi Jusoh (Azhan Rani), seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden dalam persembahan dikir. Jusoh juga memusuhi Hisham yang telah merampas Junaidah, bekas kekasihnya yang telah berkahwin dengan Hisham.

Tok Ayah mempunyai seorang anak angkat, Syukor (Shafie Naswip), seorang pelajar university dan dia bersama kekasihnya Lia, penggiat Mak Yong (Keena Mentor) merancang membuka Sekolah Beruk untuk ayahnya.

Tok Ayah yang terpaksa mengajar dikir barat di Bandar menyuruh Syukor, menjaga beruk sepanjang ketiadaannya. Namun beruk itu telah dijual oleh Hisham untuk mendapatkan duit bagi membayar hutang. Tok Ayah cukup terkesan dengan perangai Hisham yang sanggup menjual beruk yang telah banyak berbudi kepada mereka sekeluarga. Namun, beruk itu telah ditebus balik oleh Syukor.

Jusoh menggunakan tipu helah untuk melaga-lagakan Hisham dan ayahnya apabila berpakat dengan bomoh agar Hisham membunuh beruk kesayangan ayahnya bagi mengubati penyakit ‘badi beruk’ anak Hisham yang baru dilahirkan .

Hasrat Hisham untuk membunuh beruk itu dibantah keras ayahnya dengan membuka kembali kisah jasa-jasa beruk itu kepada keluarganya dan kisah disebalik kematian ibunya. Tok Ayah akhirnya merelakan beruk itu dibunuh jika itu kehendak anaknya, tetapi belum sempat Hisham membunuh Comel, Comel telah diracun oleh Jusoh.

Tok Ayah yang cukup terkesan dengan peristiwa itu mengambil masa yang lama untuk melupakan Comel. Dihari pembukaan, Sekolah Beruk yang diusahakan Syukor dan Lia, Hisham membuat kejutan dengan membawakan Comel kembali kepada ayahnya. Rupa-rupanya, Comel berjaya diselamatkan oleh Tok Anjang  dari mati diracun dan Hisham merahsiakan perkara itu dari ayahnya.

Akhirnya, Hisham sedar tentang pengorbanan ayahnya dan Beruk Comel kepada dirinya dan keluarganya. Beruk Comel merenggangkan hubungan ayah dan anak pada mulanya, namun Beruk Comel jugalah yang menyatukan kembali kasih sayang seorang anak kepada ayahnya.

Bagaimana? Menarik bukan? Tambah menarik lagi, lokasi penggambaran ini dilakukan di Kelantan dengan memaparkan budaya masyarakat Kelantan. Selain 3 pelakon lelaki utama tersebut, Intan Ladyana, Keena Mentor dan Azhan Rani turut berlakon dalam telemovie ini. Jom lihat antara gambar2 shooting telemovie ini.


Jadi, saksikan Beruk Tok Ayah arahan Shuhaimi Lua dalam Cerekarama minggu ini. Udada Ubabye!! 



ED: mesti tonton ni sebab ada beruk berlakon sekali. Hehe..
 

(Raya TV3) Ema Emyliana Raya, akan datang..

$
0
0
Hai, sebenarnya ED layan juga drama Ema Emyliana di TV3. Nak bagitahu ni, Raya nanti ada Ema Emyliana Raya di TV3.

Para pelakon, Eyka Farhana, Harris Alif dan Erynn Erynna (kini dia memang dah bertudung)

ED tak kira drama apa, kalau jalan ceritanya oke, ED layan aje. Nantikan sajian terbaik raya di TV3. Udada Ubabye!!



ED: suka cerita pelakon yg pegang 2 watak ni..

(Sembang) Pengaruh watak jahat Heidi dan Zawati dalam drama

$
0
0
Hai, kalau anda tengok drama Temptation of Wife dan Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3, mesti anda akan rasa benci & geram dgn 2 watak ni.. Petang geram, malam pun geram dgn drama ini. Hehe..

Glaiza De Castro sebagai Heidi

Nadia Aqilah sebagai Zawati

Kalau anda rasa geram & benci dgn mereka, bermakna lakonan mereka menjadi. Tidak mudah untuk mempengaruhi perasaan penonton dalam drama. Bila ada watak jahat macam ni, barulah seronok tengok sesebuah drama. Jujur, ED tak tengok drama filipina Be Careful With My Heart sebab takde watak jahat. Udada Ubabye!!



ED: dulu minat watak Sahara dalam Manjalara.

(Azalea Ramadan TV3) Sinopsis drama Menantu 10 Ribu

$
0
0
Hai, inilah drama Ramadan untuk slot Azalea TV3. Tajuknya Menantu 10 Ribu lakonan Fizz Fairuz dan Reen Rahim serta ramai lagi. 

Fizz Fairuz dan Reen Rahim

Berikut sinopsis drama komedi ini..

Sinopsis:

Drama romantik komedi ini mengisahkan tentang kehidupan Ikhwan (Fizz Fairuz) yang sentisa komited dalam menguruskan empayar perniagaan milik keluarganya sehingga tiada masa untuk mencari pasangan hidup. 

Meskipun begitu, Ikhwan menjadi dambaan ramai wanita kerana rupa parasnya yang kacak dan kekayaan yang dimilikinya. Mona (Salwa Md Razak) merupakan salah seorang wanita yang tidak pernah berputus asa untuk mendampingi Ikhwan. Mona yakin dia akan menjadi isteri Ikhwan kerana dia mempunyai hubungan yang rapat dengan kakak ipar Ikhwan, Azah Suaymi. 

Sementara itu, Ikhwan berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaan keluarganya dengan membeli tanah di sebuah kampung untuk membuka kilang. Selepas mendapat sokongan dari ayahnya, Datuk Musa (Cat Farish), Ikhwan segera bergerak ke kampung bekas pemandu ayahnya untuk membeli tanah disitu. 

Kehadiran Ikhwan di kampung itu telah disambut baik oleh Haji Yaakob, bekas pemandu ayahnya. Kemudian, Haji Yaakob (Zack Taipan) membawa Ikhwan bertemu Alang Zulkifli Mohd Salleh yang sememangnya memiliki sebidang tanah. Sesampainya di rumah Alang, pandangan Ikhwan tertumpu pada Umairah yang merupakan salah seorang anak dara Alang. Ikhwan terpegun melihat kerajinan Umairah (Reen Rahim) serta sikap pembersih gadis itu. 

Hajat Ikhwan untuk membeli tanah di kampung itu telaksana juga apabila Alang bersetuju untuk menjual tanah kepada Ikhwan. Ikhwan membuat keputusan untuk berada dii kampung bagi memberi tumpuan kepada pembangunan kilangnya. Dia juga mula berkawan dengan Umairah. Gadis itu juga seing membantu Ikhwan dalam menyediakan juadah berbuka puasa. 

Ikhwan senang berkawan dengan Umairah. Apabila Ikhwan jatuh sakit, Umairah kerap menziarahinya di rumah Haji Yaakob sehingga sembuh. Ikhwan terasa terhutang budi pada Umairah kerana mengambil berat tentang dirinya. Dari saat itu, mula lahir bibit cinta di antara Umairah dan Ikhwan. Mona mula mencurigai Ikhwan kerana jarang berada di bandar. Lalu, Mona pergi mencari Ikhwan yang berada di kampung. Mona terus marah apabila ternampak kemesraan di antara Ikhwan dan Umairah. Mona mula merancang pelbagai cara untuk menjauhkan mereka berdua. 

Sementara itu, Ikhwan meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Umairah. Keluarga Ikhwan terkejut apabila mendapat tahu Ikhwan sudah mempunyai calonnya sendiri. Apakah yang akan terjadi selepas itu?

Adakah hasrat Ikhwan untuk menikmati kebahagian bersama Umairah akan tercapai? Berjayakan Datuk Musa mendapat menantu pilihannya? Apakah rancangan Mona untuk merosakkan hubungan Ikhwan dan Umairah? (Sumber: infotaip http://ping.busuk.org/v/825682/drama-menantu-sepuluh-ribu.html )

Saksikan drama ini pukul 4.00 petang mulai 16/6/2014 di TV3. Tengok iklan, Reen Rahim asyik lari sahaja apabila Fizz Fairuz datang ke rumahnya. Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

(Sembang) Drama-drama Ramadan TV3

$
0
0
Hai, inilah drama2 Ramadan TV3 pada tahun ini.. Suka tak?


Biasanya, TV3 akan menyajikan drama2 khas sempena Ramadan. Kalau anda suka drama romantik, boleh tengok slot Akasia, Rindu Awak 200%. Kalau suka drama komedi, boleh layan Menantu 10 Ribu slot Azalea. Drama pilihan ED ialah Ramadan Jangan Pergi sebab jalan ceritanya sedih. Udada Ubabye!!



ED: Ramadan hampir tiba..

(Gambar) Babak perkahwinan Fahrin Ahmad dan Sara Ali dalam drama MJATSTV3

$
0
0
Hai, drama adaptasi novel Acik Lana, Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) semakian giat menjalani penggambaran. Jom lihat gambar2 babak perkahwinan antara Fahrin (Luqman) dan Sara Ali (Melina) dalam drama ini. Rasanya babak ini akan menjadi perhatian ramai dalam drama ini. Nampak seperti majlis perkahwinan sebenar!


















Sumber gambar: instagram azrulchomel, ikanabella

Ha, dah terasa tak kehangatan drama ini? Nantikan tayangan drama ini pada Ogos 2014 di TV3. Udada Ubabye!!



ED: babak perkahwinan mewah

Salam Nisfu Syaaban

$
0
0
Assalammualaikum. ED nak ucapkan Salam Nisfu Syaaban kepada semua umat Islam.


Semoga amalan kita diterima oleh Allah. Udada Ubabye!!



ED: Nisfu Syaaban ialah pertengahan bulan Islam, Syaaban

(Mi Casa) Tak boleh tinggalkan rumah sebulan lagi..

$
0
0
Hai, hampir sebulan ED tak jenguk ke rumah baharu. Semalam pergi, inilah jadinya..

Kawasan bertanah di halaman rumah ditumbuhi pokok2 yg tidak diundang dan rumput semakin panjang. Habis bersemak di halaman rumah. Dalam gambar tu, ada pokok nangka EDnyang semakin membesar.

Ini kawasan luar pagar. Pun bersemak juga..

Aktiviti ED semalam sudah tentu mencabut pokok2 yang tidak diundang tu. Walaupun tanah sekangkang kera, namun penat tetap dirasai. Pengajarannya, tidak boleh tinggalkan rumah sebulan lagi. Kena datang paling tidakpun, 2 minggu sekali. Udada Ubabye!!

Yeayy!! Pokok nangka ED yang di luar pagar semakin membesar. Alhamdulillah.



ED: jangan suka sangat beli rumah baharu, kena fikir juga kebersihannya..


(Raya TV3) Telemovie Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya, akan datang..

$
0
0
Hai, inilah antara telemovie yang ditunggu ramai pada Syawal nanti di TV3. Telemovie Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya, lanjutan daripada drama SSID yang popular tahun lepas.

Tiz Zaqyah dan Izzue Islam selaku teraju utama

Semalam, ED ada tanya penulis novel ini tentang telemovie tersebut di twitter..


Jadi, nantikan SSID Raya pada Syawal ini di TV3. Jangan raya nanti, melekat depan tv udah ler... Sebab banyak sangat rancangan best di tv3. Udada Ubabye!!



ED: memang famous amous drama SSID ni..

(Sembang) Hidup Itu Pengorbanan - Datuk Chef Wan

$
0
0
Hai, sementara tunggu nak pergi Solat Jumaat tadi, ED tertengok Wanita Hari Ini di TV3. Kagum ED tengok prinsip hidup Datuk Chef Wan yang menjadi salah seorang jemputan dlm rancangan tersebut.

Datuk Chef Wan

Menurut Datuk Chef Wan tadi, apa yg ED ingat, prinsip beliau ialah "hidup itu pengorbanan". Biasanya, pendapatan bulanan beliau akan diagihkan dahulu kepada bekas isteri, adik ipar yang memerlukan bantuan, orang gaji, emak orang gaji di kampung, masjid, anak yatim dan akhir sekali, barulah beliau memikirkan tentang keperluan dirinya. Apa yg ED faham, jika ada rezeki, jangan takut untuk bersedekah kepada orang yg memerlukan. Udada Ubabye!!



ED: memberi inspirasi...

(Eksklusif) Syarul Ridzuan dan Zara Zya bukan pelakon utama drama TemanLelaki Upahan TV3

$
0
0
Hai, ED nak khabarkan berita kurang baik bagi peminat Zara Zya dan Syarul Ridzuan yang mengharapkan mereka menjadi hero & heroin drama adapatasi novel terbaharu, Teman Lelaki Upahan di TV3. Nak tahu kenapa? Kena baca entri ini sehingga selesai. Malam semalam, panjang juga ED berbual dengan pengarah drama tersebut, Azma Aizaal Yusoof di Twitter. Berikut adalah gambaran pelakon Teman Lelaki Upahan mengikut bayangan pengarah.

Nadia Aqilah sebagai Kyra Lydia, Aqasha sebagai El, Izara Aishah sebagai Zara, Fattah Amin sebagai Haidar dan Jasmin Hamid sebagai Datin Izzati.

Petikan twitter Azma, malam semalam..

Inilah alasan pengarah, kenapa Zara Zya dan Syarul Ridzuan tidak akan berlakon dalam drama tersebut..

Nampak tak, jadual kerja Zara dan Syarul tidak mengizinkan mereka berada dalam drama ini..

Berdasarkan perbualan ED semalam, Azma Aizaal Yusoof berterima kasih kepada anda semua yang telah memberi cadangan pelakon utama. Dia amat menghargai cadangan anda, tetapi jadual Zara Zya dan Syarul Ridzuan tidak mengizinkan. Kalau betul pelakon drama tersebut seperti gambaran pengarah, ED oke aje. ED percaya akan kredibiliti Azma Aizaal Yusoof. Sebelum inipun, ramai yang tidak setuju dengan Amar Baharin jadi watak utama drama KTAR, last2 serasi pulak Amar dengan Izreen kan? Ramai yang suka. Udada Ubabye!!



ED: jangan nilai daripada pandangan pertama..

(Eksklusif) Pendapat penulis novel Zuera Rasiddin tentang pemilihanpelakon drama Teman Lelaki Upahan TV3

$
0
0
Hai, semalam ED sempat bersembang ala2 interview penulis novel Teman Lelaki Upahan tentang isu pemilihan pelakon drama adaptasi Teman Lelaki Upahan yang tidak disenangi ramai penonton. Apa agak2nya pendapat penulis novel tersebut, berikut jawapan Zuera Rasiddin.

Penulis novel Teman Lelaki Upahan, Zuera Rasiddin
Sumber gambar: instagram @zuerarasiddin

Ini jawapan penulis.. Yang pasti, Zuera yakin kpd pengarah tentang pemilihan pelakon drama ini..

Ini pesanan penulis kepada anda yang bakal menyaksikan drama adaptasi novel hujung tahun 2014 dalam slot Akasia TV3. Fikir positif & doakan kejayaan drama ini.

Kepada anda yang masih tidak berpuas hati, apa kata anda tunggu sehingga drama ini siap. Jangan cepat kata, tak nak tengok lah atau sebagainya sebab belum tengok belum tahu. Terima kasih kpd Zuera Rasiddin yg sudi menjawab soalan2 ED di Twitter semalam. Udada Ubabye!!



ED: fikir positif, hasilnya positif juga..

(Sembang) Kerana cuai, aku relakan...

$
0
0
Hai, pagi tadi ED ada kursus di Chaah Segamat. 

Di bilik mesyuarat

Sewaktu nak bertolak balik ke JB, ED nak buka pintu kereta dengan menggunakan alarm tetapi tak boleh. Alamak, tak kan bateri kereta habis? Bila ED periksa, ED lupa tutup lampu kereta pagi tadi. Habis bateri kereta ED dah kong.. Selamat ada seorang akak ni tolong bawa ED cari bantuan, selepas itu ada cikgu berbangsa Cina tolong pinjamkan jumper. Akak yang tadi pulak pinjamkan bateri kereta dia untuk dijumper ke kereta ED. Alhamdulillah, masalah kereta selesai. Kerana cuai, ED relakan kejadian ini berlaku. Pengajarannya, jangan cuai lagi tutup lampu kereta. Dah 2 kali dah ED mengalami situasi seperti ini. Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah, dapat bantuan segera tadi..

(OST) Lagu tema drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Egoismu - Liza Hanim

$
0
0
Hai, eksklusif di blog EDtv ni.. Ini dia lagu tema drama adaptasi novel, Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Akan datang di slot Akasia TV3 pada Ogos nanti. Lagu tema drama ini bertajuk egoismu nyanyian mantap Liza Hanim. Lagu ini dicipta khas untuk drama yang dijangka meletup ini..

 Liza Hanim
Sumber gambar: ABPBH2013

Jom dengarkan lagu Egoismu, nyanyian Liza Hanim. Bila dengar lagu ni, automatik kita akan teringat kembali zaman kegemilangan Liza Hanim dulu..


Bagaimana? Dah terasa tak kehangatan nak menonton drama ini? Nantikan drama berbajet besar ini di TV3. Udada Ubabye!!



ED: Liza Hanim kembali!

(Kucing) Akhirnya, anak Bella tinggal seekor!

$
0
0
Hai, hari ini ED nak cerita tentang anak-anak kucing yang kehilangan ibunya Bella. Jaga punya jaga, akhirnya anak kucing Bella yang mulanya ada 5 ekor, tinggal seekor sahaja. Seminggu selepas ED beli susu kucing, seekor anak kucing mati, selang 2 minggu, seekor lagi mati. Kelmarin, 2 ekor anak kucing mati. Sedihnya tengok seekor anak kucing yang tinggal itu. Dulu tidur berlima, sekarang tidur seekor diri. Huhuhu..

Gambar ini ED ambil 2 hari lepas. ED cari seekor anak kucing yang tinggal tu di dapur, tapi tak jumpa. Dalam sangkarnya pun tak jumpa. Rupa2nya anak kucing itu sedang tidur di dalam sangkar buruk ini. Mungkin kucing itu sedang bersedih dan ingin menenangkan diri di dalam sangkar buruk ini. Mungkin kucing itu tak mahu masuk ke dalam sangkarnya kerana tak mahu teringat adik beradiknya yang pernah hidup bersamanya dulu (perasaan ED je..) Sedih la tengok anak kucing ni..

Selamat di rumah ED masih ada 5 ekor kucing lagi. Bolehlah anak kucing yang sekor ni berkawan dengan kucing2 yang lain. Di antara 5 ekor kucing tu, hanya 2 ekor kucing sahaja yang baik kepada anak kucing ini. Takpe, yang penting anak kucing ini tidak kesepian. Sejak anak kucing ini tinggal seekor, dia tidak dikurung di dalam sangkar. Anak kucing itu kini manja kepada orang2 dalam rumah ED. Udada Ubabye!!



ED: kesian tengok anak kucing yang seekor ni...

(Samarinda TV3) Sinopsis drama Ramadan Jangan Pergi

$
0
0
Oh, rupanya TV3 menggunakan tema Ramadan yang sama pada tahun lepas iaitu Seindah Ramadan untuk tema Ramadan tahun ini. Jom lihat sinopsis drama Samarinda Ramadan pada tahun ini iaitu Ramadan Jangan Pergi.

Siti Saleha sebagai Farah, Fir Rahman sebagai Johan dan Lufya sebagai Nadia.

Sinopsis:

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.

Menarik bukan? Saksikan drama 15 episod ini bermula 25/6/2014 di TV3. Udada Ubabye!!



ED: drama sedih ni..
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live