Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live

(Lagu pilihan) Seluruh Cinta, Datuk Siti Nurhaliza feat Cakra Khan

$
0
0
Selamat pagi. Anda dah dengar belum lagu terbaharu duet Datuk Siti Nurhaliza dan Cakra Khan, Seluruh Cinta. Best lagu ni!

Datuk Siti Nurhaliza dan Cakra Khan


Best kan? Tunggu dimainkan di corong2 radio Malaysia ye.. Udada Ubabye!!


ED: lagu ni dirakamkan di Indonesia

(Jom Kenal) Aziz Harun penyanyi lagu Senyum

$
0
0
Mula-mula dengar lagu Senyum, ED tertanya-tanya siapa penyanyi lagu ini. Lagunya sedap dan mendamaikan telinga yang mendengar. Semalam dalam Carta Era, Carta Suria FM dan Carta Hot 30 Hot FM, artis jemputan ketiga-tiga stesen radio tersebut telah menjemput penyanyi lagu Senyum ini untuk ditemubual.

Inilah penyanyinya, Aziz Harun berasal dari Brunei dan baru berumur 16 tahun.


Aziz Harun minat bermain gitar dan setakat ini penyanyi ini akan mencipta lagu tentang dunia sekelilingnya sahaja. Kalau lihat lirik lagu senyum, mesti anda akan perasan akan liriknya cintaku dengan gitar lama. Itu menggambarkan kehidupan Aziz Harun. Selamat maju jaya untuk penyanyi muda ini! Udada Ubabye!!



ED: Lagu best, suara merdu!

(Study) Bengkel penulisan tesis dengan cepat

$
0
0
Hai, hari ini ED menghadiri bengkel penulisan tesis supaya pelajar master atau phd dapat menulis tesis dengan lebih mudah dan cepat. Mudah ke? Ini persediaan untuk tahun hadapan.

Alhamdulillah, banyak tips berguna dalam bengkel hari ini.

Sijil penyertaan. Cuba lihat, siapa yang beri tips hari ini.. Pensyarah ni memang popular!

Doakan perjalanan master ED berjalan lancar ye..

Tamat bengkel pukul 5 petang tadi. Kena siapkan fizikal & mental untuk tesis tahun hadapan ni. Udada Ubabye!!



ED: dapat ilmu baharu hari ini..

(Sembang) Giliran persembahan finalis AJL 29

$
0
0
Hai, berikut angka giliran persembahan finalis AJL 29.


BILTAJUK LAGUPENYANYIKOMPOSERPENULIS LIRIK
1MALAIKAT

 

HAZAMA THE PENGLIPURLARAOMAR K,  MIKE CHAN & HAZAMAOMAR K, MIKE CHAN & HAZAMA
2PERCAYALAHINDAH RUHAILA

 

AIMANMOHD ATLAS
3SESAL SEPARUH NYAWAALYAHALFIE ALWI & AIDILSHAH SHAMSHIRI & ALYAH
4GADIS JOLOBUW.A.R.I.S & DATO’ HATTANDJ FUZZW.A.R.I.S & DATO HATTAN
5ROMANCINTAMOJO

 

EDRY ABD HALIMEDRY ABD HALIM
6RENTAK LAGUKUBUNKFACE & AMY SEARCHSAM BUNKFACESAM BUNKFACE
7MATAHARI

 

HAFIZ SUIPAJAITRANSFORMER MELAYU
8GILALAH

 

STACYOMAR K & MIKE CHANSTACY
9DI PINTU SYURGADAYANG NURFAIZAH

 

TAM (SPIDER)IMAN IMRAN
10APA KHABARJOE FLIZZOW & SONAONESonaOne & JOE FLIZZOWJOE FLIZZOW
11LELAKINAJWA MAHIADDIN & THE PALAUANS (nyanyian asal oleh Yuna)YUNA & AG COCOYUNA
12MASIH AKU CINTASHILA AMZAH

 

SHILA AMZAHSHILA AMZAH

Dah tengok jadual persembahan, anda boleh set masa nak tengok persembahan artis kegemaran anda. Udada Ubabye!!



ED: tak semua persembahan ED akan tengok nanti..

(Drama Eksklusif TV3) Episod akhir drama Kasih Berbisik

$
0
0
Hai, drama Kasih Berbisik di TV3 sudah semakin hampir ke penghujungnya.

Episod akhir drama ini pada 7/1/2015 di TV3. Saksikan kesudahan cinta Remy Ishak (Imran) dan Nurul Aini (Nora) dlm drama ini.

Bagi penonton di Singapura, mereka akan saksikan episod akhir drama ini lebih awal daripada penonton di Malaysia. ED pun nak tengok episod akhirnya di saluran Suria Singapura la nanti. Setakat ini, tengok di tv3 je sebab start pukul 9.00 mlm. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

(Study) Assignment buat pameran

$
0
0
Hai, hari ini kuliah terakhir satu subjek ni. Tugasan kami pada hari ini ialah mengadakan pameran tentang tajuk yg telah diberikan oleh pensyarah sebelum ini.

Inilah poster yang ED buat. ED ada letak teaser poster ni dlm instagram sebelum ini..

Poster2 daripada kumpulan ED.

Sporting tak pensyarah ED yg tengah2 tu?

Kumpulan assignment poster pertama.

Kumpulan assignment poster kedua.

Sebenarnya, ada pameran 2 poster yg berbeza hari ini. Sebab tu ED ada 2 group yg berbeza. Alhamdulillah, semua berjalan lancar hari ini. Waktu pameran ni la dapat berkenalan dan berborak2 dgn rakan sekelas. Udada Ubabye!!



ED: pengalaman baharu ni..

(Drama Eksklusif TV3) Sinopsis episod akhir drama Kasih Berbisik

$
0
0
Hai, malam ini selesai episod akhir drama Kasih Berbisik di saluran tv Singapura Suria. Jom, ED cerita sikit sinopsis untuk anda yg tak dapat saluran Suria.

Dharma (Keith Foo) yg bunuh Sulastri. Emak Imran sedar bahawa Nora ialah menantunya yg baik. Andi tidak bersalah dlm pembunuhan Sulastri. Akhirnya, Tina terima kenyataan, Imran tidak mencintainya. Imran menemui Nora dan happy ending.

Nak lebih jelas, tengok sendiri 7/1/2014 di TV3. Udada Ubabye!!



ED: di luar jangkaan jalan cerita drama ni..

(Lestary TV3) Drama Delina mulai 14 Januari 2015

$
0
0
Hai, inilah drama yang banyak mengalami perubahan siaran. Dari TV9 ke TV3, dari slot Aurora ke slot Lestary dan dari tayang bulan Disember 2014 ditukar ke 14 Januari 2015. Inilah drama Delina arahan Khabir Bhatia.

 Ezzaty Abdullah dan Fadlan Hazim sebagai pelakon utama

Nantikan drama Delina mulai 14/1/2015 di Lestary TV3. Udada Ubabye!!



ED: drama ini lain daripada yg lain..

(Sembang) Nasi ambang nazar

$
0
0
Hai, hari ini cuti krismas. Di rumah ED terasa seperti hari raya kerana makcik2 ED datang ke rumah bergotong-royong memasak nasi ambang hari ini.

Nasi ambang ini dibungkus untuk diagihkan kepada jiran2 berdekatan rumah.

Ada apa dengan nasi ambang ini? Sebenarnya, adik ED bernazar untuk sedekah nasi ambang kpd jiran2 kerana dapat gaji pertama kerja kerajaan. Ini sebagai tanda kesyukuran. Udada Ubabye!!



ED: dapat makan nasi ambang sekali..

(Sembang) Kevin Julio mirip Phillip Lomax

$
0
0
Hai, siapa yang tengok sinetron Ganteng-Ganteng Serigala di saluran tv Indonesia SCTV, mesti kenal dengan hero drama ini iaitu Kevin Julio. Secara tak sengaja, ED terjumpa seseorang yang agak mirip dengan muka dia. Nak tahu?

Sama tak? Kevin Julio (kanan) dan Phillip Lomax. Sekali pandang, nampak sama.

Phillip Lomax ialah bekas peserta The X Factor USA beberapa tahun lepas. Udada Ubabye!!



ED: tunggu je la drama Ganteng2 Serigala tayang di Malaysia...

(Sembang) Air pasang mula menaiki lantai dapur

$
0
0
Hai, malam tadi hujan lebat dan ribut petir di JB. ED tidur awal malam tadi. Bila bangun pagi ni, tengok lantai dapur rumah dah berlumpur. Itu tandanya air pasang besar dan mula naik di atas lantai dapur rumah ED. Selamat, air pasang naik sikit sahaja.

Kawasan hutan belakang rumah pagi ini.. 

Aktiviti pagi, kena bersihkan dulu lumpur di lantai dapur. Harap2 hanya air pasang besar dan tak banjir di sini. Udada Ubabye!!



ED: kena berhati2..

(Sembang) Apa nak buat jika kenderaan ditenggelami air banjir?

$
0
0

Hai, ED nak kongsi info yg sangat berguna tentang apa nak buat jika kenderaan ditenggelami air banjir. Info ini ED ambil daripada status facebook Lai Fatt Chua.



Kebanyakan harta benda akan musnah jika “banjir” sudah mengetuk pintu rumah anda, termasuklah kereta. Malang sekali, hampir semua insurans kereta tidak memberi perlindungan jika kereta dilanda bencana alam, seperti ditimpa pokok, diterbalikan oleh ribut kencang, dan termasuklah kereta yang ditenggelami air banjir.

Apabila terkena banjir teruk, kereta yang ditenggelami separa atau sepenuhnya sering diklasifikasikan sebagai “totaled”, “gone case”, lalu terpaksa dilupuskan. Walau bagaimanapun, sesetengah kereta ini, berakhir di kedai kereta terpakai.
Pembeli perlu berhati-hati, kerana tidak semua peniaga akan berterus terang dengan anda apabila kereta tersebut pernah rosak disebabkan banjir, dan ia bakal menjejaskan kewangan anda suatu hari nanti. Walaupun kereta kelihatan baik dan seolah-olah berfungsi dengan baik , masalah yang bakal menelan belanja mahal boleh muncul kemudian hari disebabkan hakisan karat yang terus menjalar di dalam komponen kritikal. Selain daripada wang, kereta seperti ini boleh membahayakan pemandu dan mungkin boleh membawa maut.

Perkara Pertama Anda Perlu Lakukan Selepas Banjir - Apabila Kereta Tenggelam Semasa Banjir

Apabila banjir telah surut, anda perlulah buat pemeriksaan ke atas kenderaan anda.

Jangan hidupkan atau cuba hidupkan enjin kereta seandainya kereta anda tenggelam semasa banjir.

Tindakan menghidupkan enjin akan menyebabkan kereta anda mengalami kerosakan lebih teruk. Pastikan pihak kereta penunda, atau ejen bengkel tidak berbuat tindakan serupa - satu taktik kotor untuk anda bayar lebih bagi ganti kerosakan.

Apabila enjin dihidupkan, aliran elektrik mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut akan alami kerosakan serius dan terpaksa diganti.

Kos untuk sebuah kotak komputer adalahlebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Contohnya, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.
Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). 

Apabila sampai ke bengkel, periksa bahagian yang terkena air terutama bahagian elektronik dan rungkaikan semua kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.periksa dulu benda benda ini

Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).

P/S : washing machine, peti ais n brg2 elektrik dan lain lain pun mcm tu.... jmur dulu bg kering pastu baru on..

sekian

motorsport for life!!!!

Sumber: facebook lai fatt chua


Info ini sangat berguna kpd ED kerana rumah ED berisiko naik air pasang besar & ada juga pengalaman barang elektrik rosak kerana air pasang. Udada Ubabye!!




ED: terima kasih infonya :)

(Sembang) Hanya air pasang besar

$
0
0
Hai, gambar yg ED upload di instagram sebentar tadi hanya air pasang besar, bukan banjir.

Air pasang besar di atas jalan raya halaman rumah.

Air pasang ni sudah biasa bagi ED dan jiran2 tetapi kena berjaga2 juga sebab bila air pasang semakin besar, boleh masuk air satu rumah. Harap2 tak banjir la, tengah hujan ni.. Udada Ubabye!!



ED: doakan cuaca semakin baik..


(Sembang) Cuaca semakin cerah

$
0
0
Alhamdulillah, nampak cuaca semakin cerah dan terang hari ini..

Matahari seakan malu2 menunjukkan dirinya di luar rumah ni..

Harap2 cuaca berterusan cerah kerana sesi persekolahan akan bermula, pelajar2 universiti akan menduduki peperiksaan. Esok ED juga akan mula mengambil peperiksaan. Udada Ubabye!!



ED: doakan ED ye..

(Sembang) Instamadah di blog EDtv 2015

$
0
0
Hai, mulai tahun 2015, ED akan letak serentak instamadah di dalam blog EDtv. Biasanya, instamadah EDtv hanya dapat dilihat melalui instagram dan dikongsi serentak di facebook dan twitter.

Instamadah EDtv ni ala-ala ekspresi apa yang ED nampak, alami dan rasai lalu ED tukarkan menjadi madah2 seperti ini.. Nak tengok instamadah EDtv di instagram, cari #instamadah mesti jumpa punya.

Bila dah letak dalam blog nanti, senang sikit anda nak save atau cari di google. Udada Ubabye!!



ED: nantikan slot instamadah EDtv dalam blog pulak!

(Sembang) Suka beli barang yang ada free gift

$
0
0
Hai, sesiapa yg kenal ED, mereka mesti dah masak dengan satu perangai ED ni. Suka beli barang yang ada free gift. Hehehe.. Contohnya yang ni..

Beli 3 botol air 100 plus, percuma botol air jenama Rubbermaid ni..

Botol air ni boleh buat shaker jus buah-buahan. Zlurpp!!

ED memang suka beli barang yg ada free gift ni tetapi bergantung la.. Kalau ED tak guna barang tu, takkan nak beli. Kesimpulannya, kalau barang tu boleh guna atau makan, free gift nya pula oke, barulah boleh beli. Udada Ubabye!!



ED: cantik pulak botol air 100 plus ni..

(Sekolah) Esok mula bertugas untuk sesi 2015

$
0
0
Hai, esok ED akan kembali bertugas di sekolah. Sepatutnya hari ini, tetapi pagi tadi ED menduduki peperiksaan master di UTM.

Diari kerja ED untuk 2015

Tugas 2015 sudah menanti. Esok kembali bermesyuarat. Udada Ubabye!!



ED: selamat kembali ke sekolah buat rakan2 guru..

(Sembang) Bantu mangsa banjir melalui Flood Relief Jumbo Box

$
0
0
Hai, anda boleh menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir baru2 ini di pantai timur melalui 8share Flood Relief Jumbo Box.


Caranya, klik link di bawah ini.


Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban saudara2 kita di sana. Akhir kata, hari ini kita membantu, esok lusa kita dibantu. InsyaAllah. Udada Ubabye!!



ED: bantulah seikhlas rela..

(Artis) Azwan Ali sangat menghargai peminat!

$
0
0
Hai, selamat pagi! ED nak cerita tentang Azwan Ali pagi ni. Ini ceritanya..

Azwan Ali melawat mangsa banjir di Kuala Kangsar semalam. Gambar: twitter


Azwan Ali merupakan artis di Malaysia yg ED rasa akan membalas semua twitter peminatnya. Lihatlah status beliau yg ni.. Pukul 5.56 pagi beliau gigih membalas twitter.

Kepada anda yang kurang senang dengan Azwan Ali, percayalah cakap ED, beliau memang seorang artis yang pemurah, baik hati & sangat menghargai peminatnya. Mulut dia memang laser tetapi hatinya baik. ED pernah pergi rancangan Jangan Tidur Lagi tahun 2007. Memang nampak sangat Azwan Ali sangat menghargai penonton dalam rancangan itu. Masa kami nak balik, beliau sanggup tunggu di pintu keluar & ucap terima kasih. Udada Ubabye!!



ED: yang baik dicontohi..

(Sekolah) Tugas guru 2015

$
0
0
Hai, ED mula bermesyuarat di sekolah mulai hari ini. Tugas2 di sekolah untuk 2015 pun dah tahu. Berikut tugas ED di sekolah pada tahun 2015..

Tugas besar bagi ED untuk tahun depan ialah menjadi guru kelas abad 21. Ni contoh kedudukan kelas abad 21 yg dilengkapi komputer dalam kelas.

-guru spbt
-ketua panitia moral
-guru bola tampar
-guru pengakap
-guru rumah merah

Rasanya tugas tahun ini lebih berat berbanding tahun depan. Semoga ED dapat menjalankan tugas sebaik mungkin. Udada Ubabye!!



ED: sekolah mula pada tarikh baharu 11/1/2015
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live