↧
(Sekolah) Sesi persekolahan 2015 ditunda seminggu
↧
(Dahlia TV3) Drama Asam Pedas Untuk Dia ditunda ke 10 Januari 2015
↧
↧
(Sembang) Fenomena angin sejuk
Selamat pagi, dari malam tadi hingga pagi ini, sang angin bertiup laju dan menghasilkan kesan terlalu sejuk kepada ED dan penduduk2 di Johor Bahru. Rasa air paip macam air perigi buta.
Walaubagaimanapun, jangan tak mandi ye.. ED tadah air paip dalam baldi lepas tu mandi sebab takde la sejuk sangat. Kalau yang mandi pakai kolah tu, berhati2.. Takut tulang-temulang anda menjerit bila mandi. Udada Ubabye!!
ED: memang sejuk....
↧
(Sembang) Dapat sampel percuma Olay Regenerist Serum
Hai, tengoklah apa yang ED dapat..
Dekat blog EDtv kan ada iklan. Sebelum ini, ada iklan ni di blog EDtv. Daftar sahaja, lepas tu dapatlah sampel percuma. Sebab ED tahu Olay ni mahal, ED pun daftar la.. Dapat dah sampel Olay percuma. Udada Ubabye!!
ED: orang nak bagi, kita terima je la..
↧
(Sekolah) Pelan Kelas Abad 21
Hai, ini permulaan setelah dapat tahu jadi guru kelas abad 21.
Untuk tahun hadapan, ED akan share kerja2 di sekolah lebih sikit di blog. Mana tahu ada cikgu2 yg baca blog ni kan? Ada manfaat juga kan? Udada Ubabye!!
ED: banyak kerja lagi nak buat utk kelas ni..
↧
↧
(9 Gambar) Perkahwinan Marian Rivera dan Ding Dong Dantes
Hai, hari ini 30/12/2014 adalah tarikh istimewa bagi pelakon popular Filipina Marian Rivera dan Ding Dong Dantes kerana hari ini mereka mengikat janji sebagai suami isteri. Selamat pengantin baharu! Jom lihat 9 gambar perkahwinan mereka!
Entri ini atas cadangan Aina, kawan sekerja ED. Semoga dia gembira tengok gambar2 perkahwinan Marian & Ding Dong. Udada Ubabye!!
ED: happy wedding day from EDtv Malaysia
↧
(Sekolah) Cara nak kenal penyapu, penyodok dan bakul sampah kelas
Hai, hari ini setiap guru kelas dibekalkan dengan penyapu, penyodok dan bakul sampah. Biasanya, alat-alat tersebut mudah hilang bila sesi persekolahan nanti. Biasa la budak2 kan? Ini cara ED supaya dapat mengenali penyapu, penyodok & bakul sampah kelas ED nanti.
ED rasa dengan cara ini juga dapat menarik minat murid untuk membersihkan kelas. Hahaha.. Udada Ubabye!!
ED: hari ini membersihkan kelas..
↧
Carta Top 10 Drama Kesukaan EDtv sepanjang 2014
Hai, seperti biasa di hujung tahun, ED akan senaraikan 10 drama yang paling ED minat pada tahun ini mengikut ranking. Nak tahu drama nombor 1 yang ED minat pada tahun ini? Jom, kita semak carta sekarang!
10) Anugerah Terindah. Best drama ni sebab ED tertanya2 siapa akhirnya yang berjaya pikat Sari Yanti.
3) Kerana Terpaksa Aku Relakan. Drama ni beri kesan kepada ED & kawan2. Suka bersembang & kaitkan contoh2 watak dlm drama ni. Contohnya, jahat seperti Zawati. Hahaha.. Maknanya, drama ni best la!
2) Satu Hari. Pertama kali drama TV9 ED masukkan dalam carta sebab drama ni tersangat best. Jalan ceritanya sangat bagus!
Dan juara carta top 10 drama kesukaan ED ialah...
....
....
1) Ramadan Jangan Pergi. Memang emosi tengok drama ni sepanjang bulan Ramadan. Terbaik la drama ni! ED suka jalan cerita yg sedih2 ni..
Begitulah 10 drama kesukaan ED pada tahun ini. Drama yang anda suka tetapi takde dalam carta mungkin ada 2 sebab. Pertama, ED takde masa nak tengok atau memang ED tak minat drama tu. Udada Ubabye!!
ED: selamat tahun baharu 2015!
↧
Selamat tahun baharu 2015!
Hai, selamat tahun baharu 2015 kepada semua pembaca!
Perancangan tahun ini, ED akan lebih banyak update blog berbanding di facebook ED sendiri. Kalau nak update banyak2 pun takpe sebab blog sendiri. Tak paksa untuk orang baca. Kalau di facebook, banyak sangat update status, nanti kawan2 menyampah pulak. Mana tahu kan? Semoga tahun baharu ini, kita menjadi insan yg lebih baik lagi. Udada Ubabye!!
ED: hari ini ED bertugas, hari pendaftaran sekolah.
↧
↧
(Sembang) Banjir tahun baharu di Temerloh
Hai, kawan ED hantar gambar melalui whatsaps tentang banjir yang berlaku di sekitar rumahnya di Temerloh Pahang.
Pada hari pertama tahun baharu, ada orang-orang yang berdepan dengan bencana alam sebegini rupa. Semoga kawan ED dan penduduk2 sekitar Temerloh tabah menghadapi dugaan ini. ED yakin mereka pasti memerlukan bantuan daripada anda. Udada Ubabye!!
ED: banjir tahun baharu..
↧
(Sembang) Rezeki iklan 8share di blog
Alhamdulillah, hari ini ED cash out hasil bayaran iklan 8share di blog EDtv. Sambil berblogging, boleh dapat duit sekali..
ED cash out RM200.00 dahulu. Bakinya dibawa ke bulan ini pula. Terima kasih kepada anda yang klik iklan2 di blog EDtv. Maaf la, kalau di blog EDtv banyak iklan tetapi iklan2 inilah yang membolehkan seseorang blogger mendapatkan duit sampingan. Jom la join iklan 8share, yg takde blog pun boleh join. Share je iklan 8share di facebook atau twitter anda. Caranya http://bit.ly/LcX8fw . Udada Ubabye!!
ED: rezeki jangan pernah ditolak..
↧
(Instamadah) 001 Bantu dengan doa
↧
(WhatsApp) Jom selawat!
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
"1 hari lagi"
"Ape yg 1 hari?"
"hari kelahiran nabi kita"
'MUHAMMAD SAW'
'TAHUN 1436 hijrah'
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
Dari whatsapp, ED share di blog ini . Jom berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Ini segmen baharu di blog EDtv 2015, segmen WhatsApp. Udada Ubabye!!
ED: salam maulid nabi
↧
↧
(Sembang) Rezeki iklan Nuffnang 2014
Alhamdulillah, ini pula hasil iklan Nuffnang di blog EDtv sepanjang 2014. ED dah cash out hari ini.
ED bukan ahli Glitterati Nuffnang sebab ED ada letak banyak sumber iklan di blog EDtv. Sebab tu, hasil iklan Nuffnang ni paling terendah dalam iklan2 di blog EDtv. Takpe, suka2 buat blog, ada juga duit masuk. Hehe.. Terima kasih kepada anda yg klik iklan2 di blog EDtv. Nanti ED akan share 1 lagi hasil iklan di blog EDtv daripada syarikat yg lain. Udada Ubabye!!
ED: Rezeki berblogging..
↧
(Sembang) Kenapa rempah saffron termahal di dunia?
Oh, baru tahu kenapa rempah saffron merupakan rempah termahal di dunia. Dalam rancangan Spice Routes Adabi TV3 tadi ada jawapannya..
Pengambilan di bunga saffron di ladang saffron di Consuegra, Sepanyol. Bestnya pengacara rancangan tersebut dapat pergi ladang saffron!
1. Dalam setahun ada 20 hari sahaja boleh tanam tumbuhan ini sekitar bulan September hingga November, bergantung keadaan cuaca. Leceh kan?
2. 250 000 bunga saffron boleh dapat 1 kg rempah saffron.
3. Menggunakan tenaga manusia 100% untuk menghasilkan rempah saffron.
4. Sekuntum bunga Saffron hanya mengeluarkan 3 stigma merah dan proses pengutipan, pengasingan hinggalah kepada pembungkusan semuanya menggunakan tangan.
Patutlah, secubit saffron boleh mencecah harga RM30.00. Udada Ubabye!!
ED: suka tengok Spice Routes Adabi..
↧
(Instamadah) 002 Antara tanda busuk hati
↧
(Instamadah) 003 Salam Maulidur Rasul 1436 H
↧
↧
(Sembang) Mata dan rambut Rasulullah berwarna hitam
Alhamdulillah, mata dan rambut ED berwarna hitam kerana sama warna dengan mata dan rambut Rasulullah SAW.
ED tidak pernah guna pewarna rambut atau kanta lekap berwarna kerana ED memang suka rambut dan mata yang hitam ini. Udada Ubabye!!
ED: ciptaan Allah sebaik-baik ciptaan di dunia ini..
↧
(Sembang) Teknik lakonan bagi perempuan bertudung untuk mengelakkanbersentuhan dengan lelaki
Hai, malam ini ED memilih menonton telemovie Maulidur Rasul di TV9 iaitu Manikam Hati lakonan Eja, Rusdi Ramli dan Pekin.
ED perhatikan Eja dalam telemovie ni memegang watak isteri yang baik tetapi tidak memegang atau bersentuhan dengan pelakon lelaki dewasa, Rusdi Ramli yang memegang watak suaminya. Bila babak Rusdi Ramli meninggal dunia, Eja konon2 mengucup dahi suaminya tetapi tidak kenapun sebab sebenarnya Eja mencium tilam di tepi wajah Rusdi Ramli. Kesan teknik penggambaran membuatkan Eja kelihatan seakan mencium dahi Rusdi Ramli tetapi sebenarnya tidakpun. Di penghujung drama ini, Eja kelihatan bersalaman dengan Pekin tetapi ED rasa itu bukan Eja sebab diambil penggambarannya dari belakang. Mungkin orang lain memakai kostum Eja sebab tak nampak muka Eja pun. Baguslah telemovie ni!
Kesimpulannya, teknik penggambaran dapat membantu pelakon wanita yang bertudung agar tidak memegang atau bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Jadi, tiada masalah pelakon wanita bertudung untuk berlakon drama. Pelakon pun mesti mahir menjiwai watak agar tidak nampak tipu dalam lakonan. Hehe.. Udada Ubabye!!
ED: best telemovie Manikam Hati ni..
↧
(Study) Ulangkaji sehari sebelum peperiksaan
↧