Quantcast
Channel: EDtv
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live

(Study) Dugaan belajar seorang diri di rumah

$
0
0
Hai, petang tadi ED berseorangan di rumah sebab adik2 dan emak pergi ke rumah makcik. Ingatkan dapat belajar dengan tenang, tetapi..

1) Kucing jiran masuk ke rumah & bergaduh dengan kucing ED.
2) Jiran panggil sebab nak jemput emak pergi kenduri kahwin anaknya minggu depan..

Esok peperiksaan pukul 2.30 petang. Masih ada masa lagi nak buat nota ringkas.

Ada sahaja dugaan nak belajar bersendirian di rumah hari ini. Sangat berbeza belajar zaman degree dan master ni. Dulu zaman degree duduk kolej, boleh study tanpa gangguan. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: semoga esok berjalan lancar..

(Sekolah) Keadaan kelas sebelum dicat

$
0
0
Hai, tahun ini ED kena bijak membahagikan masa antara tugas di sekolah dan pelajar master separuh masa. Untuk tahun ini juga, ED akan kongsikan keadaan kelas ED di dalam blog ini. Ini kelas yang ED dapat pada tahun ini yang akan dijadikan kelas abad 21.

Keadaan kelas semasa.. Tahun lepas, ini kelas darjah 4 terakhir.


ED cuma susun meja & sapu lantai sahaja dulu.

Langkah pertama, ED akan cat dahulu kelas ni supaya bersih. Bukan ED yang cat, ED akan upah kontraktor untuk cat kelas ini. Nak tahu, ED pilih warna untuk kelas abad 21 ini? Nantikan kesinambungannya ye.. Hiasan kelas, lepas ED habis exam master, baru ED akan mula buat. Udada Ubabye!!



ED: semoga dipermudahkan urusan.

(Instamadah) 004 Nak kenal sahabat?

$
0
0
Hai, instamadah utk malam ini.

Tentang sahabat. Iklan biskut coklat tu merujuk iklan chipsmore dolu2, kejap ada, kejap takde.

Nak tidur awal malam ni. Udada Ubabye!!



ED: good night!

(Samarinda TV3) Episod akhir drama Zahira

$
0
0
Hai, drama Zahira sudah hampir ke penghujungnya. Berikut tarikh episod akhir berserta sinopsis episod akhir drama ini.

Mungkinkah Zahira menerima cinta Syed Iqbal?

Sinopsis:

Syed Iqbal betul-betul berputus asa kerana dia tidak mampu menggembirakan anak-anaknya. Dia memohon agar Amira sekali lagi memberitahu lokasi Zahira. Tetapi Amira menjelaskan itu lah lokasi terakhir yang diberitahu oleh Zahira kepadanya.

Teruskan menonton drama Zahira sehingga ke penamatnya. Semakin banyak konflik. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

(Akasia TV3) Sinopsis drama Istikharah Cinta

$
0
0
Hai, berikut sinopsis drama Istikharah Cinta. Rasanya tidak terlambat untuk EDtv berkongsi sinopsis ini kepada anda.

Pelakon utama, Faye Kusairi dan Zul Ariffin.

Sinopsis:
Mahligai perkahwinan yang dibina berdasarkan cinta akhirnya musnah jua hanya selepas setahun usia perkahwinan mereka. Beranggapan bahawa jodoh mereka tidak panjang, Airil redha dan tabah meneruskan hidup walaupun berat untuk dia menerimanya. Lain pula dengan Aiza yang menyalahkan Airil sebagai punca dirinya keguguran.

Airil yang yang tidak menyangka akan bertemu dengan Dina, perkenalan yang terjadi di sebuah restoran itu telah membawa satu perubahan besar dalam hidup mereka berdua. Semuanya kerana mereka terpaksa berkongsi meja. Pertemuan yang bermula dengan kebetulan bakal mengubah takdir mereka bersama. Pertemuan mereka kali kedua di Langkawi tatkala Dina mengakhiri hubungannya dengan Hanafis. Berkongsi kisah suka duka merapatkan lagi hubungan Airil dan Dina.
Hanafis terpaksa memutuskan hubungannya bersama Dina kerana dipaksa berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya. Jauh di sudut hatinya Hanafis tidak dapat melupakan Dina. Kisah cinta itu bakal membawa lebih cinta tiga segi apabila Juliza, rakan sekerja Airil dalam diam menaruh perasaan kepada Airil.

Dalam masa yang sama, bekas isteri Airil, Aiza sudah pun memulakan hidup baru bersama suaminya Dr. Rizal. Keputusannya untuk memulakan kehidupan baru dan bahagia bersama suami barunya ternyata meleset. Aiza sering sahaja membeza-bezakan antara Airil dan juga Dr. Rizal lantas rumah tangga Aiza mula bergolak. Aiza mula sedar, bekas suaminya ternyata lebih baik dan berhasrat mencari Airil kembali.

Hubungan Airil dan Dina semakin akrab dan bermula lah kisah cinta mereka. Airil berharap memperisterikan Dina. Namun Airil tidak pernah berterus-terang dengan statusnya sebagai seorang duda. Apakah yang akan terjadi apabila Dina mengetahui perkara yang sebenar? Adakah dia mudah menerima hakikat tersebut?

Hanafis yang masih menyimpan perasaan terhadap Dina juga ingin memenangi hati Dina kembali. Airil pula mulai rimas dengan Aiza yang mencari dan mengganggunya kerana kini dia hanya mencintai Dina. Cukupkah kasih sayang dan cinta mereka untuk saling mempercayai kesetiaan mereka masing-masing?

Drama terbitan Orangetree Production ini mempunyai 28 episod. Gandingan pelakon hebat, Zul Ariffin sebagai Airil dan pelakon baharu Faye Kusairi sebagai Dina pastinya akan memberi impak yang tersendiri menerusi drama ini. Drama ini turut dibarisi oleh para pelakon lain seperti, Nonny Nadhirah (Aiza), Syazwan Zulkifli (Hanafis), Nizen Ayob (Dr.Rizal), Lia Natalia (Alisya), Falisha Crossley (Juliza), Azizul Ammar (Taufiq), Dato Eizlan Yusof (Dato Aziz) dan Zarina Zainuddin (Datin Amnah). Ikuti kesudahan drama bersiri hebat, Istikharah Cinta bermula 23 Disember ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia hanya di TV3. Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

(Study) Kuliah terakhir semester 1

$
0
0
Hai, petang tadi selesailah kuliah semester 1 ED.

Keluar dari bilik kuliah, hujan lebat pulak.

Selepas ini, ED ada satu lagi peperiksaan dan satu assignment yang perlu dihantar. Udada Ubabye!!



ED: waktu cepat berlalu..

(Akasia TV3) Tarikh siaran drama Teman Lelaki Upahan

$
0
0
Hai, drama adaptasi novel Teman Lelaki Upahan yang dijadualkan tayang pada tahun lepas tetapi ditunda ke tahun ini akan menemui anda pada bulan Februari. Berikut tarikh siaran drama tersebut.

Pelakon utama, Siti Elizad dan Ungku Ismail Aziz.

Mesti ramai yang dah tak sabar kan? ED pun tak sabar jugak. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: Nantikan di slot Akasia TV3.

(Sekolah) Kelas sudah dicat

$
0
0
Hai, pagi tadi ED menyempatkan diri pergi ke sekolah untuk mengemas kelas sebelum buka sesi persekolahan Ahad ni.

Kelas ED sudah dicat. ED upah pekerja untuk cat kelas ED.

ED pasang langsir kelas juga hari ini..


Nampak luas sikit kelas sebab cat warna kuning dan oren cair ni.

Ini je yang ED sempat buat hari ini. Yang lain, nanti dulu. ED nak tumpu pada peperiksaan master ED yang terakhir untuk semester ini pada Sabtu ini. Udada Ubabye!!



ED: lepas exam, baru boleh fokus kelas pulak..

(Instamadah) 005 Jangan cepat menilai manusia

$
0
0
Hai, ini instamadah sebelum tidur..


Peringatan untuk diri sendiri juga. Udada Ubabye!!



ED: good night!

(Samarinda TV3) Drama Tabir Zulaikha ganti Zahira

$
0
0
Hai, drama terbaharu Tabir Zulaikha akan menggantikan drama Zahira dalam slot Samarinda TV3.

Bermula 28/1/15.

Pelakon utama, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza

Shahrizal Jaszle & Aidil Aziz pun berlakon dalam drama ini.

Nantikan drama Tabir Zulaikha di TV3. Udada Ubabye!!



ED: best cerita ni!

(Instamadah) 006 Ikhlas menerima ujian

$
0
0
Hai, jika anda takde mood sebab sedang diuji, lihatlah madah ini..


Sesungguhnya, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Udada Ubabye!!



ED: selamat malam!

(Cerekarama TV3) Lima Kali Cinta, akan datang...

$
0
0
Hai, pertama sekali ED nak minta maaf tentang status di facebook EDtv semalam tentang ada pengarah beritahu ED tentang drama Akasia TV3 terbaharu. ED salah faham, ingatkan drama Akasia tetapi untuk Cerekarama TV3 sebab ED ada perasan status seorang krew drama tersebut letak hashtag Akasia pada statusnya ketika perancangan awal tajuk drama ini. 

Nah, ini dia cerita yg ED maksudkan semalam, Lima Kali Cinta lakonan Izreen Azminda dan Johan Asari.

Johan Asari dan Izreen Azminda selaku teraju utama.

Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam drama ini.

Nantikan Lima Kali Cinta dalam Cerekarama TV3. Udada Ubabye!!



ED: maaf sekali lagi...

(OST) Lagu tema drama Suami Sebelah Rumah TV3

$
0
0
Hai, berikut opening cadangan bagi drama adaptasi novel Suami Sebelah Rumah dalam slot Dramady TV3.

Lakonan Izzue Islam, Ayda Jebat, Zulin Aziz, Sherry Alhadad, Nazrief Nazri dan Ben Amir.

Cantik dah montaj ni! Kreatif! Paling menyerlah, Sherry Al Hadad. Hehe..

Menurut penulis skrip, Rehal Nuharis kepada EDtv, lagu inilah yang akan digunakan sebagai lagu tema drama ini. Lagu Mata Kunci Cinta nyanyian Aisha Hanim. Nantikan drama ini di TV3.



ED: Dengarnya macam tayang bulan Mac ni..

(Study) Selesai peperiksaan semester 1

$
0
0
Hai, petang ini selesai peperiksaan master ED untuk semester 1.

Dalam bilik peperiksaan tadi. Cuba cari ED di mana? Hehe..

Alhamdulillah, selesai periksa. Esok dah kembali bertugas di sekolah. Hikmah cuti sekolah ditunda seminggu, ED boleh tumpu pada exam. Ngam2 exam habis, esok baru tumpu apa awal persekolahan pulak. Udada Ubabye!!



ED: good luck kawan2!

(Sekolah) Selamat kembali ke sekolah!

$
0
0
Hai, ED tengah buat persiapan untuk sesi persekolahan 2015 esok di Johor.

Diari, buku kedatangan dan buku rph dah siap nak dibawa esok.

Selamat kembali ke sekolah kepada guru2 dan murid2 esok. Udada Ubabye!!



ED: esok bertugas..

(Sekolah) Jadual waktu dan jadual bertugas 2015

$
0
0
Siap pun hari ni. Hai, inilah jadual waktu waktu dan jadual tugas kelas ED untuk tahun 2015.

Jadual tugas tahun ini bertemakan belon panas. Nampak comot sikit sebab nak cepat siap.

ED gunakan teknik 2 dimensi.

Jadual waktu yang simple sahaja. 

Nanti ED akan tampal jadual tugas di atas dan jadual waktu di bawah papan kenyataan. Barulah nampak macam pemandangan jadual tu. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: sekarang waktu untuk berehat..

(Sekolah) Cover iphone

$
0
0
Hai, ini cerita hari pertama di sekolah hari ini yg ED tak boleh lupa. Terkejut dan tak sangka ED akan ditanya oleh murid seperti ini apabila dia melihat iphone ED.

Murid: Cikgu tak tukar cover iphone ke?

ED: Tak.

Murid: Cikgu, iphone cikgu sama dengan iphone saya. Bapak saya hadiahkan saya.

Patutlah murid tegur, cover iphone ED dah teruk dan buruk sangat.

Sebenarnya, ED dah ada cover iphone yang baru. Cuma tak sempat tukar. Wah, murid darjah 4 ada iphone! Memang murid abad 21! Udada Ubabye!!



ED: Dulu umur 17 tahun baru ada handphone nokia 3310

(Instamadah) 007 Menegurlah kerana sayang

$
0
0
Instamadah malam ini..


Selamat malam. Udada Ubabye!!



ED: sejak ada facebook, ramai penegur di media sosial

(Lestary TV3) Episod akhir drama Baby Ana Milik Siapa

$
0
0
Agak2 anda Baby Ana milik siapa eh dalam drama Baby Ana Milik Siapa di TV3. Semuanya akan terjawab pada..

Episod akhir drama BAMS pada 29/1/2015

Mungkinkah Baby anak Qaisara dan Edry? Ha, yang tu anda kena tengok sendiri..

Saksikan kemuncak drama ini di slot lestary tv3. Suka tengok Jelita Kako bercakap dalam drama ni. Sangat comel dan bersahaja. Udada Ubabye!!



ED: best drama ni..

(Instamadah) 008 Keburukan menghina

$
0
0
Hai, peringatan untuk diri sendiri..


Jangan suka menghina, nanti terkena. Udada Ubabye!!



ED: selamat malam!
Viewing all 2317 articles
Browse latest View live