↧
(Instamadah) 009 Jangan bergantung kepada kawan
↧
(Samarinda TV3) Drama Bukan Isteri Sempurna, akan datang...
↧
↧
(Instamadah) 010 Pesanan untuk remaja
↧
(Sekolah) Perkembangan kelas abad 21 ED
Hai, baru balik dari kemas dan hias kelas hari ini. Tak dapat siapkan semua.
Esok lusa ED sambung lagi. Semalam ED tak update blog sebab sibuk mencari bahan untuk menghias kelas. Udada Ubabye!!
ED: harap2 kelas sentiasa kemas
↧
(Sembang) Ramalan AJL 29 dan persembahan pilihan EDtv
Hai, debaran AJL 29 semakin terasa. Jom, borak AJL 29! Berikut persembahan artis yang ED nak tengok malam ini..
Alyah, Hafiz dan Dayang Nurfaizah. Sebab apa ED nak tengok persembahan mereka? Sebab lagu mereka best dan lagu mereka memerlukan vokal yang tinggi. Tu yg ED suka tu!
ED ramalkan lagu mereka boleh memenangi mana2 tempat dalam AJL 29 malam ini. Kalau ikut ED, ED ramalkan Hafiz tempat ketiga, Dayang tempat kedua dan Alyah juara. Persembahan terbaik Alyah, sebab persembahannya memang unik malam ini dan vokal terbaik, ED rasa Hafiz. Udada Ubabye!!
ED: pentas grand malam ni!
↧
↧
(Corat-coret) Keputusan AJL 29
Hai, berikut keputusan pemenang AJL 29,
Sona One & Joe Flizzow.
Juara lagu: Joe Flizzow Sona One -Apa Khabar
Naib juara: Shila Amzah - Masih Aku Cinta
Ketiga: Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga
Vokal terbaik: Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga
Persembahan terbaik: Mojo & Caliph Buskers - Romancinta
Sedikit corat-coret AJL29:
Persembahan paling diingati: Kumpulan Mojo dan Caliph Buskers. Vokal yg memukau!
Persembahan jadi usikan: Indah Ruhaila nyanyi lampu jatuh.
Moment paling diingati: tagline qu puteh qu puteh barulah putih..
Vokal paling diingati: Dayang Nurfaizah.
Persoalan: pengacara takde salin baju. Pakai satu jenis baju je..
Pelik: kenapa Scha tak sebut tagline Qu Puteh? AG je yg cakap..
Hairan: kenapa penyampaian hadiah takde VVIP?
Tahniah diucapkan kpd pemenang. Udada Ubabye!!
ED: jom tidur, esok pagi kerja..
↧
(Sembang) Lagu Apa Khabar layak menang AJL 29 kerana...
Hai, cerita AJL29 masih tak habis lagi. Oh, baru ED tahu kenapa lagu Apa Khabar Joe Flizzow dan Sona One layak menjadi juara semalam. Anda tahu tak?
Sumber: ig youthmalaya
Lagu apa khabar sebenarnya ditulis oleh Joe Flizzow tentang persahabatannya dengan Malique semasa mereka mula2 dulu menceburkan diri dan perjalanan Too Phat dlm industri hiburan hip hop tanah air. Patutlah, masa awal2 lirik lagu tu ada makan mi segera. Bila ED hayati lagu tu, lirik lagu ini digubah kreatif dan sangat menyentuh perasaan tentang erti persahabatan.
ED tahupun bila baca komen peminat lagu ini di media sosial. Mesti peminat lagu ini lebih faham daripada kita. Kepada anda yg masih pertikaikan lagu ini menjadi juara lagu ke 29, cuba dengar balik dan fahamkan lirik lagu ini. Kalau ED jadi Malique Too Phat, mesti terharu giler dengar lagu ni. Udada Ubabye!!
ED: tahniah kepada lagu Apa Khabar!
↧
(Jom Kenal) Nama sebenar Sona One
Hai, ini entri last tentang AJL29. Nak sembang tentang Sona One yang suaranya nyanyi live sama sahaja seperti suara dia dalam radio. Lunak je suara dia...
Tahukah anda? Nama sebenar Sona One ialah Mikael Adam Mohd Rafae. Artis rap kacukan Melayu dan Perancis. Sona One masih belum fasih berbahasa Melayu.
Sedap dah nama Mikael Adam kan? Mula2, bila ED dengar nama Sona One di radio, ED ingatkan artis berbangsa India. Rupa2nya pan asian. Udada Ubabye!!
ED: semoga terus sukses!
↧
(Instamadah) 011 Sebab kena cuci kaki sebelum tidur
↧
↧
(Ratu TV9) Tarikh siaran drama Nasuha
Terbaharu daripada Zeel Production, drama kisah kesucian cinta seorang gadis buta yang cekal hatinya dalam Nasuha. Lakonan mantap Tasha Shilla, Shah Iskandar dan Fattah Amin dalam slot Ratu TV9 mulai 3 Februari ini.
Drama ini akan menggantikan drama Satu Hari yang best giler tu.. Drama ini pun nampak best juga. Udada Ubabye!!
ED: selamat menonton!
↧
(Sembang) Mungkinkah Fizi Hot Fm dan Juliana Evans pengacara baharuMuzik Muzik 30?
Hai, Scha tidak lagi menjadi pengacara Muzik Muzik. Tugas terakhirnya bersama Muzik Muzik ialah semasa AJL 29 lepas. Siapakah pengacara Muzik Muzik yg baharu?
ED terfikir, mungkin Juliana Evans dan Fizi hot fm akan menjadi pengacara baharu Muzik Muzik kerana mereka telah diberi peluang menjadi pengacara Debaran AJL 29 sebelum ini. Kenapa bukan AG dan Scha kan? ED rasa mungkin itu percubaan awal mereka menjadi hos Muzik Muzik. ED suka tengok Juliana Evans mengacarakan backstage AJL 29 dan Debaran AJL 29 yang lalu. Kena dengan personaliti dia. Betul atau tak tekaan ED? Sama2 kita nantikan.. Udada Ubabye!!
ED: Muzik Muzik dah 30 tahun..
↧
(Akasia TV3) Drama Syurga Nur sempena Ramadan, akan datang...
Hai, drama Syurga Nur merupakan drama Akasia TV3 untuk bulan Ramadan nanti. Ini dia hero dan heroin drama ini..
Drama ini penuh tragis dan air mata. Siap sedia untuk geram dan sedih apabila menonton drama Ramadan ini. Udada Ubabye!!
ED: nantikan Jun ini..
↧
(OST) Lagu latar drama Satu Hari episod 12
Memang best episod 12 drama Satu Hari TV9 malam ini! Sabrina tidak jadi bertunang dengan Isfahan walaupun persiapan sudah dibuat kerana Isfahan masih berduka atas pemergian anaknya. Berikut lagu latar semasa babak Sabrina teringat balik kenangan dia bersama Isfahan di Sarajevo.
Babak best episod 12 malam ini.. Kesian Sabrina..
Inilah lagu latarnya. Lagu Kalimah Janji nyanyian Ernie dan Aiman Hakim Ridza. Pertama kali ED dengar lagu ni menerusi drama ini.
Drama Satu Hari memang terbaik. ED sangat suka jalan ceritanya. Udada Ubabye!!
ED: Minggu depan episod akhir..
↧
↧
(Instamadah) 012 Hindari takbur
↧
(Sembang) 10 ciri pasangan "perfect"?
Hai, adakah anda atau pasangan anda mempunyai 10 ciri di bawah?
Apakah definisi pasangan yang sempurna di mata lelaki atau perempuan? Klik http://edtv.sharethisstory.net/my-799018-6434?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign= Udada Ubabye!!
ED: filem suamiku encik perfect 10 di pawagam sekarang..
↧
(Instamadah) 013 Jumaat bermanfaat
↧
(Sekolah) Hias kelas lagi
Hai, pagi tadi ED ke sekolah untuk menyiapkan hias kelas abad 21.
Sudut bacaan dah siap, tanglung dah gantung & papan kenyataan belakang kelas pun dah tampal maklumat.
ED rasa cukup kot hias kelas. Selebihnya, nanti ED tambah sedikit demi sedikit. Yang penting kelas kemas & sedap mata memandang. Udada Ubabye!!
ED: suka konsep minimalis..
↧
↧
(Zlurpp!!) Dah lama tak makan sate bebola ikan
Hai, petang tadi ED pergi sebuah pasar malam ni.. Mata ternampak ada orang jual sate bebola ikan. Dah lama sangat tak makan sate bebola ikan. Rasanya kali terakhir ED makan masa zaman sekolah menengah..
Makan sate bebola ikan ni sekadar makan suka2. Takde la kenyang sangat.. Apa yg masih kekal dari dulu hingga sekarang ialah selepas sate masak, penjual mesti tanya, nak sos manis atau sos pedas? Sos pedas la baru zlurpp!! Rasa sate ni pun tak berubah. Tetap sedap! Udada Ubabye!!
ED: teringat zaman kanak2 beli sate ni..
↧
(Instamadah) 014 Jemputan bermain game di facebook
Hai, ramai yang marah bila dapat jemputan bermain game di facebook. Lebih2 lagi orang yg tak main game. Ni instamadah untuk topik ni..
↧
(Sembang) Dijemput ke sesi pratonton dan ramah mesra bersama pelakonfilem Jengka
Hai, pagi tadi ED menerima emel ini..
Salam Sejahtera daripada Ace Motion Pictures Sdn Bhd & Mask Team PR & Events.
Rakan Media Yang Di Hormati,
JEMPUTAN KE SESSI PRA TONTON DAN RAMAH MESRA BERSAMA PENGARAH DAN PELAKON FILEM "JENGKA"
Selepas lama tidak muncul dengan karya terbaru, Aziz M. Osman tampil dengan filem terbaru "Jengka"
Berkonsepakan "Paranormal", filem "Jengka" membariskan pelakon seperti Rizman Khuzaimi, Ramona Zamzam, Raja Azri & Eyka Farhana.
Berikut merupakan aturcara majlis :
TARIKH : 30 Januari 2015 (Jumaat)
MASA : 4 petang
TEMPAT : Cathay Cineplex Damansara, KL
Sehubungan dengan itu, dijemput pihak tuan/ puan/ wakil untuk hadir ke sidang media tersebut.
Sinopsis Filem "Jengka"
Nini (Ramona) yang sarat mengadungi, mendapat tahu Basir (Rizman Khuzaimi) mempunyai kekasih gelap. Marah dengan bengang dengan sikap Basir, Nini melarikan diri ke dalam sebuah ladang kelapa sawit. Satu kampung berusaha menjejak Nini. Penemuan Nini yang penuh berlumuran darah penuh tanda tanya. Bayi yang dikandung sudah tiada. Ke mana hilangnya bayi tersebut? Segalanya bakal terjawab di penghujung filem ini!
Dah lama tak dapat jemputan sebegini rupa. Maaf, ED tak dapat pergi la sebab jauh. Semoga filem ini sukses. Baca sinopsis filem ni dah terasa seram kan? Udada Ubabye!!
ED: terima kasih jemput ED..
↧